Friday, March 18, 2011

Seri Muka @ Pulut Serikaya


umi buat kuih ni atas permintaan dari akak di opis yang cakap, makcik yang selalu jual kuih ni dah lama tak menjual..so umi pun cuba la buat..1st time, berdebar pun ada sebab takut tak jadi..alhamdulillah bila umi bawa bekal kuih ni di opis, akak tu kata 'kuih ni menjadi'..seronok dapat buat apa yang diminta...tak yah celoteh panjang...jom tgk resepi yang umi ambil dari CMG pakar dalam masakan tu...


Jom Cuba : Seri Muka @Pulut Serikaya

Apa yang diperlukan?

BAHAN LAPISAN BAWAH :
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar minyak makan

BAHAN LAPISAN ATAS :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca besar tepung beras
  • 3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*
  • 1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)


Jom Cuba!

  1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus

Related Posts:

  • Seri Muka @ Pulut Serikayaumi buat kuih ni atas permintaan dari akak di opis yang cakap, makcik yang selalu jual kuih ni dah lama tak menjual..so umi pun cuba la buat..1st time, berdebar pun ada sebab takut tak jadi..alhamdulillah bila umi bawa bekal … Read More
  • Roti Putchi KentangAssalamualaikum dan selamat tengahariMesti ada yang tertanya-tanya kan? Aik, takkan umi diet kot sebab makan roti..tak la, umi buat roti ni untuk bekalan sarapan keluarga umi..roti ni sedap...cuma umi tak ada oregano atau pun… Read More
  • Angel Hair Goreng Sardinmungkin ada yang gelak bila dengar nama resepi ni..resepi ni sebenarnya resepi yang umi reka sendiri sebab tak tau nak bagi nama apa bila orang tanya...umi masak untuk bawa bekal..alkisah mee angel hair ni sebab mee kuning ke… Read More
  • Ikan Bawal masak sos Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-ts… Read More
  • Homemade Roti BurgerAssalamualaikum dan salam sejahteraha...mari sarapan burger pagi ni...roti tu umi buat sendiri...yang lain beli je...daging tu beli jenama Ramly...dulu, kini dan selamanya...resepi roti burger tu umi ikut resepi dari buku rot… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive