Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Wednesday, December 11, 2013

Siakap Stim ala Thai Mamamya

Assalamualaikum dan selamat petang
Semenjak semalam lagi, bumi Allah basah dan sejuk... Bagi yang bekerja di Selangor... hari ini merupakan cuti umum... apa perancangan ketika cuti? Harap dapat dimanfaatkan bersama insan tersayang... terutama bagi ada anak2 yang cuti sekolah.. malam tadi menu diet sikit..terasa nak makan yang stim dan sihat disamping sedap pada selera umi sekeluarga...makin sejuk, makin menjadi2 selera..hihi
Umi cari resepi yang bahannya dah tersedia di dapur umi...dalam mencari tu maka umi pun tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Ismaliana Sulaiman empunya blog Kau di Hatiku....terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap dan terangkat ini...bagi yang ingin mencuba, umi ada salin semula di bawah ini...selamat mencuba...
 
Resepi : SIAKAP STIM ALA THAI MAMAMYA

Oleh : Mamamya

Bahannya:-
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 inci halia
10 tangkai cili merah/hijau ~ klu nak pedas sila lah tambah yer....
( bahan2 kat atas ni semuanya saya mayang/hiris halus kecuali tomato potong besar2 sikit lah @ potong dadu...nnti hancur plak)
3-4 camb sos tiram
1 camb sos ikan
sedikit gula (saya x letak serbuk perasa sbb dah guna sos tiram)
3-4 biji limau nipis ~ ambil jusnya.- umi gantkan dengan 1 biji lemon
1 liter air
3 camb tepung jagung
Daun ketumbar
Caranya:-
  1. Separuh daripada bahan2 yg dihiris halus )kecuali tomato saya masak bersama sos tiram,sos ikan,gula,perahan jus limau nipis & 1 liter air. 
  2. Masak sehingga mendidih & masukkan bancuhan tepung jagung.
  3. Sebahagian lagi bahan2 yg dihiris halus & tomato,tabur/susun atas ikan.
  4. Tuang sos tadi (agak2 jgn byk sgt sbb bila dikukus ikan akan mengeluarkan air) di atas ikan.
  5. Tabur daun ketumbar & kukus 15-20 minit.

Tuesday, December 10, 2013

Simple Brownies Kak Fida

Assalamualaikum dan Selamat petang

'' Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah drpd curahan hujanmu" (Surah Hud: 44) 

Pagi ini umi dapat perkhabaran rakan2 di Dungun, rumah mereka pula banjir.. walaupun selama ini tidak pernah banjir...seperti di Kuantan.. Semoga sabar dengan ujian yang Allah berikan... sesungguhnya anda adalah insan terpilih...

Ini adalah resepi mudah dari kak fida di Myresepi... mudah dan sedap sangat..lebih2 lagi resepi ini tak guna mixer...kacau2 je...umi buat 2 adunan untuk keluarga kecil umi dan anak2 sahabat umi yang suka makan brownies... maklumlah cuti sekolah dan cuaca yang sejuk memang perut berkeroncong minta diisi... mohon izin dari kak fida dan terima kasih atas pengkongsian ini...Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki kak fida
Resepi: Simple Brownies
Oleh: Kak Fida
Bahannya:
  • 115 g mentega - di cairkan,sejukkan
  • 1 cwn gula halus (195 g)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn tepung gandum (60 g)
  • 1/3 cwn serbuk koko (25 g)
  • 1/4 sk baking powder
  • 1/4 sk garam(opt)

Caranya:

  1. Campurkan mentega, gula, vanilla dan telur. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan tepung, b. powder, koko yg di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas dan digris. (utk selera anak2, saya taburkan kekacang dan choc chip di atas adunan)
  4. Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min.

Wednesday, December 4, 2013

Kuah Durian & Roti Naik Pahang

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? Semoga semuanya dilindungi Allah terutamanya mangsa banjir di 3 negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu... sahabat umi di Kuantan kata tak pernah banjir seteruk ini dan rumah ayahnya yang berpuluh tahun duduk pun banjir... ini semua pasti ada hikmahnya kan... Hanya kita perlu bersangka baik terhadap Allah...in sha Allah, semuanya akan baik...
ok la berbalik pada menu yang tak seberapa ni...umi buat kerana permintaan suami dan tak nak membazir buah durian yang kurang manis di beli oleh suami umi... resepi yang amat mudah... umi tak ada sukatan yang tepat, tapi bagi yang hendak mencuba... cara umi adalah sama macam resepi dari kak Nannie...kak nannie izinkan umi salinkan semula di sini ya...umi makan dengan roti naik pahang, kalau nak resepi boleh klik sini...kuah durian ini juga enak dimakan dengan roti jala, biskut kering...selamat mencuba...

Resepi : Kuah Durian
Oleh : Kak Nannie

Bahannya:-
  • 15 ulas buah durian
  • 3 cawan santan pekat
  • 1-2helai daun pandan
  • Gula secukup rasa ikut citarasa masing-masing la ya
  • Secubit garam

Caranya:-

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau kemudian masak sehingga kuah durian ini menjadi pekat . 
  2. Cuba rasa gulanya jika kurang boleh la ditambah , sedikit garam di masukkan dalam kuah ini bagi timbul rasa lemak manis buah durian ini . 
  3. Nak masak kuah durian ni ikut pada citarasa sendiri sebenarnya kalau tak suka kuah terlalu pekat tambah la sedikit air .

Jika suka banyak durian boleh la ditambah lagi durian ikut la pada cita rasa masing-masing

Monday, December 2, 2013

Pulut Tanak dan ikan masin

Assalamualaikum dan selamat pagi
Minggu baru dalam bulan Disember dan bulan terakhir Tahun 2013 ini... sekarang ni tengah macam2 musim kan...musim tengkujuh, musim durian, musim rambutan, musim kenduri perkahwinan dan juga musim berkhatan sempena musim cuti sekolah...banyak betul musim di Malaysia ni..hihi
bila musim tengkujuh ni..umi memang cepat lapar (alasan je kan)... pagi2 dah makan berat... untuk sarapan hari ini umi teringin makan pulut dengan ikan masin... terangkat... lama dah tak makan sarapan macam ni..masa di ofis lama dulu ada kakak satu opis yang rajin bawa sarapan macam ni... sekarang ni dah pindah, tak dapat la nak merasa...rindu pada kenangan...
umi rasa ramai yang dah tau macam mana nak masak pulut ini sama ada tanak atau kukus.. terpulang pada citarasa masing2... tapi bagi yang nak tau... boleh ikut cara umi ni ya...

Resepi ; Pulut Tanak
Oleh: Umi's Cup Cake

Bahannya:-
  • 2 pot pulut - direndam dan dibersihkan
  • 3/4 cawan air + santan (campur air ke dalam santan sehingga menjadi 3/4 cawan)
  • garam secukup rasa

Caranya:-
  1. Toskan pulut.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
  3. Kacau sekali sekala sehingga masak.
  4. Tutup api. Sedia untuk dimakan.

Friday, November 29, 2013

Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan dan tatapan anak umi kelak... walaupun nampak simple tapi cukup bermakna untuk umi...
Sebenarnya setiap kali umi dan suami balik kampung di terengganu...inilah salah satu makanan kegemaran yang sering kami beli dan tak puas makan...walaupun orang tua cakap nanti kembung perut..hihi.. oleh kerana tak puas makan dan kadang2 tak ada jual..dan memandangkan yang ada jual kat KL ini pun tak memenuhi citarasa... umi dicabar oleh suami umi untuk buat...oleh itu, (eceh) demi menyahut cabaran... umi pun buat la... jawapan suami umi, alhamdulillah kira 90% menjadi...kembang rasa hati... bagi yang nak cuba, boleh la mencuba ya...

Resepi : Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu
Oleh ; Umi's cup cake

Bahannya :-
  • 500 gm kacang kuda (rendam sampai betul2 kembang -semalaman dan ganti air jika perlu)
  • 200 gm gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus hingga kacang empuk
Caranya:-
  1. Rendam kacang kuda dengan air biasa (bukan air panas) sehingga betul2 kembang, mungkin mengambil masa semalaman.
  2. Rebus kacang kuda sehingga empuk atau lembut.
  3. Masukkan gula dan garam. rebus lagi sehingga gula hancur. Tutup api.
  4. Toskan air rebusan. Sedia untuk dimakan.

Thursday, November 28, 2013

My Cutety Kismis Cake

Assalamualaikum dan selamat pagi
Maaf ye kepada empunya resepi sebab kek cawan umi tak cute macam yang empunya resepi iaitu Nina Mirza...umi punya dalam cup yang gedabak besar..tak sesuai nama cutety tu sebenarnya..hihi.. umi sebenarnya nak pecah dara deep muffin tray, hadiah dari sahabat umi di New Zealand...iaitu Halina Majmin... this is so meaning full gift...
Oleh kerana ia deep muffin tray..jadi kek cawan umi pun besar la ya..hihi... apa pun resepi ni memang sedap dan lembut serta gebu...yummy... terima kasih nina mirza atas perkongsian resepi ini...
umi salin semula sebagai rujukan..bagi nak tengok yang cutety boleh klik kat nama nina tu ya...

Resepi : My Cutety Kismis Cake
By ; Nina Mirza (Corat coret Nina)

Bahannya:-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum- diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat - diayak
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 buttercup
  • 1/2 cawan kismis - umi ganti dengan buah2an kering
Caranya :-
  1. Sediakan periuk. Masukkan gula perang, air, buttercup dan kismis.Masak diatas api yang perlahan sehingga sebati. Tutup api.
  2. Biarkan sejuk seketika.
  3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, tepung dan soda bikarbonat.Gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam adunan yang telah disejukkan tadi. Gaul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kek.
  6. Bakar kek pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  7. Sedia dihidangkan.

Tuesday, November 26, 2013

Victoria Sandwish Cake untuk ulangtahun pernikahanku..

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari
Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ilahi... hari ini 26hb November 2013 genap 7 tahun usia perkahwinan umi dan suami...waktu yang agak singkat berbanding orang lain tapi cukup bermakna buat keluarga kecil umi...
Doa untuk suamiku…
Bismillahirrahmanirrahim….. Dengan menyebut asmaMu ya Allah yang Maha Kasih dan Sayang… Puji syukurku atas segala nikmatMu untuk ku… Telah kau berikan aku satu pendamping hidup 
Yang senantiasa setia menjaga dan melindungiku..
Berjalan sejajar denganku.. Yang dengan cinta dan sayangnya mampu menghapus segala lara… 
Yang segala hidupnya diserahkan untuk menyayangiku…. Yang dengan cintanya padaMu mampu mengecup hatiku ketika ku berduka..
Ya Allah kumohon PadaMu… Kini berilah ia kemudahan dalam melangkah.. Berjuang mencari keRidhoanMu… Berjuang menjemput Rezeki yang Kau takdirkan untuknya… Berjuang untukku dengan cintanya padaMu….
Ya Allah Maha pengabul doa… Terimalah berjuta doa dan harapku… 
Balaslah segala keluhuran dan kesabarannya Balaslah segala kebaikan juga amarahnya Dengan CintaMu….
Ya Allah Sang Pemilik Hati…. Sampaikan berjuta sayangku untuknya… 
Sampaikan sejuta cintaku padanya… Dan sampaikan terima kasihku yang sangat untuknya… 
Kerana telah bersedia menyatu dalam satu rasa… Dengan segala macam kunci syurga yang kau Pilihkan untukku..
Ya Allah sampaikan salamku pada baginda Rasulullah… Yang telah begitu banyak mengajarkan cinta dan kasih sayang… Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati… Maka kabulkanlah doaku…..
Amin ya Rabbal ‘Alamin………
Untuk ulang tahun ini umi memang dah lama teringin nak buat kek Victoria Sandwish ni.. alkisah nak buat jem sendiri sebab lupa nak beli...hihi... tetapi naluri si suami mengatasi segalanya bila suami umi belikan jem rasberry yang sedap bila balik dari New Zealand... Alhamdulillah, terharu dan tak terkata...
Jem rasberry ini amat sedap dan maka tertunailah hajat nak buat kek yang simple tapi amat memikat ni...nanti nak buat lagi dan lagi la... ok la bagi yang nak resepi kek ini, umi kongsikan resepi kek yang amat mudah tapi sedap sangat ni...cuma umi tak buat dalam 2 loyang (malas), umi potong dua bila dah masak kek tu...sapukan jem dan lapiskan semula...
Resepi : Victoria Sandwish Cake
Oleh : Umi's Cup Cake
 
Bahannya:-
  • 250 gm butter
  • 200 gm gula castor
  • 250 gm tepung kek
  • 5 biji telur (saiz b)
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Jem Rasberry secukupnya utk sapu pd kek
  • gula ising secukupnya untuk ditabur atas kek
Caranya:-
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 7 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayak tepung kek.
  3. Putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telur satu persatu sambil diputar perlahan (selang 5 minit setiap satu) dan masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan ke dalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 45 minit.
  7. Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..
  8. Akhir sekali hias dengan buah strawberry dan blueberry... tabur diatas kek dgn gula ising.

Wednesday, November 20, 2013

Kek Sifon Coklat

Assalamualaikum dan selamat pagi
Atas permintaan anak2 umi yang inginkan bawa kek sifon coklat ke rumah pengasuh...kek sifon ini memang lembut sangat...bak kata nenek umi, yang tak ada gigi pun suka sangat makan kek sifon macam ni...untuk anak2 umi...umi hias ala2 sarang burung yang hanya ada telur burung yang warna warni...ibu burung keluar cari makan...hihi...ye, ye je kan umi ni...pagi ni umi ada mesyuarat...nanti umi updatekan resepi kek sifon yang lembut sangat...
kek ini juga boleh jadi asas kek yang marbeles seperti kek coklat mousse...tengok la model...free nak bergambar...suka sangat dapat kek...walaupun kek sifon coklat je...gembira bila anak gembira...apa pun terima kasih kak rahel atas perkongsian ini...

Chocolate Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai
Sumber: Rahel 

Bahan A:
70g chocolate
150ml milk
60ml cooking oil
6 egg yolks
1 tsp chocolate emulco
110g plain flour
20g cocoa powder
1/4 tsp bicarbonate of soda
Bahan B:
6 egg whites
1/2 tsp cream of tartar
150g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,melt chocolate and milk over simmering
   water.Cmbine with oil,egg yolks and and chocolate emulco in a
   mixing bowl.

2.Fold in flour,cocoa powder and soda until forms batter.

3.T o make white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture
   forms solf peaks.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy
   and stiff peaks forms.

4.Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.

5.Pour batter into ungreased 9-in(22cm) tube pan.Bake in preheated oven
   at 170'C for 30-40 minutes or until cooked.

6.Removed from oven,invert cake onto table until completely cooled.


Tuesday, November 19, 2013

Gigi kekal Nazirah...

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Satu lagi pengalaman baru buat umi... gigi kekal nazirah dah nak tumbuh tapi gigi susunya masih kuat.. apa umi perlu buat? ada banyak pendapat bila umi tanya pengalaman rakan2, jiran2 dan ahli keluarga..ada yang kata biar je..nanti gigi susu akan goyang... ada yang sarankan untuk dicabut oleh doktor gigi...ish peningnya...
tapi bila umi dah telefon mak saudara suami umi yang bongsu kerana ada pengalaman macam ni... di sarankan agar pergi klinik gigi dan cabut... kenyataan mak saudara ini disahkan oleh Dr Leen.. Siapa Dr Leen? 
Dr Leen atau nama penuhnya Dr Mazleen Abdul Rahman ialah seorang doktor gigi yang telah mendapat ijazah doktor gigi (DDS) daripada Dalhousie University, Canada pada tahun 2002. Dr Leen mempunyai pengalaman bekerja sebagai doktor gigi di klinik-klinik kerajaan, hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. Dr leen telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki yang comel. Dr Leen sekarang telah membuka kliniknya sendiri: Klinik Pergigian Dr. Leen di Reko Sentral, Jalan reko kajang. Anda boleh menghubungi Dr Leen dengan menghantar e-mail ke alamat doktorleen@gmail.com

Melalui catatan di wordpress beliau iaitu 'Bilakah perlu mencabut gigi susu?' dan kandungannya...

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Gigi kekal nazirah keadaannya adalah seperti kenyataan No. 1 yang tumbuh belakang gigi bawah... ingin tau selanjutnya? Sila klik di sini....

Sekarang umi cuma perlu fikirkan cara nak pujuk nazirah untuk ke klinik gigi..wish me luck...

Monday, November 18, 2013

Kek Coklat Moist Tempahan dan mini kek

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi..haha..pagi2 ni tunjuk kek yang dah lama tapi baru nak post... umi lupa sebelum ni..hari ni plak, penat baru balik dari penang masih bersisa.. jadi tunjuk ni je la ya...
sumber rezeki umi hasil dari resepi chef zubaidah... Alhamdulillah... kalau nak tengok deko kek tempahan yang lain boleh tengok kat sini ya...

1. Untuk Adik Jannah
2. Untuk Rohani Talib
3. Untuk Nurin Aisyah (di atas)
4. Untuk Jamuan PASTI nazirah
5. Mini kek untuk jiran umi (di atas)
6. Versi cupcake Birthday Ahnaf pertama
7. Birthday ahnaf dan suami umi

Selamat menjamu mata ya...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive