Wednesday, February 12, 2014

Ikan goreng berempah Dayang Jack

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Wa...panas sungguh cuaca sekarang ni... bahang terasa di mana2... umi dan anak2 pun sekarang batuk sikit2.. kering sungguh tekak.. cuba juga untuk banyakkan minum air masak... kena kurangkan aktiviti luar rumah ni... tapi bila jemur baju seronok sangat sebab baju macam keropok... hihi...masak apa ya ibu2 di rumah sekarang ni...mesti tengah berpeluh2... tak pe la...demi keluarga yang kita cintai.. 
 
walaupun cuaca panas, tapi kalau makan ikan goreng berempah ni dengan nasi panas2...serta ulam ulaman dan sup sayur..emmm, tak pulak tolak... tambah plak sambal velacan....terangkat dan berpeluh pun tak pe... selera sangat..resepi ini dari kak dayang dan ramai yang telah mencuba cuma umi tak ada stok ikan kerisi, jadi umi gantikan dengan ikan selar je...janji dapat buat kan...bagi yang nak mencuba, resepi ada di bawah ya... selamat mencuba...
 
Kerisi Goreng Berempah
bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.

Related Posts:

  • Mee Goreng Kicap Ringkas  Assalamualaikum dan selamat pagi Pejam celik...pejam celik... dah bertemu kembali dengan hari Jumaat yang penuh barakah...tapi umi dilanda kemalasan yang amat sangat...masak pun nak yang ringkas2 je ...lebih baik yan… Read More
  • Ketam Goreng Tepung  Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah... hari ni nak kongsi satu menu yang umi amat suka dan umi ambil resepi dari Citrasa Dari Dapur Kakpah Sherr… Read More
  • Ikan Kukus dan Sayur Campur Goreng Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah, bertemu di pagi Jumaat yang penuh barakah...dalam 2-3 hari ni ada keluar pelbagai cerita berkenaan penderaan ibu terhadap bayinya...ia memang… Read More
  • Mee Hailam After 6 am & Selamat Hari Guru Assalamualaikum dan selamat pagi Hari ni 16hb Mei merupakan hari guru..umi nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di bumi Malaysia...terutamanya adik umi, Norliana Ghani...jasamu guru amat bererti dan tiada ya… Read More
  • Popiah Goreng KejuAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah ra… Read More

9 comments:

Sweet red cherry said...

salam umi..

em, sedap juga lauk tu..apalagi goreng..memang suka sangat..

umi's cup cake said...

Salam bbwana,
ni lauk yang simple tap memikat selera sepanjang zaman

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam umi..
kat rumah akak kalau ikan mmg wajib digoreng... baru laku.. kalau ikan msk berkuah.. anak2 memang langsung takmau... padahal ibunya paling suka ikan.. anak2 tak menurun.. hehehe..

umi's cup cake said...

Salam kak madiha...
goreng garing2 memang sedap kak..anak2 umi pun ikut mood kalau makan ni..alhamdulillah..mereka lebih suka ikan

Gee® said...

K.gee pun suka ikan kerisi goreng...

umi's cup cake said...

Sedap kan kak gee makan dengan nasi panas2

zila norazila said...

sedap ne ummi..mudah pulak tu..brtmbh nasi nie

umi's cup cake said...

betul zila..makan tak ingat kalori dah..

Norma NML said...

Salam perkenalan..

Mcm sedap jer..boleh la try nnti

Jom singgah blog akak if sudi..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive