Wednesday, February 22, 2012

Doh Aneka Roti

Assalamualaikum dan selamat pagi

Tembam kan roti ni..hehe, macam pipi umi jugak...teringat nenek umi cakap "roti ni tembam macam tuan dia"...nak baut macam mana memang badan macam dipam2...roti ni umi makan dengan bubur kacang durian selain dari roti putih biasa tu...roti ni sebenarnya roti asas untuk roti berinti manis...cuma umi gantikan dengan keju parut untuk rasa lemak2 masin sikit...


Resepi asal ialah dari kak Reen Khan iaitu Doh Aneka Roti yang menggunakan inti kacang merah dan ditaburkan bijan diatasnya...ia boleh diperbagaikan mengikut kreativiti dan selera masing2 ya...jom la semak resepi mudah ni...


Jom Cuba : Doh Aneka Roti

Apa yang diperlukan?

  • 250 gm tepung high protein
  • 50 gm gula halus
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/4 sudu teh bread improver
  • 1/4 sudu teh bread softener
  • 30 gm telur (pukul sebiji telur dan timbang 30 gm)
  • 6 gm yis
  • 125 ml air suam
  • Inti kacang merah secukupnya - umi ganti dengan keju parut
  • Telur lebihan tadi masukkan 1 sudu kecil susu pekat gaul sebati
  • Bijan untuk ditabur di atas roti-umi tak letak

Jom Cuba!
  1. Satukan semua kecuali air. Gaul rata dan tuang sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  2. Uli sehingga doh menjadi elastik, lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Uli lagi tanpa henti selama 10-150minit.
  4. Rehatkan doh sebentar.
  5. Ambil doh dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh menjadi kecil dan masukkan inti kacang merah. -umi masukkan keju parut.
  7. Leperkan dan gunting sekeliling sehingga menjadi seperti bunga. -umi tak buat, cuma bulat2 kan je.
  8. Panaskan oven 190 c selama 10 minit.
  9. Sapukan lebihan telur tadi dan taburkan bijan.
  10. Bakar selama 25 minit atau sehingga kuning keemasan.


Related Posts:

  • Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan? Assalamualaikum dan selamat tengahari Minggu yang agak sibuk buat umi..tapi minggu rezeki dari Allah.. teringat akan ayat surah Ar-Rahman yang bermaksud ;- Allah mengingatkan manusia hingga berulang sampai 31 kali deng… Read More
  • Homemade Pizza Sardin Assalamualaikum dan selamat pagi alahai..dah seminggu gambar ni kat draf tapi tak sempat nak menulis.. umi buat piza simple ni masa anak2 umi kurang sihat dan mintak nak makan piza..kurang selera nak makan nasi.. amboi de… Read More
  • Resepi Roti Jala & Happy Birthday Ahnaf Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak… Read More
  • Roti Mexican Bun Assalamualaikum... Akhirnya.. penyakit M umi untuk buat mexican bun kesukaan suami dah terpecah.. betul2 M.. suami umi suka sangat makan.. umi plak teramat la "rajin" nak buat.. tapi semalam..buat jugak.. dah sampai seru … Read More
  • Roti Naik Johor Assalamualaikum dan selamat pagi Bersua setelah lama umi menyepi..haha.. apa khabar.. mesti ramai yang masih cuti kan... umi nak cerita pasal roti naik Johor..umi dah pernah buat atas nama lain iaitu Roti Naik CMG dan Rot… Read More

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam..emmmm comel molat-molat jee roti ni...kalau makan ngan kaya pun sedap juga ni....Lagi ada kopi panas....

umi's cup cake said...

Salam Sue,
mulat2 mcm umi kan sue..a'ah memang sedap makan dengan kaya sambil menghirup kopi panas...nak2 waktu hujan kan sue

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive