Assalamualaikum dan selamat pagi
Bersua setelah lama umi menyepi..haha.. apa khabar.. mesti ramai yang masih cuti kan... umi nak cerita pasal roti naik Johor..umi dah pernah buat atas nama lain iaitu Roti Naik CMG dan Roti Naik Coklat Urai.. umi juga selalu juga buat Roti Naik Tok Mak ...macam kat sini dan sini .....
Gebus kan rotinya... ha.. kali ini umi buat lagi..yang umi suka roti ini... mudah dan boleh dipelbagaikan 'lawannya' seperti cicah air nescafe, air kopi, makan dengan kuah kari, asam pedas, sambal bilis dan macam2 lagi la... nak makan macam tu je pun boleh...bagi sesiapa yang nak tengok roti Gebus Gebas En. Mat Gebu..boleh Klik Sini... umi kongsikan kembali resepi nya..bagi yang ingin mencuba...
Resepi : Roti Naik Johor
Oleh : Che Mat Gebu
Dicuba oleh : Umi's Cup Cake
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
- Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
- Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
8 comments:
wah siap ada tips lagi kakpah bagi ya, jgn tumbuk simen kang tk dpt makan roti tu dah sakit tangan pulak hahaha
haha..tips tu tak ada di tempat lain kak Nooriah
buat minum petang pun sedap ni :)
betul tu wana..pagi ke petang..memang memikat
Sedap tu...boleh dicuba nti
alhamdulillah..cheq da..memang sedap..cuba la
michael kors outlet
cheap jordan shoes
ralph lauren online,cheap ralph lauren
jordan retro
michael kors handbags sale
kobe byrant shoes
true religion jeans
true religion store
ralph lauren polo shirts
jordans for cheap
cheap oakleys
ray ban uk,cheap ray ban sunglasses
cheap basketball shoes
oakley sunglasses
mlb jerseys
cheap real jordans
kobe basketball shoes
chrome hearts online store
cheap nfl jerseys
michael kors outlet
mlb jerseys
nike shoes
balenciaga
coach outlet online
yeezy shoes
fitflop
balenciaga
air max 95
moncler outlet
timberlands
Post a Comment