Tuesday, January 10, 2012

Roti Sosej Goreng Umi Style

Assalamualaikum dan selamat petang

Dah minum petang? bagi suri rumah atau ibu2 mesti tengah pikir menu minum petang apa yang ringkas dan mudah disediakan disamping perut insan2 tersayang pun kenyang kan? petang ni umi nak kongsikan menu ringkas tapi sedap...berebut suami dan anak2 umi makan..sosej ni memang kegemaran nazirah terutama bila cicah dengan sos tomato...hingga menjilat jari... roti sosej ni juga sesuai di buat sarapan...bila anak2 dan suami kenyang, kita pun senang hati kan? cuma kali ini adalah cara umi...boleh dipelbagaikan, umi ikut selera keluarga kecil umi...eh, marila tengok cara2nya...



Jom Cuba : Roti Sosej Goreng Umi Style

Apa yang diperlukan?

  • 5 keping roti gardenia/ apa jenis pun tak pe
  • 5 keping cheese slice
  • 5 batang sosej(umi guna ramly)
  • 1 biji telur-dipukul
  • sedikit serbuk roti untuk salut
  • minyak untuk menggoreng

Jom Cuba!

1. Rebus sosej hingga masak dan toskan.
2. Gelek sekeping roti hingga leper dan buat hingga habis. - umi tak buang tepi sebab sayang tapi kalau nak kemas, boleh buang.
3. Letakkan sekeping cheese slice diatas roti tadi.
4. Letakkan pula sosej yang telah direbus dan gulung hingga kemas.
5. Celup roti dalam telur yang telah dipukul tadi.
6. Salutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga masak. Boleh la di hidangkan.

Related Posts:

  • Bubur Kacang Durian - Resepi WarisanAssalamualaikum dan selamat pagiPagi2 lagi umi dah tunjukkan bubur kacang hijau..sebenarnya dah lama buat cuma tak masukkan dalam post je..umi buat banyak sikit sebab makan banyak versi, maklum la peminat durian...umi makan p… Read More
  • Donut Tofu LembutAssalamualaikum dan selamat pagiJangan la gelak kan umi sebab bukan setakat ketinggalan keretapi tapi ketinggalan siput... maknanya siput pun lagi laju dari umi..baru sekarang umi boleh buat donut yang sedap ni..bukan sebab t… Read More
  • Roti Goreng Rangup HasueAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Memandangkan sekarang anak2 cuti sekolah, apa sarapan yang ibu sediakan hari ni? Mesti yang terbaik untuk anak2 tersayang kan? Mungkin ibu yang surirumah lebih sibuk atau lebih rin… Read More
  • Sosej Blossom Bun Assalamualaikum dan selamat petang   Dah makan tengahari? alhamdulillah...gambar kat atas adalah menu umi sarapan umi sekeluarga iaitu sosej blossom bun yang resepinya umi ambil dari blog CMG  seben… Read More
  • Pita Bread Hawaiian Chicken Pizza from Paty's KitchenAssalamualaikum dan selamat tengahariMaaf hari ini umi tak boleh nak celoteh panjang sebab diburu waktu..banyak kerja yang harus umi selesaikan...maklum la, saya yang menurut perintah kan? Apa2 pun, jamu la mata dengan piza b… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive