Tuesday, November 12, 2013

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah lagi....dan lagi...

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat dan pengunjung blog umi's cup cake... akhirnya umi berkesempatan meng'update' blog umi ni... Hari ni merupakan hari lahir allahyarham ayah umi, Hj Alias bin Jamal... mohon sedekahkan al-fatihah buat beliau.. Semoga Ayah tenang di sana...
Hari ni juga ada jamuan akhir tahun untuk kelas tabika Nazirah, anak sulung umi... umi cuma buat kek coklat resepi kegemaran umi iaitu kek coklat lembut kukus Chef Zubaidah...tapi umi suka bakar (malas nak kukus)... kek ni tetap lembut dan sedap sangat...untuk tempahan coklat pun umi guna resepi yang sama...kira ni resepi rezeki umi la...alhamdulillah dan terima kasih buat Chef Zubaidah... bagi yang inginkan resepinya, boleh tengok di sini... dan umi salinkan semula resepinya di bawah...

untuk deko pulak....umi malas nak guna ising, jadi umi hias kit kat disekeliling dan taburkan coklat m&m kat atasnya...umi tengok kat youtube... macam comel je..macam ceria je...

Resepi : Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah
Bahannya;-

  • **100 gm serbuk koko
  • **1 tin susu cair
  • **200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
  • **250 gm susu pekat
  • 250 gm gula kastor -umi letak 200 gm aje
  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih
  • 150 gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder

Jom Cuba!
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati
  3. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.

Related Posts:

  • Blueberry Peach Cream Cheese Butter CakeAssalamualaikum dan selamat malamMalam yang sunyi ni seakan memahami hati umi yang rawan ni...sunyi sepi menambah pilu di hati..benar la kata seorang ustaz di dalam satu ceramah, menjaga sekeping hati tidak la mudah tapi untu… Read More
  • KEK PASTRY BUAH-BUAHANAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? Selamat Hari Raya Aidiladha...maaf terlambat ucap...umi agak sibuk sikit 2-3 hari ni, sambil melayan anak2...ye la masa cuti ni la untuk dimanfaatkan untuk anak2 dan keluarga yan… Read More
  • Muffin Pisang Coklat KukusAssalamualaikum dan salam sejahteralambat sikit umi post entry ari ni..sibuk sikit....masih lagi dalam mood kukus mengukus ni....memandangkan pisang yang telah masak ranum dan tunggu masa je nak jadi tak berapa elok...elok um… Read More
  • Kek Pisang SempoiAssalamualaikum dan selamat tengahariAlhamdulillah telah ketemu kembali dengan penghulu segala hari...hari Jumaat yang penuh barakah...Dah makan tengahari? tentu ramai yang tersanda kekenyangan kan? umi pun sama.. tadi ada se… Read More
  • Kek Mentega Elite Sue 'Rencah Kehidupan'Assalamualaikum dan selamat pagiKeputusan SPM 2011 mencatatkan seramai 559 calon raih keputusan A+...antara keputusan terbaik selama 5 tahun...alhamdulillah, semakin ramai pelajar yang makin pandai..dan ini menunjukkan komitm… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive