Tuesday, June 14, 2011

Roti Naik Coklat Urai


ha..ini lah tangan nazirah yang tak sabar nak makan roti naik coklat ni..ni sebenarnya resepi derhaka sebenarnya...resepi asal di sini dulu hanya plain je tapi kali ni umi ubah jadi roti coklat...teruk kan umi ni...paling nazirah suka...apa lagi coklat urai yang umi tabur la....fav. dia, jadi umi buat la untuk minum petang...kenyang sikit...

tengok tu...tak sabar...

roti ni masih lembut walaupun tiada guna pelembut roti atau penaik roti...suami umi cakap macam bau kat kedai roti...perli la tu...apa pun meh tengok resepi derhaka umi ni....


Jom Cuba : Roti Naik Coklat Urai

Apa yang diperlukan?

  • 400 g tepung roti
  • 100 g tepung Hong Kong
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung
  • 3/4 camca teh bread improver (umi tak letak)
  • 180 g gula perang (brown sugar)
  • 100 g mentega
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • coklat urai secukupnya
Jom Cuba!
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Taburkan coklat urai secukupnya.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

versi sebelum dan selepas bakar

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive