Wednesday, October 12, 2011

Masak Lemak Ikan Sayur Kacang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

panjang sungguh nama resepi ni kan? tak padan dengan sebenarnya satu resepi ringkas je...resepi mak mertua umi dari terengganu dan kegemaran suami yang umi cintai...tapi mungkin tak 100 percent macam air tangan bonda tercinta tapi iras2 tu ada la....mana boleh lawan air tangan mak mertua umi yang sedap tu kan? derhaka la namanya...satu resepi sempoi tapi lazat dengan curahan kasih sayang..cewah..biasanya ia dipadankan dengan ikan goreng yang digoreng garing dan sambal belacan yang cukup power dan lazat tapi umi belum sempat belajar lagi(terukkan umi ni)....

sambal belacan mak mertua umi memang sedap dan kalau buat berniaga memang laku macam goreng pisang panas...makin bertambah kalau makan dengan nasi panas, ikan goreng dan masak lemak ikan sayur kacang ni....hish terliur pulak rasanya...apa lagi, jom jenguk2 resepinya ya...

Jom Cuba : Masak Lemak Ikan Sayur Kacang

Apa yang diperlukan?
  • 2 ekor ikan kembung - direbus dan diambil isinya
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 6 batang sayur kacang panjang - dipotong pendek dalam 2inci
  • 2 batang cili merah - dihiris
  • 200 gram santan - umi guna santan kotak je
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

Jom Cuba!

  1. Tumbuk ikan, bawang putih dan bawang besar hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  3. Masukkan pula sayur kacang panjang, cili merah dan santan.
  4. Rebus semua bahan diatas api yang perlahan. Tunggu hingga mendidih dan sayur masak sepenuhnya.
  5. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan garam secukup rasa. Biar sebentar, tutup api.
  6. Makanlah bersama ikan goreng dan sambal belacan, pasti terangkat.....

Related Posts:

  • Mee Rebus Cik AniAssalamualaikum dan selamat pagiaaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmmapa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau … Read More
  • Ayam Burma & Pulut KuningAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Kalau sudah, alhamdulillah...bagi yang belum, jangan abaikan sarapan...mungkin ada yang lewat bersarapan...jangan biar perut tu kosong lama2, takut penyakit lain yang datang..apa p… Read More
  • Murtabak Maggi CheeseAssalamualaikum dan selamat pagiserasa sekejap je masa berlalu, hari ini dah hari rabu...hari tanpa kata2...tapi hari ni umi nak cakap lebih sikit, boleh tak?... kalau tak boleh pun, bolehkan je la...umi nak cerita al kisah m… Read More
  • FILIPINO GINATAANG MAIS / BUBUR JAGUNG FILIPINAAssalamualaikum dan selamat pagiHari kedua dalam minggu ini...hari yang agak sibuk...jadi umi schedule entry ni ya...dah sarapan? pernah makan bubur jagung Filipina tak? umi pernah makan sekali di Restoran Nasi Kerabu yang te… Read More
  • Ayam Goreng Rempah RanggupAssalamualaikum dan selamat pagiMacam mana mood semua pagi ni? harap agar ceria sentiasa...tapi umi agak 'tertekan' sedikit dengan tugasan yang perlu umi siapkan dan perbaiki sebelum hari Jumaat kerana terpilih untuk 'percalo… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive