Friday, April 26, 2013

Simple Tiramisu

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Eh..pagi2 lagi umi dah tunjuk sesuatu yang mengemukkan ni...ish...ish..ish.. terukkan umi ni...hehe..Apa khabar semua sahabat umi? Dah sarapan ke belum... ambil lah sarapan walaupun sedikit.. alas perut pun tak mengapa... tak gemuk la..lain la umi ni haa... makan sarapan tak ingat dunia... penuh pinggan...alasan umi, lapor la....hehe...
Hari ini umi nak kongsi resepi Kak Nor secubit garam.... resepi tiramisu simple sebab suami umi suka sangat makan tiramisu malam2... tak puas makan katanya... lagi pun bila balik dari surau malam... makan tiramisu yang dingin di tekak ni memang mengasyikkan... tak sedar dah termakan banyak...dan yang paling best, dah TERtambah lemak yang ada...hehe... yang ini umi tak boleh tolong...sendiri ingat la ya...ok la, meh tengok resepi mudah sangat ni...


Resepi : SIMPLE TIRAMISU  
Oleh :  K.E MyR
sumber: HanaMemories & Kak Nor secubit garam

Bahannya:
1 biji sponge kek atau apa2 kek ~ k.nor guna biskut tiramisu
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Caranya:
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. Then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  8. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Related Posts:

  • Kek Lapis Kukus Cream Cheese Marble Assalamualaikum dan selamat pagi Ha... jangan terkejut... inilah namanya menderhaka dan tidak sabar... tu la semua benda nak buat dalam masa yang singkat...inilah hasilnya... walaupun macam tu, rasa kek ni amat sedap sepe… Read More
  • Chocolate Bottom Banana Square sooooooo yummy Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi yang jauh atau pun dekat... ramai yang telah bekerja hari ini setelah balik kampung menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia... Tahniah buat yang berja… Read More
  • Kek Oreo Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? hai...hehe..asyik tenggelam dan timbul je umi ni kan... mood kureng sikit sebab idea pun kontang... suka tengok ramai sahabat umi yang banyak idea... seronok duk baca blog … Read More
  • My Cutety Kismis Cake Assalamualaikum dan selamat pagi Maaf ye kepada empunya resepi sebab kek cawan umi tak cute macam yang empunya resepi iaitu Nina Mirza...umi punya dalam cup yang gedabak besar..tak sesuai nama cutety tu sebenarnya..hihi… Read More
  • Simple Tiramisu  Assalamualaikum dan selamat pagi Eh..pagi2 lagi umi dah tunjuk sesuatu yang mengemukkan ni...ish...ish..ish.. terukkan umi ni...hehe..Apa khabar semua sahabat umi? Dah sarapan ke belum... ambil lah sarapan walaupun… Read More

9 comments:

Sweet red cherry said...

oh tiramisu favouriteku..

umi's cup cake said...

Sedapkan tiramisu ni bbwana..lebih2 lagi makan sejuk2..yummy..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedapnya umiiiii.....bial la k.atie nak menerainya lak...

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikim umi sdp tu ank2 akk pun peminat tega kek tiramisu ni...terasa2 di tekak...

umi's cup cake said...

nnt anak2 blk kak azatie try la..syok mkn dgn anak2

umi's cup cake said...

Waalaikumslm sheila..mmg terasa nikmat kan...

zila norazila said...

Yg pkai sponge kek zila x cuba lg..mesti sedap ne..

umi's cup cake said...

Zila sayang, yg pakai sponge lembut je...

Mamasya said...

Aslmkum Umi
tiramisu...yummynya...mmg best mkn yg dingin..boleh licin sebekas.

re; ttg jubah itu. jubah pink yg org pegang itukan, sebelah jubah putih. sebenarnya jubah pink, jubah putih dan merah bata muda itu semua sama design dgn A. ada saiz L(bahu 17) kalau berminat.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive