Wednesday, June 1, 2011

Nasi Goreng Cendawan Suamiku & Ben Ashaari

Assalamualaikum

Terharunya hari ni...pertama, setelah semalam out-station dan dah berapa hari tak tengok blog ni..terkebil2 bila tengok salah seorang follower umi...blogger yang tak layak untuk difollow...Ben Ashaari follow umi?terharu dan teruja...terima kasih diatas kesudian...kalau tak cukup padang bola, laut china selatan pun umi rasa tak cukup luas untuk tadahkan...alhamdulillah...

Yang kedua, balik dari out-station, berkejar2 pikir nak masak tapi terharu bila suami dah masakkan nasi goreng cendawan...bukan queen control ya...Terima kasih ya Allah kerana dijodohkan dengan seseorang suami yang memahami diriku...belajar memahami dan cuba memahami sedaya upaya...melalut dah umi ni kan? oklah nasi goreng cendawan versi suami umi.


Jom Cuba : Nasi Goreng Cendawan Suamiku

Apa yang diperlukan?
  • 300 gram nasi putih
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 100 gram ayam (dihiris)
  • 100 gram cendawan tiram
  • 1 kiub perasa ayam
  • minyak untuk menumis
  • bawang goreng secukupnya untuk hiasan


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak. Setelah itu, tumis bawang merah hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam yang telah dihiris.
  3. Bila ayam telah separuh masak. Masukkan cendawan tiram, biar masak.
  4. Masukkan pula kiub ayam. Biar sebentar dan masukkan nasi. Kacau sekata.
  5. Siap untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng semasa dihidangkan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive