Tuesday, December 17, 2013

Udang Goreng Ranggup Berempah





Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu...sejak dua menjak ni keluarga kecil umi suka sangat makan makanan laut... ikan la..sotong la...udang la... bosan dah makan ayam katanya... umi dan suami memang lebih gemar makan makanan laut... ikan goreng pun...suka ratah je...sekejap je licin...

hari ni umi nak panjangkan resepi yang dikongsikan oleh kieyah di Myresepi...sedap sangat bila udang goreng ranggup macam ni...rasanya lepas ni nak cuba buat sotong plak...ish... tak cukup kami makan...suami minta buat lagi...dan lagi...dan lagi...terima kasih kieyah atas resepi yang ranggup ini...

Resepi : Udang Goreng Ranggup Rempah
Oleh : Kieyah Myresepi

Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )

  • 400 gm udang saiz besar(Buang kulit tinggalkan ekor)
  • 8 sudu besar tepung naik sendiri
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
  • air

Cara-cara

  1. Bersihkan udang dan tos udang tersebut.Pastikan betul-betul kering untuk elak meletup masa menggoreng.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan bancuh dengan air.Bancuhan mestilah pekat kalau tidak tak lekat kat udang.
  3. Celup udang dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.
 
SELAMAT MENCUBA

Related Posts:

  • Homemade Fish & Chip Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi... semoga semua sihat hendaknya... sekarang ni musim ramai yang batuk, selsema dan demam... jadi minum lah air masak secukupnya.. tapi jika telah sakit, jangan… Read More
  • Spaghetti Carbonara Senang! Assalamualaikum dan Selamat Petang Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan ada… Read More
  • Lempeng Udang Kering Assalamualaikum dan selamat pagi  Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sediki… Read More
  • RESEPI IKAN GORENG SOS Assalamualaikum dan selamat tengahari  Apa khabar semua? Masak apa untuk tengahari ini? Special ke simple? Umi masak yang simple je... atas permintaan anak2...nazirah nak makan ikan goreng tapi kuah 'sup' tak nak p… Read More
  • Cucur Udang Adabi & Kopi O Assalamualaikum dan selamat pagi Pernah tak baca novel cucur bawang & Kopi O? Hasil tulisan penulis novel Lelaki... yap LELAKI tau..ha, jangan tak percaya..penulisnya ialah Encik Hasrudi Jawawi... Novel keluaran Karan… Read More

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Umi..sama la ngan family k.atie tambah2 anak2 k.atie..klu ada sambal sotong..ulang2 mkn :)
Terima kasih atas ucapan hari lahir utk k.atie ya.

umi's cup cake said...

Salam Kak Atie..
sama2 kasih...terima kasih sebab sudi junguk blog umi

ZalinZalina said...

Kak ina pun selalu siang udang tinggalkan ekor...kalau buat udang goreng camni kejap je licin kan :)

umi's cup cake said...

kan kak ina...kalau makan kat kedai tak puas sebab dapat sikit je..bila buat sendiri, puas sangat..

yanmaneee said...

supreme clothing
kyrie 5 shoes
nike air vapormax
jordan 4
nike air max
balenciaga shoes
lebron 17 shoes
yeezy
yeezy shoes
balenciaga

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive