Friday, September 13, 2013

Nasi Ayam Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Resepi nasi ayam ni umi ambil dari Blog Kasihs.. memang simple tapi sedap nasi ayam ni..sesuai dengan selera keluarga kecil umi ni... terima kasih Filla atas perkongsian ini... Ok la umi tak boleh lama-lama sebab umi kena kemas barang untuk balik kampung..rindu nak balik kampung dan yang paling rindu...masakan ibu di kampung la...doakan umi sekeluarga selamat pergi dan kembali...

Resepi : Nasi Ayam Simple Tapi Sedap
Oleh : Filla (The Kasihs)

NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe
SUP
potongan ayam
(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun supdaun bawang 
bawang goreng
*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)
AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)
KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)
KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Related Posts:

  • Nasi Impit Goreng Marbeles Kak Anymz  Assalamualaikum dan selamat pagi   Alhamdulillah, sedar tak sedar dah hari khamis...kalau staf kerajaan hari ni ramai yang pakai baju corak batik...berwarna warni dan ceria...bagi yang bercuti atau suri rumah ya… Read More
  • Nasi Jagung Serai Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Semoga sentiasa sejahtera dan di rahmati Allah... minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk buat umi...harap2 apa yang umi usahakan akan manjadi...amin.. yan… Read More
  • Nasi Minyak Bandung Assalamualaikum dan selamat pagi Mari..mari...mari makan nasi minyak bandung...ha, nasi minyak bandung & mee bandung ni hanya ada di Malaysia...jangan cari di bandung sebab kat sana tak ada.... nasi minyak bandung ni … Read More
  • Ikan Kukus dan Sayur Campur Goreng Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah, bertemu di pagi Jumaat yang penuh barakah...dalam 2-3 hari ni ada keluar pelbagai cerita berkenaan penderaan ibu terhadap bayinya...ia memang… Read More
  • Khao Neaw Ma Muang / Pulut ManggaAssalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah, bertemu kita di pagi yang penuh barakah..penghulu segala hari...seperti petikan dari Berita Harian Online iaitu Khutbah Jumaat: Kelebihan Jumaat penghulu segala hari HARI Jumaat … Read More

4 comments:

Sweet red cherry said...

salam umi..

sedapnya menu..bestnya makan nasi ayam..selamat sampai ke kg ya..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Umi...wahhh..belum pernah cuba buh kulit ayam dalam nasi ni..nanti boleh lah cuba juga....

umi's cup cake said...

Salam Bbwana,
nasi ayam memang sentiasa menjadi pilihan anak2

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Sue,
Cuba la..pengkongsian ini memang untuk dicuba..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive