Friday, September 13, 2013

Nasi Ayam Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Resepi nasi ayam ni umi ambil dari Blog Kasihs.. memang simple tapi sedap nasi ayam ni..sesuai dengan selera keluarga kecil umi ni... terima kasih Filla atas perkongsian ini... Ok la umi tak boleh lama-lama sebab umi kena kemas barang untuk balik kampung..rindu nak balik kampung dan yang paling rindu...masakan ibu di kampung la...doakan umi sekeluarga selamat pergi dan kembali...

Resepi : Nasi Ayam Simple Tapi Sedap
Oleh : Filla (The Kasihs)

NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe
SUP
potongan ayam
(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun supdaun bawang 
bawang goreng
*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)
AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)
KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)
KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Related Posts:

  • Spaghetti Carbonara Senang! Assalamualaikum dan Selamat Petang Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan ada… Read More
  • Spaghetti Bolognese semudah 1,2,3.... Assalamualaikum dan selamat tengahari Dialog iklan TV :- Wartawan  : Anak2 memang suka masakan kedai? Ibu             : Memang..mereka lebih selera makan mak… Read More
  • Mushroom Soup..Yummy!  Assalamualaikum dan selamat pagi  Apa khabar semua sahabat umi? Harap semua dirahmati Allah selalu... Marilah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita sebanyak mungkin.... Sampai ternganga mulut nazi… Read More
  • Paprik Ayam & Telur Dadar Cendawan Assalamualaikum dan selamat pagi Menu yang amat biasa bagi semua orang dan ada yang tak pandang sebelah mata pun kan... ada juga yang boleh masak lauk ni sambil pejam mata... boleh ke? apa pun hari ini nak juga kongsi re… Read More
  • Ayam Bakar Madu Umi... Madu Umi? oh...benar kah? Assalamualaikum dan Selamat pagi ISh, jangan cepat panik... kalau umi nak dimadukan, umi akan umumkan tarikh nya.. biar macam Ustaz Azhar Idrus (UAI) buat..baru aman rumahtangga... hidup pun harmoni...Mari meh..mari... ma… Read More

4 comments:

Sweet red cherry said...

salam umi..

sedapnya menu..bestnya makan nasi ayam..selamat sampai ke kg ya..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Umi...wahhh..belum pernah cuba buh kulit ayam dalam nasi ni..nanti boleh lah cuba juga....

umi's cup cake said...

Salam Bbwana,
nasi ayam memang sentiasa menjadi pilihan anak2

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Sue,
Cuba la..pengkongsian ini memang untuk dicuba..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive