Wednesday, July 3, 2013

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua...Jangan jemu ya... umi masih lagi bercerita menu hari lahir keluarga kecil umi yang lepas...kali ini semasa birthday nazirah dan nafiz... umi cuma sempat sediakan kek SMECC je.. resepi dari dayang jack...terima kasih atas perkongsian...
umi buat 2 buku kek sebab risau tak cukup...Alhamdulillah.. dan umi cuma curah ganache dan hias guna edible image barbie untuk nazirah dan ben 10 untuk nafiz... ish, dah tarikh lahir sama...nama pun nak dekat2 kan.. duduk pulak rumah sebelah menyebelah... rancangan Allah memang terbaik...
deko pun tangan keras je la... ikut mana sempat je sebab balik kerja terus deko dan kek dah di masak sebelum tu... dan pukul 8 malam... semuanya bermula... seronok sebab tak pernah buat macam ni..meriah dan semangat kejiranan yang tinggi
 Ramai kan anak2... macam2 ragam dan keletah...
 Birthday Girl & Boy...Nazirah & Nafiz
 Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Antara menu yang ada... semuanya sedap2

Related Posts:

  • Nasi Arab dan Kuah lodeh Nasi Impit..meraikan tetamu  Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin  Akhirnya berjaya update blog yang tak semengah ni...kengkonon..empunya blog sibuk beraya yang tak sudah sudah..hihi... ini antara menu yang umi masak u… Read More
  • Empat resepi Nasi Ayam dan Selamat Kembali ke Sekolah Assalamualaikum dan selamat pagi Pagi yang agak sibuk..hari ini hari permulaan sekolah bagi semua murid termasuklah anak2 umi... Nazirah masuk darjah 1 manakala ahnaf pula ke tabika... mujur sudah orentasi...kalau tidak, … Read More
  • Tahniah adikku Khairul dan Yati Assalamualaikum Alhamdulillah..selesai segalanya.. Majlis terakhir dalam adik beradik umi... Cantikkan adik2 umi..  Majlis pernikahan adik umi, khairul dan pasangannya yati diadakan di Pontian, Johor  Ahl… Read More
  • Resepi Roti Jala & Happy Birthday Ahnaf Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak… Read More
  • Salam Ramadhan 1436H - Niat puasa sebulan dan menu sahur Assalamualaikum dan salam sejahtera Rasanya masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat umi.. Semoga kita memanfaatkan peluang yang kita tunggu-tunggu ini... bagi anak yang baru belaja… Read More

7 comments:

ady said...

salam
absolutely gorgeous!!!

Sweet red cherry said...

em, nama ja kek coklat memang sedap kan..tambah lagi ganache coklat..memang x sedar makan sampai 2-3 potong..hihi..

umi's cup cake said...

Salam Abg Ady
Thanks..

umi's cup cake said...

betul tu bbwana..bukan anak2 je suka...mak ayah pun suka jugak...

isma said...

hepi belated kat nazirah ka siti..dapnyer kekk..delicious..huhu..
lamanye x nyembang..kat kenduri kawen azim ari tu pandang blakang tup2 ilang dah..huhu..

umi's cup cake said...

tq aunty isma..tu la tak sempat nak lama..rindunya

Anonymous said...

Sis mmng x gna telor yer.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive