Friday, January 13, 2012

Sup Tulang Untuk Kuah Bihun dan Sebagainya

Assalamualaikum dan selamat pagi


Panjang tajuk entry umi pagi Jumaat yang barakah ni kan? umi cuma ikut tajuknya dalam buku warisan dari ibu umi iaitu Medan Selera oleh Hj Ahmad bin Yaakub Al-Johori. Buku ini ditulis semula kerana buku asalnya dalam tulisan jawi di terbitkan pada 29hb April 1971. Memandangkan buku ini telah habis dipasaran, maka buku ini ditulis semula oleh anak arwah iaitu Al-fakir Hj Ahmad diatas permintaan orang ramai. Pencetakan buku ini juga mendapat sokongan Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu iaitu Tun Hussein Onn yang kemudian menjadi Perdana Menteri ke-3 dari 1976 sehingga 1981.

Memetik kata2 dari Al-Fakir Hj. Ahmad yang umi ingin kongsikan ialah

Bahawa adalah pelajaran masak memasak lauk pauk dengan peraturan yang baik dan dengan cara-cara yang betul itu bukan sahaja berguna kepada perempuan yang telah dan akan berumahtangga untuk menyediakan makanan yang baik dan membuka selera bagi makan hari-hari atau kerana hendak menyediakan jamuan atau sebagainya, akan tetapi sangat2 mustahak kepada laki2 kerana ia suatu ilmu yang kan membuka jalan yang luas untuk mencari nafkah hidup sama ada dengan keadaan kecil seperti membuka kedai makanan bergerak atau tetap dengan modal yang kecil atau sebaliknya. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja membuka satu pintu mata-pencarian yang luas bahkan akan mendatangkan keuntungan hidup seseorang.

Sungguh mulia niat beliau dalam menerbitkan buku ini..terima kasih tak terhingga kepada Penerbit Buku iaitu Khadijah kerana tanpa usaha beliau, mungkin keluarga umi pun tiada simpanan buku tersebut...berbali pada menu sup tulang ini amat ringkas dan umi menggunakan pressure cooker..lebih cepat. Rasa sup ni pula seakan-akan gabungan sup dan tom yam, sampaikan nazirah hirup terus dari mangkuk dan minta berulang kali..alhamdulillah...bagi yang ingin cuba, boleh la ambil resepinya

Jom Cuba: Sup Tulang Untuk Kuah Bihun dan Sebagainya

Apa yang diperlukan?
  • 2 batang tulang lembu (bahagian peha atau selangka)
  • 6 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 3 inci halia - dititik
  • garam secukup rasa
  • 1 biji buah tomato
  • 1 batang saleri -umi tambah
  • 2 biji kentang - umi tambah
Jom Cuba!
  1. Ambil tulang dan rebus dengan air secukupnya.
  2. Masukkan juga halia, bawang besar, bawang putih, buah tomato, saleri, kentang dan sedikit garam.
  3. Masak hingga tulang lembut.
  4. Jika kuahnya kurang, boleh la tambah air panas.
  5. Boleh dihidangkan dengan bihun, mee atau apa saja. umi hidang dengan nasi himpit dan roti.

Related Posts:

  • Nasi Hujan Panas Pak Engku Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog ni..walau pun cuti bersalin 3 bulan..rasa macam tak cukup pulak..hihi... apa khabar semua sahabat umi...walaupun umi kurang update bl… Read More
  • Rendang Daging Klasik Assalamualaikum dan selamat pagi Esok semua rakyat berbangsa cina akan menyambut tahun baru Cina... Selamat Tahun Baru Cina diucapkan... semoga tahun ini menambah kebahagiaan kekeluargaan.. tiada masakan istimewa... umi h… Read More
  • Pulut Tanak dan ikan masin Assalamualaikum dan selamat pagi Minggu baru dalam bulan Disember dan bulan terakhir Tahun 2013 ini... sekarang ni tengah macam2 musim kan...musim tengkujuh, musim durian, musim rambutan, musim kenduri perkahwinan dan jug… Read More
  • Nasi Lemak Kangkung  Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan apa pagi ini? meh la makan nasi lemak kangkung...semalam umi baru balik dari kampung suami ..tapi nasi lemak ini umi masak untuk bekalan semasa nak balik ke kampung... kira b… Read More
  • Ikan goreng berempah Dayang Jack Assalamualaikum dan selamat tengahari Wa...panas sungguh cuaca sekarang ni... bahang terasa di mana2... umi dan anak2 pun sekarang batuk sikit2.. kering sungguh tekak.. cuba juga untuk banyakkan minum air masak... kena ku… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive