Wednesday, June 29, 2011

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya kami sekeluarga dah pun sambut hari lahir suami sekali dengan nazirah masa balik kampung minggu lepas..untuk nazirah, kek pelangi...resepi di sini...manakala untuk suami umi, ibu umi masakkan pulut kuning dan beriani kambing...dan ada sedikit acara potong suka2, seperti di bawah...
Jadi kek lapis ni umi buat untuk menjamu kawan2 opis suami umi...kek ini mudah disediakan dan cepat sebab hanya perlu kukus dan bukan dibakar...bahan2 yang diperlukan juga tak banyak dan sentiasa ada di dapur kecil umi...sila abaikan tulisan tangan yang keras tu..umi tak pandai nak deko2 ni...resepi ni umi ambil dari dapur kak yatie...yang rajin dan ayu orangnya...

Jom Cuba : Kek Lapis Asam Manis

Apa yang diperlukan?

  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat - susu pekat umi dah abis so umi ganti dengan 3 sudu besar susu segar

Jom Cuba!

  1. Blend biskut tawar halus. Kemudian ayak dan ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
  3. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian dan letaklah warna kesukaan (umi letak kuning dan merah).
  5. Kukus setiap lapisan 5 atau 7 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pada setiap lapisan.
  6. Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  7. Buat sehingga habis dan utk lapisan terakhir kukus 15 minit.
Nota : Kawan2 suami kata boleh buat jual...alhamdulillah

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive