Monday, February 20, 2012

Kek Marble Hati Lara Blueberry

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar? Lama betul umi tak update blog ni kan..ada banyak sebab dan selebihnya sedang ambil mood untuk berblog...dulu ada ayah umi beri semangat, hampir separuh semangat umi seakan-akan hilang...dan sebab yang lain, umi agak sibuk dengan tugasan di tempat baru umi bekerja...nanti akan umi update tugasan tu ya..harap2, dapat la umi buat....
Berbalik pada resepi yang namanya panjang berjela tu, umi ambil dari dapur Mat Gebu, cuma sedikit derhaka di situ....en. mat cuma hati lara je...lepas ni pasti lebih 'lara jiwa & raga'..hehe,
umi sebenar cuma tambahkan blueberry segar dan warnanya umi marble kan warna unggu... memandangkan umi nak habis kan stok blueberry sebelum terlambat...umi buat untuk tetamu istimewa yang datang ke rumah minggu sudah iaitu keluarga mertua ku... semerbak bau bila kek tu hampir masak dan ada yang kata "dah macam duduk kedai kek pulak"... (kiranya ada unsur bodek mak mertua di situ, hehehe...)

Caption : Assistant umi yang serius menjalankan tugas..hehe

Alhamdulillah, seperti biasa resepi dari mat tak pernah menghampakan...jadi, lain kali boleh la buat lagi...bak kata mei mei (upin & ipin), "saya suka, saya suka"....moh la kita tengok resepi derhaka ni..

caption : tolong ada makna tu...habuan setelah tolong

Jom Cuba : Kek Marble Hati Lara Blueberry

Apa yang diperlukan?

  • 180 gram mentega
  • 140 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml whipping cream (atau susu segar)
  • 220 gram terpung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 1 1/2 camca besar serbuk koko - umi ganti dengan pewarna unggu
  • 2 camca besar air panas
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Secubit garam
Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi dan ketepikan. - umi guna acuan cup cake je
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream hingga habis, putar rata.
  3. Ceduk keluar 5 camca besar adunan dan masukkan bancuhan koko, kacau rata. Senduk adunan kosong dalam tin dan sudukan beberapa bahagian coklat atasnya, lorekkn ikut suka anda. - umi gantikan bahagian serbuk koko dengan warna unggu, ketepikan, kemudian umi isikan separuh dalam cup dan letakkan blueberry dan isikan lagi dan lorekkan bancuhan unggu tadi
  4. Bakar selama 40 - 35 minit atau hingga masak. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong...Selamat mencuba.

Related Posts:

  • Muesli Bread BM Tok Mak Assalamualaikum dan selamat pagi Bertemu kita kembali pada pagi“Jumu’ah” yang penuh berkat ini.... Jumu'ah (Hari Jumaat) adalah berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di si… Read More
  • Homemade Pop Corn Assalamualaikum dan selamat petang Jom tengok wayang kat rumah...umi buat pop corn ni sambil nak tengok episod akhir 'Dalam setiap sujudku' di TV9 malam tadi... lakonan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama d… Read More
  • Tepung Ranggup Untuk Gorengan Assalamualaikum dan selamat petang Sahabat-sahabat umi tengah buat apa tu? Bagi yang bekerja, walaupun mata berat sebab kenyang..kerja mesti diteruskan...bagi suri rumah, boleh la rehat sebentar setelah selesai basuh ping… Read More
  • Tom Yam Air Kelapa Assalamualaikum dan selamat pagi Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...ras… Read More
  • Milky Peach Pudding Assalamualaikum dan selamat pagi Diam tak diam, hujung minggu ini kita akan menyambut aidil adha... Bagi yang sedang menunaikan rukun Islam ke 5, semoga mendapat Haji yang mabrur... bagi yang berkorban ternakan pula, dah… Read More

6 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Umi..bestnya ada assistant kat dapur...akak selalu terkial-kial seorang..tak minat anak2 ni kerja dapur. I love the color

Wawaezrill said...

tp kalau anak suka turun dapur bantu mama dia, xsalah kuar duit.. tambah2 best dia buat cupcake kan.. comel sangat..

umi's cup cake said...

tu la..tengah tunggu dapat gaji sebab kesian kat nazirah sampai pukul 2 pagi bangun semata-mata nak minta mainan dari abi dia...

ady said...

as-salam SITI
WAHHH!!DAH LAMA TAK UPDATE BLOG..CANTIKNYE SWIRLSNYE :)SUKA TGK..TERTARIK DGN NAMA Kek Marble Hati Lara Blueberry NI....

umi's cup cake said...

waalaikumsalam abg ady,
nama tu ikut resepi asal je cuma tambah blueberry...lama tak update tapi hari2 tengok blog

umi's cup cake said...

salam kak paty...
alhamdulillah memang dia minat dan selalu ajak dia ke dapur..dan dia minta belikan dapur mainan untuk dia masak sebab umi takut apa2 kemalangan berlaku...hehe

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive