Friday, June 27, 2014

Detik 27 Jun 2008 itu..

Assalamulaikum dan selamat pagi
Hatiku berdebar-debar..kenapa tak boleh tidur pulak malam ni.. gelisah je rasa..nak kata perut lapar..dah makan nasi tadi pukul 8 malam... cuba jugak tidur..pusing kiri, abang dah lama lena diulit mimpi.. cuba pusing kanan la pulak..terkebil-kebil pulak mata ni...ish..kenapa tak nak lelap ni...
"tap"...
"Ya Allah, abang..air ketuban dah pecah bang..." sambil tangan menepuk2 badan suami yang lena di sebelah...
Dengan mamai..suamiku bergegas tukar baju dan seperti banjir...air ketuban keluar mencurah2...
"yang kunci mana yang?" jerit suami panik
"la..kan abang yang buka pintu tadi?"
"dalam beg kot"
Jam sudah pukul 1.50 pagi semasa kami sampi di HKL..kesakitan mula ku rasakan..kerana air ketuban hampir kering...
Semoga Allah permudahkan segalanya.. Tepat pukul 5.00 pagi..keluarlah puteri sulung kami..        Siti Khairatul Nazirah... pada usia 35 minggu..awal dari tarikh jangkaan...Alhamdulillah, hari ini Nazirah genap 6 tahun..dan inilah hadiah hari lahir bermakna buat suami kerana ia jatuh 2 hari sebelum tarikh lahir suami umi...
Selamat Hari Lahir..Puteri Umi dan Abi..semoga kakak menjadi contoh dan teladan buat adik2..sesuai dengan maksud nama kakak iaitu Sebaik-baik pemimpin atau ketua...Kami semua sayang kakak sangat2..
Ya Allah wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami semua keselamatan di dunia dan di akhirat, khususnya kepada anak-anakku ini.
Kurniakanlah kepada mereka ilmu, iman dan amal serta kefahaman Islam yang secukupnya.
Jadikanlah mereka berdua pejuang-pejuang di jalan-Mu ya Allah.
Perindahkanlah akhlak mereka dan jadikanlah kedua-duanya sebagai contoh dan teladan kepada orang-orang mukmin.
Kuatkanlah agama Islam ini dengan kehadiran mereka wahai Tuhan.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Melalui maksud nama Siti Khairatul Nazirah kami berdoa, berikanlah kejayaan kepadanya sebagaimana hebatnya maksud namanya.
Bentuklah mereka menjadi muslim yang solehah, warak, zuhud, sufi, istiqamah, penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan akhirnya menjadi penyelamat kepada kedua ibu bapanya, kaum keluarganya serta umat manusia seluruhnya.

Amin.

Related Posts:

  • Pop Cake ....sedapnya  Assalamualaikum dan selamat pagi Coklat lagi...jangan jemu pulak ya...hari ni umi nak kongsi resepi pop cake...first time umi buat...dah lama 'mengidam' nak buat pop cake ni...hasilnya sedap cuma rupanya je kurang… Read More
  • Classic Durian Cheesecake  Assalamualaikum dan selamat malam Mohon ampun dan maaf sebab lam dah tak update disebabkan masalah internet sikit...nak komen pun boleh malam je..sedang usaha mengupdatekan blog yang tak apa2 ni...Harap umi sekeluarg… Read More
  • Selamat Hari Lahir Suamiku & Black Forest CakeAssalamualaikum dan selamat pagiTerima kasih Ya Allah kerana memberikan kuSuami yang soleh sangat bertangjungjawab pada keluarganyaKeluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannyakami dididik beribadahdan berakhlak yang mul… Read More
  • Riadah Di Tasik PerdanaAssalamualaikum dan selamat malamLama betul umi tak masukkan post aktiviti keluarga kecil umi ni....tadi petang umi sekeluarga nak pergi cari taman rusa dan kancil tapi tak jumpa taman botani tu...yang kami jumpa hanya lah ta… Read More
  • Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird  Assalamualaikum dan selamat pagi Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari … Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive