Tuesday, July 2, 2013

Tiramisu Pandan

Assalamualaikum dan selamat petang
Salah satu menu yang umi buat hari tu... umi buat kek span pandan untuk tiramisu ini...umi guna resepi dari blog Hana... maaf kalau gambar tak cantik sebab umi nak cepat...gambar tiramisu ini dipoting pun tak ada... layan je la ya..hari ini tak boleh celoteh banyak sebab banyak kerja menanti... layan resepi dari hana yang umi campur warna hijau dan aroma pandan je...apa pun, terima kasih Hana atas resepi ini...

Resepi Sponge Cake
Bahan-bahan

  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • pewarna hijau - umi tambah
  • 3 sudu kecil perisa pandan - umi tambah
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Resepi Tiramisu

Bahan-bahan
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek- umi gune sponge kek pandan di atas
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Potong kek pada 2 bahagian.
  5. Tuang@renjis2kan bancuhan nescafe ke atas kek sehingga kek agak lembab.
  6. Then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Related Posts:

  • Bingka Cheese SarawakAssalamualaikum dan selamat pagiApa khabar? Minggu yang agak sibuk bagi umi... baru hari ni dapat update blog...hehe...pagi ni umi nak kongsikan resepi bingka yang sangat sedap dan lembut sangat...hasil kongsi dari hasue dan … Read More
  • CHOCOLATE CHIPS BROWNIESAssalamualaikum dan selamat pagipagi2 umi dah tunjuk brownies... macam mana la berat badan nak turun...makin di pam2 lagi ada la kan kalau breakfast pun brownies dan susu...sebenarnya nak cerita mixer umi patah (ganaz benor k… Read More
  • Kek Pisang Tanpa Telur 'Kak liza - Intai dapur'Assalamualaikum dan selamat pagiSemoga semuanya ceria di pagi Isnin yang selalunya membawa kepada 'blues'...mari kita 'merah2' kan hari kita...jangan 'biru' sangat...mesti kebanyakan yang duduk di KL ni malas rasanya nak ke t… Read More
  • Congo BarAssalamualaikum dan selamat tengahariPejam celik, pejam celik...dah jumpa balik hari Jumaat...bila sibuk ni, rasa cepat sangat masa berlalu...umi nak kongsi satu resepi yang amat sedap tapi ringkas je...hasil sekodeng dapur K… Read More
  • Raspberry Ripple Cheesecake Ice CreamAssalamualaikum dan selamat tengahariBertemu kembali di minggu baru, pemulaan hari minggu iaitu hari Isnin..diharapkan semuanya lebih bersemangat dan sentiasa bersemangat baru setiap minggu...hari ini juga seorang sahabat umi… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive