Friday, April 19, 2013

Mini Pavlova


 Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat...
Ha... nampak tak wajah nazirah yang seronok sangat dapat menghias buah2 segar atas pavlova tu?.. puas hati sangat bila umi berikan kepercayaan hias pavlova tu... siap bagi arahan lagi, "umi ambil gambar kakak cantik2 tau"... ye la sayang... kamera cap ayam ni..malam pulak tu...cantik sangat la gambarnya... tak pe la, yang penting kakak gembira... adik pun tumpang sekaki... sengih semacam... Alhamdulillah... seronok dapat tengok anak2 membesar depan mata... rezeki yang Allah berikan, tak ternilai...mesti ada yang cakap, macam dia sorang je ada anak kan?... bukan niat umi macam tu... blog ini merupakan kenangan dan diari buat tatapan keluarga kecil umi... walaupun tak sehebat mana... ia tetap bermakna untuk keluarga kecil umi.... khususnya umi...
Resepi mini pavlova ini umi ambil dari blog izah daut.. yang glamour tu... ketinggalan keretapi umi ni kan? umi buat sebab kawan umi teringin nak makan... siapa dia? nak kenal dia? Klik sini! Memandangkan umi pun belum pernah makan dan buat... maka umi pun beranikan diri.. dengan lafaz bismillah dan berdebar...Alhamdulillah jadi juga mini pavlova di dalam cup walaupun ada sedikit rintangan..(rintangan?)...cukup la hanya umi yang tau...hehe... Seronok bila kawan umi kata sedap... pengasuh anak2 umi pun suka... syukur nikmat Allah... maka dengan ini, umi panjang2kan lagi resepi mini pavlova ini...semoga semua mendapat berkat dan manfaat...
Resepi : MINI PAVLOVA
Oleh : izah daut & Kak 1
Bahannya:
200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc
Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.

10 comments:

zila norazila said...

comel2nye ummi..snang nk mkn kan..model pun cun..

umi's cup cake said...

Model dah nak tido tu zila..maklumlah dah malam buatnya...

ady said...

as-salam siti
Apa khabar siti,harap2 siti sentiasa sihat walafiat dan ceria selalu bersama keluarga tersayang..comel2nye pavlova..pavlova belum pernah buat..mmg npk sedap pavlova ni di mkn dgn buah-buahan..semalam tak dapat commment Kek Pelangi kat bawah tu..tak tahu kenapa..mmg cantik kek pelangi siti buat tu..npk moist..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady,
siti, alhamdulillah sihat..keluarga pun sama...siti pun first time buat pavlova...dan jatuh cinta terus... nnt abg cuba ya..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Umi...Ok gak main buh dalam cup cake macam ni...Dah lama tgk orang duk buat pavlova ni..Tapi sampai sekarang belum ada keberanian lagi nak membuatnya sendiri :)

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Sue..
Tu la akak pun macam tu jugak bila tgk kak shiela buat macam tu, akak pun cuba la..

Anonymous said...

my companyclick this find thisthis page check my blogyou can find out more

Anonymous said...

cliquez pour enquêter www. dolabuy.co En savoir plus https://www.dolabuy.su Plus de bonus sacs à dos de créateurs de répliques

fymma said...

website link dolabuy.co find out this here louis vuitton replica my explanation dolabuy ysl

touthil said...

h7s84m1h66 o0p45h1x07 i5y96p5l08 l9s77c1n51 z0r30n9i39 e5b15t9z69

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive