Thursday, July 3, 2014

Iftar 4 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Semalam memang ifatr yang semoi buat umi sekeluarga..umi cuma sempat sediakan asam pedas ikan tenggiri dan sayur taugeh goreng je..hhi..ada cucur udang yang jiran umi bagi... itu pun alhamdulillah sesangat..ops lupa ada bersama ikan terubuk masin yang lupa nak snap gambarnya..hihi
cucur udang ni..umi goreng semula bila hampir waktu berbuka..alhamdulillah..tak ada kurang rezeki..
sudah pasti semua suriruamh pandai goreng sayurkan..senang je..tapi umi kongsikan juga buat yang baru nak belajar masak..kena tau cara menggorang tau..apa yang perlu letak ataupun tidak...resepinya ialah:-

Bahannya:-
Taugeh secukupnya
2 biji bawang putih - diketuk
1 genggam Udang kering- direndam dan ditumbuk kasar
1 keping tauhu - potong dan goreng
1 biji cili hijau
Kicap
Garam
Serbuk perasa, jika suka
Caranya:-
1. Tumis bawang putih dan udang kering sehingga wangi. Masukkan taugeh, kicap dan sedikit garam. Kacau rata.
2.Masukkan pula cili hijau. Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng. Kacau rata seketika jer.  3.Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi untuk Asam Pedas Ikan tenggiri pula:-

Bahannya:-
2-3 keping potongan ikan tenggiri
5 ulas bawang merah – ditumbuk
1 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit belacan
4 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air biasa
8-10 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
4 biji bendi
1 biji tomato – dihiris
Garam

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika.
  2. Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Related Posts:

  • Lempeng Udang Kering Assalamualaikum dan selamat pagi  Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sediki… Read More
  • Ayam Sos Siam Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Semoga di dalam lindungan Allah... seperti yang umi janjikan semalam untuk masukkan resepi (lagi sekali) oleh AlongRoz iaitu ayam sos siam yang umi gandingka… Read More
  • Stew Daging Kak Hana Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat2 umi yang dekat atau pun jauh... dah sarapan? mungkin ada yang baru nak minum pagi...apa2 pun yang penting kita kena jaga kesihatan yang Allah berikan pada kita... umi … Read More
  • Tom Yam Air Kelapa Assalamualaikum dan selamat pagi Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...ras… Read More
  • Makaroni Kari Keju Bakar Istimewa buat Cik Pn Izan Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi yang setia datang ke blog yang tah apa2 ni..hehe...Umi nak mohon maaf pada sahabat umi, Cik Puan Izan sebab lambat masukkan resepi makaroni kari keju bakar yan… Read More

2 comments:

cheq da said...

Makan cam ni pun dah terasa puas kan ummi..bkn kita nk mkn byk pun bulan2 puasa ni

umi's cup cake said...

tu la Ched Da..simple pun kenyang sangat dah..selebihnya nak minum air je..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive