Friday, October 7, 2011

Kek Cawan Mentega Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 7hb Oktober (hari jumaat) genap la kak ummi kuantan 45 tahun...Alhamdulillah, semoga Allah memberi seribu keberkatan dan rahmat kepada kak ummi sekeluarga...kak ummi, menjadi inspirasi dan contoh kepada umi, walaupun berkerja tapi santapan untuk keluarga yang disayangi...ditambah lagi dengan sokongan dan dorongan suami serta anak, menambahkan semangat 'berjuang' di dapur...memang sesuai dengan temo blog kak ummi, HOME SWEET HOME....atau Rumahku Syurgaku...umi doakan kak ummi semakin bahagia dan dilimpahruahkan rezeki kerana sudi berkongsi ilmu walau apa cara sekali pun...Terima kasih Kak Ummi...


umi nak kongsikan satu resepi dari buku variasi cupcakes oleh Nor Aini Adnan iaitu Kek Cawan Mentega tapi olah menjadi warna warni dan jadi lah Kek Cawan Mentega Pelangi...umi olah untuk menarik perhatian anak2 umi kerana rasminya, budak2 sukakan sesuatu yang berwarna warni dan menarik perhatian seperti coklat urai pelbagai warna...terima kasih kepada Nor Aini Adnan untuk resepi yang mudah tapi sedap...umi buat juga untuk dibawa ke rumah makcik umi di kuantan semasa konvo adik bongsu umi di Universiti Malaysia Pahang....umi salinkan resepinya di sini ya...sebagai rujukan bersama



Jom Cuba : Kek Cawan Mentega Pelangi

Apa yang diperlukan?

  • 250 gram mentega
  • 250 gram tepung berserbuk penaik
  • 200 gram gula castor
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • beberapa titis pewarna pilihan - umi pilih hijau dna merah (umi tambah)
  • coklat urai pelbagai warna -untuk hiasan(umi tambah)

Jom Cuba!

  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu berselang seli dengan tepung.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian atau mengikut berapa jenis pewarna yang digunakan.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas cawan mini dan taburkan coklat urai. (lihat gambar dibawah)
  6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga keemasan.
  7. Sejukkan sebelum dihias dengan krim. (umi tak hias sebab dah ok)


Related Posts:

  • Tiramisu BiscottiAssalamualaikum dan salam sejahteradah lama umi tak jenguk blog ni...rindu tapi ada kerja yang lebih penting untuk diselesaikan...pernah makan kek tiramisu? umi tak pernah sebenarnya tapi teringin sangat nak makan...apa maksu… Read More
  • Salam Ramadhan dan Seribu KemaafanAssalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah, bertemu jua kita dengan bulan yang penuh rahmat dan berkat ini...pertamanya umi ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 umi sekalian kerana dah lama umi tak jenguk atau p… Read More
  • Kek Lapis Asam ManisAssalamualaikum dan salam sejahteraSebenarnya kami sekeluarga dah pun sambut hari lahir suami sekali dengan nazirah masa balik kampung minggu lepas..untuk nazirah, kek pelangi...resepi di sini...manakala untuk suami umi, ibu … Read More
  • Eh...Apa umi buat ni?Minggu ni dah dua jenis kek yang berlapis umi buat...mula2 bakar....lepas tu kukus...kali ni untuk birthday Ahnaf umi buat kek apa ya? berlapis lagi ke? Ahnaf pun teruja tengok kotak kek dia...nak tengok macam mana muka ahnaf… Read More
  • Kek Coklat Lembut Kukus Chef ZubaidahSeperti yang umi janjikan semalam...ini lah resepi yang umi gunakan untuk membuat cup cake untuk birthday ahnaf....mudah untuk membuat kek comel yang sedap ni...teksturnya juga lembut....rasanya kalau bakar lagi lembut tapi … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive