Tuesday, March 15, 2011

Slice Cheese Cake



Lagi satu hindangan minum petang untuk suami dan anak2...1st time buat...selawat banyak2 masa buat sebab seram baca komen kat sini, ramai yang kata tak jadi...umi tawakal je...alhamdulillah, jadi kot sebab tak pernah rasa tapi suami cakap sedap dan mintak untuk buat lagi, rasa seronok dan semangat nak buat lagi...kek ni saya topping kan dengan strawbei filling...anak umi yang umur lapan bulan tu pun, seronok bila disuap kek ni...gambar yang kat bawah ni kek yang dah dipotong tanpa filling dan kek umi rendah sebab nak bagi senang nazirah makan...kalau nak resepi, jom salin ya...(resepi asal di sini) oleh onigiri

Jom Cuba : Slice Cheese Cake

Apa yang diperlukan?
  • 4-5 keping slice cheese yang warna putih (umi guna 70gm cream cheese yang telah dibiar suhu bilik selama 1jam)
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Jom Cuba!

  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur.
  5. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  6. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  8. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.
  9. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  10. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.(umi turunkan suhu kepada 150 darjah, then turun lagi 130 darjah sebab oven kecik je)
  11. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan ringan.

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive