Thursday, March 31, 2011

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


apa yang umi nak cakap, biskut ni sedap sangat...kawan2 kat opis pun cakap sama...jom tengok resepi...

Jom Cuba: Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Apa yang diperlukan? ( 1kilo cookies = 100 keping )


  • 1 cawan gula-hasue x letak
  • 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko

Jom Cuba!

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain

Nota :
  1. Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
  2. Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
  3. utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Related Posts:

  • Cornflakes Chocolate Chip Cookies Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua pengunjung umi's cup cake...mohon ampun sebab lama tak update blog...di landa sifat tak elok iaitu malas disamping banyak kerja yang perlu di utamakan dahulu...bukan blog … Read More
  • Coklat Oreo Upin & Ipin  Assalamualaikum dan selamat pagi Pagi2 dah tayang coklat kan...buat rosak gigi anak2 je...jadi pesan penaja, sila gosok gigi setelah selesai makan coklat...hehe Dah lama nak buat coklat oreo ni tapi asyik tertangg… Read More
  • Biskut Badam Delight & Salam Ukhwah ELCAssalamaualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua rakan serta sahabat2 umi...maaf sebab mengambil masa yang lama bila bercuti..lebih2 lagi cuti raya...hehe.. sebenarnya malas nak update..baca hari2 tapi nak ambil mood untuk… Read More
  • Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese  Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat.… Read More
  • Green Peas Cookies Assalamualaikum dan selamat pagi Jangan betulkan warna screen blog anda... memang biskut ni tak hijau seperti yang sepatutnya...umi salah beli tepung kacang hijau...ampun pada yang empunya resepi iaitu kak yatie sinar k… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive