Monday, June 6, 2011

Siakap Tiga Rasa Versi Umi & Air Susu Cincau

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini lah pasangan menu untuk nasi pilaf tu...siakap tiga rasa versi umi...dan air susu cincau versi umi gak...versi campak2 dan orang malas...suami umi dan anak2 suka sangat makan ikan siakap ni..mesti ratah sampai habis...ikan siakap tu umi goreng menggunakan tepung yang dah siap je...selalunya umi buat bancuhan sendiri tapi nak cepat punya pasal, umi guna tepung segera macam kat bawah ni...jenama nona, Crispy Fry....cuma ikut arahan pada kotak...

untuk air susu cincau tu umi cuma bancuh air suam + susu pekat manis + cincau yang telah dipotong dadu...banyak mana? ikut rasa la..kalau nak manis, lebih kan susu begitu juga sebaliknya...tambah ais lagi sedap....cuma cincaunya mendap la...

ok la mari tengok resepi yang tak se'mengah' dari umi ni ya....


Jom Cuba : Ikan Siakap Tiga Rasa Versi Umi

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 1 kg Ikan siakap
  • 1 kotak Tepung Crispy Fry, Jenama Nona

Bahan B
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 biji lada bengala warna kuning
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 batang baby jagung - dipotong bulat
  • 1 batang carrot - dipotong bulat
  • 50 gram tomato ceri
  • 200 gram nenas kiub dalam tin
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • kacang peas secukupnya - untuk hiasan

Jom Cuba!

Untuk Ikan Siakap
  1. Bersihkan ikan siakap dan toskan.
  2. Bancuh tepung ikut arahan pada kotak dan celup ikan.
  3. Goreng hingga masak. Ketepikan.

Untuk Kuah Tiga Rasa
  1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan cili boh. Biarkan masak seketika.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada benggala. Kacau rata dan biar naik bau.
  3. Masukkan pula air secukupnya. Masukkan juga sos tomato, sos cili, baby jagung, carrot dan tomato ceri. Biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali, masukkan nenas kiub. Perasakan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api. Tuangkan kuah diatas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan kacang peas bila menghidang.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive