Wednesday, March 9, 2011

Maja Blanca

Nama macam susah nak sebut kan? tapi nak buat dia senang sangat..macam kacang..haa..tengok tu kan ada kacang tumbuk atas dia..hehe..melalut plak kan? resepi ni umi ambil dari kak hana yang kreatif dan inovatif tu...rasanya lemak dan lembut sangat..sesuai la untuk anak umi, ahnaf yang hanya ada 2 batang gigi tu...kebetulan plak umi buat balasan untuk kak su yang hantar apam mekar malam tadi (post sebelum ni)...ok la mesti dah tak sabar nak tengok resepi kan? apa lagi Jom Cuba!

Jom Cuba : Maja Blanca

Apa yang diperlukan?

  • 1 cawan cornstarch@tepung jagung
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan santan - hana buh 3cawan santan pekat+1cawan air
  • 1/2 cawan jagung manis dlm tin@cream corn
  • 1/4 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang tanah tumbuk - utk taburan



Jom Cuba!
  1. Gris loyang 18cm dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung jagung, gula, air dan santan. Kacau sebati.
  3. Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung dan kismis boleh cincang kasar
  4. Masukkan semua tadi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
  6. Taburkan kacang tanah (seperti gambar diatas). Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.
  7. Potong dan hidangkan.

Selamat Mencuba...

2 comments:

Mamaleesya said...

salam kenal umi. wah cedapnye kek-kek dalam ni. Terliur jap. Skrg tak payah pegi kedai dah bole cuci mata...btw thanx sbb visit my house hehe.

umi's cup cake said...

Nak tau sedap ke tak..boleh la cuba tp kalau nak tempah dengan umi pun boleh...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive