Thursday, June 6, 2013

Red Velvet Moist Cake aka Kek Baldu Merah Lembut

Assalamualaikum dan selamat pagi
Maaf la kalau gambarnya kelabu asap ya... maklum la kamera murah dan paham2 la ya..masa ambil gambar malam.. tak berapa terang sangat... ops, apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya ceria dan minda yang ceria serta positif akan menghalakan kita ke arah positif... In Sha Allah...
Hari ini umi nak kongsi resepi dari Kak Hana yang glamour tu... umi sebenarnya buat untuk portluck pejabat suami umi... sebenarnya umi pun tak tau nak buat apa yang senang dan bahan ada di rumah je..(ish nak senang je kan)... tengah belek tablet, ternampak resepi kak hana yang umi simpan.. tengok dalam dapur kecil tu, semua bahan dah ada... jadi sepantas kilat lepas maghrib... mula la operasi... umi gandakan aduanan ini sebab ia adunan untuk acuan 7 inci je... umi buat acuan 8 inci dan 24 kek cawan comel... cuma gambar kek cawan tak sempat ambil...hehe...hiasan pun ala kadar je la...maklum la dah malam...
Terima kasih kak hana sebab sedap dan lembut serta lembab je kek ni... senang plak tu... harap2 kawan opis suami umi puas hati... yang elok, simpan dan kurang mohon ampun...

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila
Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon
Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Related Posts:

  • Tempahan Puding Hantaran, Nasi Miyak dan Kek Buah je... Assalamualaikum dan selamat petang... Alhamdulillah..rezeki minyak naik 20 sen...hihi...makin suam-suam kuku dan makin banyak sawang kat blog ni kan... bukan umi tak buka..buka setiap hari tapi masa untuk update tu agak t… Read More
  • Red Velvet Moist Cake aka Kek Baldu Merah Lembut Assalamualaikum dan selamat pagi Maaf la kalau gambarnya kelabu asap ya... maklum la kamera murah dan paham2 la ya..masa ambil gambar malam.. tak berapa terang sangat... ops, apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya c… Read More
  • Tempahan Kek Coklat Moist Assalamualaikum dan Selamat Pagi Selamat Hari Lahir Jannah yang ke 8 tahun... Semoga menjadi anak solehah seindah nama syurga Jannah.. tempahan ini dari jiran umi kak Khadijah Hafiz...pada hari Sabtu yang lepas... A… Read More
  • Tempahan kek coklat moist seterusnya Assalamualaikum dan selamat petang hari ni umi agak sibuk dgn kerja di opis...jadi umi update gambar coklat moist tempahan dari jiran umi, kak rohani talib...diharapkan agar kak ani berpuas hati...terima kasih kerana s… Read More
  • Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah lagi....dan lagi... Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat dan pengunjung blog umi's cup cake... akhirnya umi berkesempatan meng'update' blog umi ni... Hari ni merupakan hari lahir allahyarham ayah umi, Hj Alias bin Jama… Read More

7 comments:

ady said...

salam siti
wahhh !!Red Velvet..rajinnye buat kek red velvet..npk kemas dan cantik deco kek red velvet ni siti..

Sweet red cherry said...

salam umi..

lawanya deko rvc tu..memang mengancam dan menggiurkan..saya suka mkn rvc..sedap.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Umi...ramai dah yang cuba resipi RV ni...saya tak taulah bila sampai serunya

umi's cup cake said...

Salam Abg Ady,
siti tak rajin buat rv ni...cuma rasa ni yang senang

umi's cup cake said...

Salam Bbwana,
Terima kasih..kalau bbwana buat lagi cantik

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Sue,
tak pe pelan2 kayuh ya..nanti sampai le serunya...

Qasey Honey said...

rvc mmg sedap..bkali buat n mkn pon xjemu2..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive