Wednesday, February 29, 2012

Ayam Burma & Pulut Kuning

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dah sarapan? Kalau sudah, alhamdulillah...bagi yang belum, jangan abaikan sarapan...mungkin ada yang lewat bersarapan...jangan biar perut tu kosong lama2, takut penyakit lain yang datang..apa pun, ikut la keselesaan dan kesesuaian masing2...

Hari ini pagi2 anak2 umi dah sarapan pulut kuning dan ayam burma, resepi ringkas tapi sedap yang umi ambil dari blog DTS (Dapur Tanpa Sempadan- blog popular tu)... rasanya lain sedikit dan aroma daun pudinanya amat membangkitkan selera..sebenarnya nazirah minta pulut kuning sebab dah lama umi tak buat..jadi umi pun padankan dengan ayam burma..satu kelainan dari biasa...selalu umi padankan dengan kari ayam atau rendang tapi hari ini lain sedikit...Terima kasih En. Mat diatas resepi yang ringkas tapi sedap ni...betul kata En. Mat dan En. Mat cadangkan untuk dimakan dengan nasi panas2..terangkat....apa lagi? semak la resepinya...

Caption : Tengok la anak2 umi yang dah tak sabar nak makan

Jom Cuba : Ayam Burma

Apa yang diperlukan?
  • 500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
  • 1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 15 helai daun pudina
  • Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 3 biji cili merah, buang bijinya
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai, hiris halus

Jom Cuba!

  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..- umi makan dengan pulut kuning

Related Posts:

  • Spaggeti Carbonara Nutri Goat Miracle 8 ( NGM8) - pelbagaikan makanan sunnah Assalamualaikum dan selamat tengahari Alhamdulillah.. semakin seronok menjalani kehidupan bila anak2 sihat...makan makin berselera... bayangkan..anak2 umi makan bertambah 4 kali...seronok rasa bila dengar lagu "nak lagi … Read More
  • Siakap Stim ala Thai Mamamya Assalamualaikum dan selamat petang Semenjak semalam lagi, bumi Allah basah dan sejuk... Bagi yang bekerja di Selangor... hari ini merupakan cuti umum... apa perancangan ketika cuti? Harap dapat dimanfaatkan bersama insan … Read More
  • Akhirnya...maggi kari ketam masam manis Assalamualaikum dan selamat petang Ya Allah berikan lah kekuatan dalam menjalankan tugasan harian ku... hari isnin...penuh dengan kerja sebab nak cuti lama sikit nanti... bila nak siapkan semua kerja... dugaannya, hanya A… Read More
  • Meatball Cabonara Cheese Meleleh Assalamualaikum dan selamat pagi Dah sarapan semua sahabat umi? kalau tak sempat sarapan yang berat2...alas la perut dengan sarapan yang agak ringan...supaya ada tenaga...pagi ini suami dan anak2 umi sarapan yang agak men… Read More
  • Ketupat Sotong Terengganu Assalamualaikum dan selamta pagi Akhirnya ter'update' jugak blog ni kan...haha.. ayat orang malas la tu..umi semenjak 2 menjak ni memang sibuk sangat dengan tugasan harian..kalah PM la pulak..hihi... so, azam untuk update… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive