Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah, bertemu di pagi Jumaat yang penuh barakah...dalam 2-3 hari ni ada keluar pelbagai cerita berkenaan penderaan ibu terhadap bayinya...ia memang satu berita yang amat mengejutkan...salah satu berita yang amat menyentuh sesiapa sahaja yang melihatnya...pelbagai spekulasi yang keluar...ada yang rasa marah, kecewa dan tak kurang mohon ibu tersebut ditangkap...dan dia telah pun ditangkap...
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita
(gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang
mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan
pengendali blog, tengah hari semalam.
Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.
Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.
Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

- Berita Harian
berbalik kepada resepi hari ini, ikan kukus yang umi ambil dari blog Engineers Love Cooking...bangga gitu sebab ramai jurutera yang dah terrer masak...hehe...umi baru jumpa blog ni blogwalking tapi tak ingat blog mana...apa pun memang sedap ikan siakap kukus macam ni...umi gandingkan dengan sayur campur goreng umi's style...enjoy...
Jom Cuba : Ikan Kukus
Sumber : Engineers Love Cooking
Apa yang diperlukan?
1
ekor ikan saiz sederhana (saya guna ikan siakap dan bawal emas)
Tepong
gandum untuk melumur ikan bagi membuang hanyir
3
inci halia muda - dipotong memanjang
Daun
sop – dipotong 1 inci panjang
Daun
ketumbar – dipotong 1 inci panjang
Daun
bawang – dipotong 1 inci panjang
5
batang cili padi dipotong kecil
1
sudu teh kisaran bawang putih
1
sudu teh kisaran halia
1
kuntum bunga kantan
1
ulas bawang besar
4
ulas bawang putih
3
biji asam boi
½
sudu serbuk kasar lada hitam
1
sudu besar sos tiram
1
sudu besar kicap
½
sudu teh sos ikan
½
biji lemon
1
batang serai dititik
½
batang lobak merah – dipotong memanjang
Garam
Gula
2
helai daun limau purut
1
sudu besar serbuk cili
Minyak
zaiton
Jom Cuba!
Apa yang diperlukan?
Jom Cuba!
1. Ikan disiang dan dibelah dua. Lumurkan tepong gandum untuk
menghilangkan bau hanyir. Kelar badan ikan. Bilas lumuran tepung.
2. Taburkan halia muda, bawang besar, daun sop, daun bawang, daun
ketumbar, kisaran bawang putih dan kisaran halia ke bahagian dalam ikan.
3. Masukkan dalam bekas untuk mengukus.
4. Taburkan daun-daun (sop, bawang, ketumbar), bunga kantan, halia
muda, bawang besar dan serai ke atas badan ikan.
5. Taburkan garam, lada hitam, cili padi dan serbuk cili.
6. Perahkan lemon dan masukkan lobak merah, asam boi dan sedikit air.
7. Siramkan sedikit minyak zaiton. Masukkan ke dalam
kukus. Kukus selama 7 hingga 10 minit.
8. Keluarkan, siap untuk dihidang bersama nasi.
Dan untuk sayur campur, ikut rasa umi je...kiranya, umi's style la ye...hehe
Jom Cuba : Sayur Campur Goreng Umi's Style
Apa yang diperlukan?
1/2 biji kobis, hiris halus
5 batang kacang panjang unggu, potong pendek2
5 batang kacang panjang unggu, potong pendek2
1 batang Lobak merah, potong halus memanjang
1/2 cawan ikan bilis, digoreng dahulu
1/2 cawan ikan bilis, digoreng dahulu
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula
1 ikat suhun, direndam supaya lembut
Jom Cuba!
1. Panaskan
minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum,
masukkan sos tiram, kacau dan tambah lobak merah, kobis dan kacang panjang, tuang sedikit air. Kacau dan masak sekejap.
2. Masukkan sos ikan. Masak hingga
sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit gula, kacau dan rasa, jika
kurang masin boleh letak sedikit garam atau renjiskan dengan sos ikan.
Akhir sekali masukkan suhun. Hidangkan panas2...hmm i likeee!!
2 comments:
SAlam dear... wahh sedap betul ikan siakap kukus tu.. sampai naik kecur dah ni....
Tentang penderaan kanak-kanak tu takut nak tengok... takut emosi terganggu.. memang kejam seorang ibu sanggup buat anak sendiri sampai macam tu.. kesian anak tu.. hadoii.. kalau tengok video tu sure sebulan tak aktif di blogs sebab trauma hehehe..
Salam Kak Sha,
memang sedap dan suami umi sampai hirup kuahnya...
pasal kes dera tu, ibu tu pun dah diberi hukuman...
Post a Comment