Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Tuesday, March 15, 2011

MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!


Salah satu blog yang menjadi rujukan tentang kehidupan tapi tak pernah tinggalkan jejak...sebab saya blogger baru dan banyak yang perlu dipelajari...terima kasih melur jelita... semoga ukhwah ini berkembang

Sunday, March 13, 2011

Pulut Kuning & Rendang Ayam


Pulut kuning ni kegemaran nazirah, suka sangat sampai 3 kali tambah. pulut ni umi buat lembut je sebab nazirah suka makan macam tu bersama telur rebus kegemaran. kuah rendang ayam pun umi buat tak pedas supaya boleh la nazirah makan. bila pulut tu lembut, ahnaf pun boleh makan. ahnaf lagi la, lambat skit dia akan cakap 'ahhhh' bila dialih bahasa 'umi cepat la'. nak resepi pulut kuning? Jom tengok....resepi asal dari CMG

Jom Cuba : Pulut Kuning

Apa yang diperlukan?
  • 850 g beras pulut
  • 3 inci kunyit hidup, atau
  • 2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
  • 1 helai daun pandan, disimpul

Jom Cuba!
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam. (umi rendam 2jam je, nak cepat.hehehe)
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...(umi makan dengan rendang ayam..nyum2)

Friday, March 11, 2011

Maja Blanca lagi


Maja blanca ini umi buat untuk tempahan promosi di opis dan dijual. Harga bagi satu loyang 8incix8inci adalah RM 12.00. kalau nak buat sendiri, boleh la salin resepi di sini. Nak tau rasa sedap atau tidak, cuba la...

Thursday, March 10, 2011

1001 Rahsia


1001 rahsia? Tentu ada yang tertanya apa yang 1001 rahsia kan? oklah ini adalah JERSLIN POWER OIL yang mengandungi 1001 rahsia di dalamya...rahsia apa? jom kita selongkar!
JERSLIN POWER OIL ini adalah campuran Habatusauda, minyak zaiton, minyak bunga matahari dan herba yang terpilih. Ia satu produk untuk kesihatan & Kebahagian DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI. Produk ini tiada kesan sampingan, tidak perlu dimakan, hanya disapu, selamat untuk semua peringkat usia, ibu mengandung & bayi dan yang paling utama ia HALAL.

Siapa yang patut membeli produk ini?
Jika anda ada mempunyai gejala penyakit seperti berikut, patut memberi perhatian....
  • gastrik/resdung
  • sakit kepala/ migrain
  • asma/lelah/semput
  • sakit buah pinggang
  • sembelit / cirit-birit/buasir
  • kencing manis/darah tinggi
  • jangkitan faraj/keputihan
  • sakit sendi/lutut bengkak
  • kekejangan otot / simpul biawak
  • mati pucuk/kurang nafsu
  • sengal-sengal tulang
  • ghout
  • kulit kasar/berjeragat
  • sakit usus
  • kembung perut
  • kesukaran bernafas
  • batuk dan hidung tersumbat
  • tumor/kanser/ketumbuhan
  • tidak bersemangat/selalu keletihan
  • keracunan makanan
  • stroke / angin ahmar
  • mati anggota tubuh / lumpuh
  • tekanan darah tinggi/rendah
  • kerap buang air kecil pada waktu malam
  • selalu selsema
  • alahan/alergik makanan laut
  • susah dapat anak
  • anak kurang sihat
  • menopause
  • ketidakseimbangan hormon
  • kesuburan lelaki dan wanita menurun
  • senggugut
  • tulang reput/mudah patah
  • pergerakan perlahan
  • senang emosi/cepat marah
  • putaran haid tidak tepat masa
  • susah ingat pelajaran
  • kurang tumpuan
  • kolestrol tinggi
  • kabur/selalu keluar air mata
  • kesejukan tapak tangan
  • susah hendak tido
Sila hubungi MOHD NASIR (DESA PANDAN) 016-6762034
Kandungan 20ml = RM 25.90
Kandungan 30ml = RM35.00

Nak tau cara-caranya pulak, nanti akan dimasukkan dalam entry yang seterusnya...Jom Cuba..

Nasi Butter 2


Oklah seperti yang umi pernah janjikan di dalam post sebelum ni, resepi nasi butter yang mudah untuk dimasak..oklah selamat mencuba ya...

Jom cuba : Nasi Butter


Apa yang diperlukan?( 6 orang )
  • 4 cawan beras
  • 1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
  • 2 biji bawang merah dimayang halus
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 cawan kismis

Jom Cuba!

  1. Basuh Beras. Toskan.
  2. Cairkan mentega dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga terbit bau.
  3. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan air secukupnya. Biar mendidih sebentar.
  4. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
  5. Masak seperti biasa macam masak nasi putih.
  6. Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.

Akhirnya tersenarai



Happy sangat sebab sebagai blogger baru..umi tersenarai juga...jutaan terima kasih buat Ben Ashaari memberi jalan dan usaha yang murni...Alhamdulillah

Wednesday, March 9, 2011

Nasi Impit & Kuah Kacang


Kalau tak sebut nama pun tentu semua orang tau nama makanan ni bila tengok gambar je kan? Ini salah satu makanan kegemaran suami umi...masak untuk bawa bekal...tak payah cerita panjang lah...tak de mood nak menaip, jadi jom tengok resepi kuah kacang ni...amik dari blog kak hana..


Jom Cuba : Kuah Kacang Nasi Impit

Apa yang diperlukan?

  • 20 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • 4 ulas buah keras (optional)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • sedikit belacan
  • ½ sudu teh ketumbar serbuk }
  • ½ sudu teh jintan halus serbuk }
  • ½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)


(kisar kesemua bahan di atas)

  • 600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
  • 3 cawan air (lebih-kurang)
  • sedikit air asam
  • 250 gm gula pasir
  • 2 sudu teh garam
  • air daging (dari perapan daging tadi)
  • secukup minyak

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya.
  2. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam.
  3. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu.
  4. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.

Maja Blanca

Nama macam susah nak sebut kan? tapi nak buat dia senang sangat..macam kacang..haa..tengok tu kan ada kacang tumbuk atas dia..hehe..melalut plak kan? resepi ni umi ambil dari kak hana yang kreatif dan inovatif tu...rasanya lemak dan lembut sangat..sesuai la untuk anak umi, ahnaf yang hanya ada 2 batang gigi tu...kebetulan plak umi buat balasan untuk kak su yang hantar apam mekar malam tadi (post sebelum ni)...ok la mesti dah tak sabar nak tengok resepi kan? apa lagi Jom Cuba!

Jom Cuba : Maja Blanca

Apa yang diperlukan?

  • 1 cawan cornstarch@tepung jagung
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan santan - hana buh 3cawan santan pekat+1cawan air
  • 1/2 cawan jagung manis dlm tin@cream corn
  • 1/4 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang tanah tumbuk - utk taburan



Jom Cuba!
  1. Gris loyang 18cm dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung jagung, gula, air dan santan. Kacau sebati.
  3. Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung dan kismis boleh cincang kasar
  4. Masukkan semua tadi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
  6. Taburkan kacang tanah (seperti gambar diatas). Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.
  7. Potong dan hidangkan.

Selamat Mencuba...

Apam Mekar 2

Apam mekar lagi? sebenarnya apam mekar ni bukan umi yang buat tapi jiran sebelah rumah umi iaitu Kak Su tersayang...seronok sangat bila turun ke bawah malam tadi untuk menyambung kerja2 dapur yang tertangguh, tetiba mata ni menangkap sepiring apam mekar kat atas meja...apa lagi hati pun kembang macam apam mekar ni


TERIMA KASIH Kak Su sebab sudi mencuba resepi ni dan terima kasih daun keladi, lain kali hantar lagi ya...ok la..sila jamu mata ya...

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU



1. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
Saya seorang ibu yang bekerja di badan kerajaan dan mempunyai sepasang cahayamata.

2. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
Kenangan manis saya sebagai seorang ibu ialah apabila dapat merakam dan menyaksikan detik-detik manis anak-anak saya belajar perkara baru seperti kali pertama dia merangkak, perkataan pertama yang di sebut dan memenangi hadiah saguhati dari Pa&Ma ketegori ibu mengandung menawan ketika mengandung anak yang kedua.

3. Kenangan pahit anda ?
Kenangan pahit saya ialah apabila anak sulung saya kena demam campak ketika berusia 8 bulan, saya kurang berpengalaman sehingga darahnya terpaksa diambil kerana bimbang dia dijangkiti demam denggi. sayu melihat dia menangis...

4. Kata kata khas buat si suami ...
Buat suamiku yang tercinta, terima kasih kerana memahami dan masih cuba memahami diri yang serba kekurangan dan semoga keluarga kecil kita akan sentiasa dirahmati Allah...Terima kasih diatas segalanya

5. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
Buat anak2 ku, apa pun yang kalian lakukan, buat baik berpada-pada....buat jahat jangan SEKALI, ingat bila ibu bapa marah atau tegur kita, ini bermakna, mereka amat bimbang dan sayangkan kita....

6. Apakah harapan anda kepada anak anda ..
Harapan saya supaya anak2 saya pandai menilai apa jua perkara dan tanpa silu merujuk kepada saya dan suami

7. Nasihat buat si gadis di luar sana ..
Gadis, kau bagai berlian, terselindung di dalam tanah walaupun comot da kotor tetapi akhirnya menyerlah untuk lelaki bergelar suami..bukan seperti tisu..putih bersih tapi untuk sesuatu yang kotor...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive