Mesti ramai yang dah tau dan buat apam ni kan...umi cemburu tengok orang lain buat..so dengan penuh keinginan merasa apam ni dengan filing blueberry, fav. umi..banyak baca bismillah sebab takut tak jadi..akhirnya alhamdulillah...rasanya lain skit tapi mantap dengan blueberry filling tu...ramai juga yang umi tengok buat bisnes jual apam dot dot ni..apa lagi? jom tengok resepi...resepi asal kat sini
Jom Cuba : Apam Dot Dot
Apa yang diperlukan?
Apa yang diperlukan?
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna yang disukai
Jom Cuba!
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Siap dah apam dot dot untuk dijual....
3 comments:
Umi, nak tanya, 150gm susu segar nih brp ml ek?? kalau guna susu tepung kita bancuh sndiri bleh tak?
mommy..
150gm bila ditukar kepada ml ialah 150ml. kalau guna susu tepung, umi tak pernah buat tapi boleh cuba dan biar pekat..boleh rasanya..cubalah..insyaAllah rasa apam tak lari jauh
mommy agharr,
More information from the unit converter
How many grams in 1 milliliters? The answer is 1.
We assume you are converting between gram [water] and milliliter.
Post a Comment