Wednesday, December 4, 2013

Kuah Durian & Roti Naik Pahang

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? Semoga semuanya dilindungi Allah terutamanya mangsa banjir di 3 negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu... sahabat umi di Kuantan kata tak pernah banjir seteruk ini dan rumah ayahnya yang berpuluh tahun duduk pun banjir... ini semua pasti ada hikmahnya kan... Hanya kita perlu bersangka baik terhadap Allah...in sha Allah, semuanya akan baik...
ok la berbalik pada menu yang tak seberapa ni...umi buat kerana permintaan suami dan tak nak membazir buah durian yang kurang manis di beli oleh suami umi... resepi yang amat mudah... umi tak ada sukatan yang tepat, tapi bagi yang hendak mencuba... cara umi adalah sama macam resepi dari kak Nannie...kak nannie izinkan umi salinkan semula di sini ya...umi makan dengan roti naik pahang, kalau nak resepi boleh klik sini...kuah durian ini juga enak dimakan dengan roti jala, biskut kering...selamat mencuba...

Resepi : Kuah Durian
Oleh : Kak Nannie

Bahannya:-
  • 15 ulas buah durian
  • 3 cawan santan pekat
  • 1-2helai daun pandan
  • Gula secukup rasa ikut citarasa masing-masing la ya
  • Secubit garam

Caranya:-

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau kemudian masak sehingga kuah durian ini menjadi pekat . 
  2. Cuba rasa gulanya jika kurang boleh la ditambah , sedikit garam di masukkan dalam kuah ini bagi timbul rasa lemak manis buah durian ini . 
  3. Nak masak kuah durian ni ikut pada citarasa sendiri sebenarnya kalau tak suka kuah terlalu pekat tambah la sedikit air .

Jika suka banyak durian boleh la ditambah lagi durian ikut la pada cita rasa masing-masing

Related Posts:

  • Selamat Bersua Kembali & Kek Buah BakarAssalamualaikum dan Selamat Hari Raya Apa khabar semua sahabat umi? Maaf kerana terlalu lama menghilangkan diri... umi terpaksa kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan... ada darah beku di kaki umi dan umi dimasukkan… Read More
  • Puding Jagung Koktel Assalamualaikum dan selamat pagi   Apa khabar semua sahabat umi? macam mana dengan pagi ini..semoga ceria dan dirahmati Allah selalu... sekarang ni masih ada lagi yang memenuhi jemputan rumah terbuka dan opis … Read More
  • Chocolate Bottom Banana Square sooooooo yummy Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi yang jauh atau pun dekat... ramai yang telah bekerja hari ini setelah balik kampung menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia... Tahniah buat yang berja… Read More
  • Doa Hari Lahirku... Alhamdulillah & Kek Buah Kukus Chahaya Shiela Assalamualaikum dan Selamat pagi  .... بسم الله الرحمن الرحيم....YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha PenyayangTerima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap … Read More
  • Mini Pavlova  Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat...   Ha... nampak tak wajah nazirah yang seronok sangat dapat menghias buah2 segar atas pavlova tu?.. puas hati sangat bila umi berikan kepercayaan hias pavlova tu.… Read More

2 comments:

Liza said...

akk pun ada buat hari tu tapi makan dgn putu mayam...

umi's cup cake said...

makan dengan putu mayam ye kak liza? belum pernah cuba...nanti nak cuba la..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive