Monday, December 2, 2013

Pulut Tanak dan ikan masin

Assalamualaikum dan selamat pagi
Minggu baru dalam bulan Disember dan bulan terakhir Tahun 2013 ini... sekarang ni tengah macam2 musim kan...musim tengkujuh, musim durian, musim rambutan, musim kenduri perkahwinan dan juga musim berkhatan sempena musim cuti sekolah...banyak betul musim di Malaysia ni..hihi
bila musim tengkujuh ni..umi memang cepat lapar (alasan je kan)... pagi2 dah makan berat... untuk sarapan hari ini umi teringin makan pulut dengan ikan masin... terangkat... lama dah tak makan sarapan macam ni..masa di ofis lama dulu ada kakak satu opis yang rajin bawa sarapan macam ni... sekarang ni dah pindah, tak dapat la nak merasa...rindu pada kenangan...
umi rasa ramai yang dah tau macam mana nak masak pulut ini sama ada tanak atau kukus.. terpulang pada citarasa masing2... tapi bagi yang nak tau... boleh ikut cara umi ni ya...

Resepi ; Pulut Tanak
Oleh: Umi's Cup Cake

Bahannya:-
  • 2 pot pulut - direndam dan dibersihkan
  • 3/4 cawan air + santan (campur air ke dalam santan sehingga menjadi 3/4 cawan)
  • garam secukup rasa

Caranya:-
  1. Toskan pulut.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
  3. Kacau sekali sekala sehingga masak.
  4. Tutup api. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Ikan goreng berempah Dayang Jack Assalamualaikum dan selamat tengahari Wa...panas sungguh cuaca sekarang ni... bahang terasa di mana2... umi dan anak2 pun sekarang batuk sikit2.. kering sungguh tekak.. cuba juga untuk banyakkan minum air masak... kena ku… Read More
  • Nasi Beriani dan Kuah Daging Baryani Batu Pahat Assalamualaikum dan salam sejahtera Apa khabar? Diharapkan semuanya alhamdulillah sihat. umi dan keluarga pun sihat. Kalau ada yang tak sihat tu, jangan sedih sebab sakit tu diberikan supaya kita berehat dan lebih dekat p… Read More
  • Nasi Baryani / Beriani dan Kuah Daging Baryani Batu Pahat Assalamualaikum dans selamat tengahari Alhamdulillah, masih kita bertemu di minggu baru dengan semangat yang baru...semoga j\hidup kita lebih diberkati Allah dan dipermudahkan laluan untuk beriman dan beribadah kepada All… Read More
  • Nasi Lemak Kangkung  Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan apa pagi ini? meh la makan nasi lemak kangkung...semalam umi baru balik dari kampung suami ..tapi nasi lemak ini umi masak untuk bekalan semasa nak balik ke kampung... kira b… Read More
  • Nasi Hujan Panas Pak Engku Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog ni..walau pun cuti bersalin 3 bulan..rasa macam tak cukup pulak..hihi... apa khabar semua sahabat umi...walaupun umi kurang update bl… Read More

8 comments:

ady said...

salam siti
sedap ke siti mkn pulut dgn ikan masim...tapi npk berselera aje...

inazamri said...

aduhhhhh sedapnya.dah la ujan pagi ni.kalau la dpt pulut n ikan masin ni.lepas mkn maunya layu je mata

umi's cup cake said...

Salam Abd Ady,
Sedap abg ady..nak lagi best makan dengan kelapa parut...

umi's cup cake said...

ina, memang tengah menahan mata la ni..hihi

Liza said...

salam umi...akk pun dah lama xmakan pulut ikan kering ni...perghhh mmg mengancam time2 hujan ni...hihii

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
mmg best kan...rasa nostalgik plak..

zila norazila said...

Ummi zila jrg msk pulut..tp tgk mkn dgn ikn msin slera btul kn

umi's cup cake said...

memang selera zila.. umi memang suka masakan kampung ni..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive