Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, July 5, 2013

Spaghetti Bolognese semudah 1,2,3....

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Dialog iklan TV :-
Wartawan  : Anak2 memang suka masakan kedai?
Ibu             : Memang..mereka lebih selera makan makanan kedai...
Anak          : Saya lebih suka nasi goreng ibu tapi ibu dah lama tak masak...

Haa... apa reaksi kalau macam ni ya... ish, kalau umi mesti terkedu.. yela, kadang2 bila kerja ini... kita sibuk sangat...tapi mulai hari ini (eceh) umi akan berusaha untuk masak walau pun simple... ye la macam spaghetti blognese semudah 1,2,3..Chef Riz tu..hehe...
Lebih seronok tengok reaksi anak2 makan macam ni kan...nak gelak pulak...
Mungkin ramai yang dah tau macam mana nak masak spaghetti ni tapi umi nak kongsikan untuk tatapan bagi yang sudi...hehe...

Resepi :  Spaghetti Bolognese semudah 1, 2, 3...

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti (San Remo)
  • 1 tin Prego Tradisional
  • 1 tin kecil tomato puree (Kimball)
  • 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
  • 1 labu bawang India - potong dadu (yg wrna kuning tu..kalau tak da..bwg besar pun boleh)
  • 4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
  • cendawan butang - hiris nipis2
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • lada hitam
  • garam/gula
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • minyak masak & air

Cara-cara

  1. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih banyak.. masukkan sedikit garam.. minyak masak.. rebus sampai lembut.. lepas tu tos kan air nya.. bilas sekali lalu dengan air sejuk..
  2. Panaskan minyak.. tumis bawang India & bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan daging cincang.. goreng sedikit garing.. 
  4. Masukkan sos Prego, tomato puree & air secukupnya.. (air lebih kurang 1 ke 2 tin sos Prego tu).. tunggu mendidih..
  5. Masukkan cendawang butang & tomato..
  6. Masukkan garam secukup rasa....boleh ganti dengan gula.. masukkan lada hitam sesedap rasa.. kalau nak pedas..boleh taruh banyak..
  7. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk pekat kan kuah.. sampai tahap pekat yang dikehendaki..
  8. Rasa.. kalau dah sedapppp.. boleh di hidangkan.. yummy yummy!!

Wednesday, July 3, 2013

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua...Jangan jemu ya... umi masih lagi bercerita menu hari lahir keluarga kecil umi yang lepas...kali ini semasa birthday nazirah dan nafiz... umi cuma sempat sediakan kek SMECC je.. resepi dari dayang jack...terima kasih atas perkongsian...
umi buat 2 buku kek sebab risau tak cukup...Alhamdulillah.. dan umi cuma curah ganache dan hias guna edible image barbie untuk nazirah dan ben 10 untuk nafiz... ish, dah tarikh lahir sama...nama pun nak dekat2 kan.. duduk pulak rumah sebelah menyebelah... rancangan Allah memang terbaik...
deko pun tangan keras je la... ikut mana sempat je sebab balik kerja terus deko dan kek dah di masak sebelum tu... dan pukul 8 malam... semuanya bermula... seronok sebab tak pernah buat macam ni..meriah dan semangat kejiranan yang tinggi
 Ramai kan anak2... macam2 ragam dan keletah...
 Birthday Girl & Boy...Nazirah & Nafiz
 Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Antara menu yang ada... semuanya sedap2

Tuesday, July 2, 2013

Tiramisu Pandan

Assalamualaikum dan selamat petang
Salah satu menu yang umi buat hari tu... umi buat kek span pandan untuk tiramisu ini...umi guna resepi dari blog Hana... maaf kalau gambar tak cantik sebab umi nak cepat...gambar tiramisu ini dipoting pun tak ada... layan je la ya..hari ini tak boleh celoteh banyak sebab banyak kerja menanti... layan resepi dari hana yang umi campur warna hijau dan aroma pandan je...apa pun, terima kasih Hana atas resepi ini...

Resepi Sponge Cake
Bahan-bahan

  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • pewarna hijau - umi tambah
  • 3 sudu kecil perisa pandan - umi tambah
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Resepi Tiramisu

Bahan-bahan
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek- umi gune sponge kek pandan di atas
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Potong kek pada 2 bahagian.
  5. Tuang@renjis2kan bancuhan nescafe ke atas kek sehingga kek agak lembab.
  6. Then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Happy Birthday My Boys - Kanda & Ahnaf

Asslamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat umi..hari ini masih lagi bercerita pasal hari lahir..tapi kali ini untuk dua hero keluarga kecil umi... Ahnaf (1hb Julai) dan suami umi pada 29 Jun... kami buat sedikit high tea bersama-sama jiran tetangga umi...sekadar meraikan...dan yang penting untuk mesra bersama jiran..
sambutan ini tak dirancang sebab suami umi telefon dalam pukul 11 lebih semalam dan nak buat dalam pukul 6 petang...Umi cuma buat kek birthday, kek tiramisu dan puding roti bersama sos kastard... jiran umi bawa pelbagai makanan... antaranya cucur jagung, rempeyek, biskut, sumi dan lain2 lagi...dan yang paling istimewa, Teh O yang direneh secara perlahan2 untuk mendapatkan aromanya...
Meriahkan...di pondok ini juga la nazirah dan anak kak su, Nafiz menyambut ulangtahun sebab berkongsi tarikh lahir pada 27hb Jun yang lepas... esok akan umi kongsikan gambar2nya ya... Alhamdulillah.. kuasa Allah dah la rumah sebelah meyebelah, tarikh lahir anak pun sama... perancangan Allah memang terbaik... untuk dua jejaka umi, Selamat Hari Lahir dan semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita selalu... umi sayang semua...
 Best dengan angin sepoi2 bahasa
 Dua jejaka terengganu mari...
 semangat kejiranan yang utuh
 Senyuman manis...
Kenangan terindah

Thursday, June 27, 2013

Selamat Ulang Tahun ke 5, Anakku Nazirah

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Bersama goodies untuk rakan taska hari ini
Wahai puteriku tercinta.
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Wahai cahaya hatiku.
Ucap dua kalimah syahadat disetiap desah nafasmu.
Sembahyanglah lima waktu dalam hari harimu.
Berpuasalah sebulan dalam bulan Ramadhan.
Tunaikanlah haji ke Baitullah Rumah Allah jikalau kau mampu.
Tunaikanlah zakat selagi kau mampu.
Jangan lupakan Infaq Shadakah dan menyantuni mereka yg tidak mampu.
 Wahai bidadariku
Beriman selalu hanya kepada ALLAH SWT
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Malaikat-malaikat
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Kitab-kitab Al Qur`an dan kitab kitab sebelumnya
Berimanlah kepada nabi dan Rasul rasul
Yakinlah dan Berimanlah akan adanya Hari Kiamat
Yakinlah dan Berimanlah kepada Qada dan Qadar.
 Wahai pesona jiwaku
Hidupmu kelak akan lebih keras dan berat.
Lebih keras dan berat dari kehidupan kami orangtuamu.
Maka bekalkanlah dan perkuat keimanan dan ketaqwaan.
Agar kalian selamat sampai ditujuan hidupmu kelak.
Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal
Bahwa yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Wahai masa depanku.
hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya
janganlah kalian hidup demi duniamu
karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
 Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meridhoimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini di usia nya yang ke 5 tahun. Amin ya rabbal ‘Alamin.

Friday, June 7, 2013

Puding Roti Kak Aida & Blogger ELC


Assalamualaikum dan Selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya... setiap pertemuan, mesti ada perpisahan... begitu juga dengan budpraktikal di ofis umi... hari ini merupakan hari terakhir praktikal di sini..jadi semalam kami satu ofis, berpakat untuk membawa makanan..apa orang kata tu 'potluck'...

 Antara menu yang ada ialah Nasi kerabu, agar-agar pelangi....
  Sate ayam dan daging
 Kek cawan Baldu Merah
 Kuih Kaswi
  Kuih Ketayap dan Cara Manis
 Kuih Talam
 Dan yang paling sedap, Puding Roti Kak Aida
Kunjungan serta langkah kanan, rakan yang pada mulanya umi kenal di blog dan tak sangka rupanya dulu sebelum umi pindah di sini...Blogger ELC adalah kakitangan di sini... Kecil betul dunia ini kan... Akhirnya dapat juga ambil gambar bersama...Ini membuktikan bahawa Enginner juga pakar memasak... dan seorang lagi Blogger yang umi akan kongsikan resepinya ialah Blogger Dari Dapur Ibu aka Kak Aida.. mohon share resepi puding roti ya kak aida (yang tersenyum malu tu).. selain berbakat memasak, Kak Aida juga berbakat menjahit....
Resepi : Puding Roti Kak Aida
Oleh : Rohaida

Bahannya:-
4 @ 5 keping roti - disapu marjerin
2 cawan susu segar
4 biji telur
4 @ 5 sudu besar gula
kismis secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla

sos :-
whipping cream
Air secukupnya
sedikit gula

Caranya:-
  1. Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan esen vanilla.
  2. Masukkan 2 cawan susu segar dan koyak-koyakkan roti kedalam bancuhan
  3. Masukkan kismis boleh dibakar didalam oven yang dialas air dibawahnya.
  4. Gunakan api 180 darjah c.bakar dalam masa 40 atau sampai bila dicucuk puding tidak melekat.

Untuk sosnya :- whipping cream dicampurkan dengan air dan gula, masak atas api yang perlahan. selamat mencuba.....

Thursday, June 6, 2013

Red Velvet Moist Cake aka Kek Baldu Merah Lembut

Assalamualaikum dan selamat pagi
Maaf la kalau gambarnya kelabu asap ya... maklum la kamera murah dan paham2 la ya..masa ambil gambar malam.. tak berapa terang sangat... ops, apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya ceria dan minda yang ceria serta positif akan menghalakan kita ke arah positif... In Sha Allah...
Hari ini umi nak kongsi resepi dari Kak Hana yang glamour tu... umi sebenarnya buat untuk portluck pejabat suami umi... sebenarnya umi pun tak tau nak buat apa yang senang dan bahan ada di rumah je..(ish nak senang je kan)... tengah belek tablet, ternampak resepi kak hana yang umi simpan.. tengok dalam dapur kecil tu, semua bahan dah ada... jadi sepantas kilat lepas maghrib... mula la operasi... umi gandakan aduanan ini sebab ia adunan untuk acuan 7 inci je... umi buat acuan 8 inci dan 24 kek cawan comel... cuma gambar kek cawan tak sempat ambil...hehe...hiasan pun ala kadar je la...maklum la dah malam...
Terima kasih kak hana sebab sedap dan lembut serta lembab je kek ni... senang plak tu... harap2 kawan opis suami umi puas hati... yang elok, simpan dan kurang mohon ampun...

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila
Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon
Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Chik (Azizah) dan Abg M Murali

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah.. tertunailah hasrat hati nak upload gambar sempena Majlis Perkahwinan sepupu umi di Kuantan pada 1hb Jun 2013... Meraikan cinta antara Pn. Azizah Onn (sepupu umi) dan pasangannya M Murali Abdullah.. semoga ikatan cinta ini terus mekar hingga ke syurga...
Percintaan selama 12 tahun akhirnya tersemi pada pertengahan 2013 ini... seronok kami sekeluarga... berseri wajah pengantin...buat Abang M Murali selamat datang ke keluarga kecil kami...
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bersama Mak long dan sepupu dari Muar
Ini pula Mak Su dan Kak Zaiton

Bersama ahli Keluarga Abg M Murali

Tak lupa juga gelagat anak2 saudara umi



Ad, adik bongsu pegantin

Mak Awa, Mak pengantin perempuan

Hai.. Mr Keyaan dah sampai...
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Tuesday, June 4, 2013

Ayam Bakar Madu Umi... Madu Umi? oh...benar kah?

Assalamualaikum dan Selamat pagi
ISh, jangan cepat panik... kalau umi nak dimadukan, umi akan umumkan tarikh nya.. biar macam Ustaz Azhar Idrus (UAI) buat..baru aman rumahtangga... hidup pun harmoni...Mari meh..mari... mari makan nasi ayam... Memperkenalkan model terbaru untuk blog umi..hehe...jangan marah ya kanda... model cilik selalu tu tengah tido... jadi kena cari model gantian...boleh gitu? boleh la kan....
Sesi fotografi dimulakan dengan gambar senyum dengan hidangan... ok, cari angle yang sesuai... kemudian ambil gambar tengah suap makanan... pastikan mulut tak menganga besar sangat... suap dengan sopan... ok, cantik... seterusnya kena buat 'thumb up'...hehe...model kena paksa...
 Sekarang kita persembahkan pula, nasi ayam, sup, salad dan ayam bakar madu...
untuk resepi nasi ayam ni adalah seperti di sini... dan untuk ayam bakar versi umi, moh la tengok kat bawah ni ya...hari ni tak boleh tulis lebih2..ada banyak kerja menanti..esok in sha Allah, umi update gambar majlis kenduri sepupu umi di Kuantan... semoga dipertemukan oleh Allah...
Ayam Bakar Madu Umi
Sumber : Umi's cup cake

Bahannya:-
3 keping peha ayam bersaiz besar
3 ulas bawang putih - diketuk (untuk air rebusan)
1 biji bawang besar- dipotong 4 (untuk air rebusan)
1 inci halia - diketuk (untuk air rebusan)
Air untu merebus secukupnya
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa.

Caranya:-
  1. Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian rebus ayam bersama bawang putih, halia dan bawang besar. Bila dah masak, toskan ayam. Air rebusan digunakan untuk masak nasi ayam.
  2. Masukkan ayam yang telah ditos ke dalam mangkuk. Masuk pula bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive