Thursday, April 17, 2014

Ketupat Sotong Terengganu

Assalamualaikum dan selamta pagi
Akhirnya ter'update' jugak blog ni kan...haha.. ayat orang malas la tu..umi semenjak 2 menjak ni memang sibuk sangat dengan tugasan harian..kalah PM la pulak..hihi... so, azam untuk update at least seminggu sekali..apa yang mampu... susahkan kalau ikut mood ni..lagi la blog yang suam2 kuku je ni.. Pagi ini ada khabar sedih berkenaan kemalangan yang menyebabkan kematian ahli politik iaitu YB Kapal Singh..Takziah kepada keluarga beliau...
hari ni nak berceritra al-kisah ketupat sotong terengganu yang dah lama buat tapi baru nak share atau panjang2 resepinya.. suami umi suka makan ketupat sotong dan akhirnya resepi ini amat kena dengan selera suami umi... bila suami umi kata lulus, baru lah umi akan kongsikan pula di blog ini..apa yang dikongsikan mestilah dicuba dahulu..umi ambil resepi dari Blog Sejenak Bersamaku dan resepi ini adalah merupakan resepi keluarga...kat sini umi salin semula resepinya...

Resepi : Ketupat Sotong Terengganu
Oleh : Kinhashim (Sejenak Bersamaku)

Bahannya :-
  • Sotong sederhana besar,dalam 15-20 ekor
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 inci halia, dipotong halus
  • 5 ulas bawang merah, dipotong halus
  • 2 ulas bwg putih, juga dipotong halus
  • Halba satu sudu kecil
  • Garam secukup rasa
  • Lidi yg dipotong pendek2, agak2 muat utk cucuk sotong

Caranya :_

  1. Bersihkan sotong, buang kepala. 
  2. Beras pulut direndam dlm sedikit santan, supaya ada rasa lemak2 sikit. 
  3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong, lebih kurang 2/3 penuh. 
  4. Then, cucuk sotong dengan lidi tadi supaya beras pulut tidak terkeluar. Kalau sotong besar, boleh masukkan kepala sebelum dicucuk sekali dgn lidi. 
  5. Untuk kuah, masukkan santan dalam periuk, sekali dengan bawang, bawang putih, halia. 
  6. Then, masukkan sotong yang telah diisi beras pulut tadi. 
  7. Masak atas api sederhana untuk mengelakkan santan naik minyak. 
  8. Kacau sekali sekali sekala. 
  9. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan juga halba. 
  10. Masak sehingga sotong dan beras pulut dalamnya masak..... tu je la! :).

9 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Siti,Kak Atyie tak pernah mkn ketupat sotong...klu dekat leh hulur sekor-dua sotong tu.hihihi

umi's cup cake said...

Salam kak,
tu la kan..nnat datang gombak..bgatu awal2..blh ct buatkan...

Sweet red cherry said...

bestnya..nampak sedap ketupat sotong tu..

zila norazila said...

nk dtg gombak jgk l umi.he hee rindu btl.kt umi sihat x?.

zila norazila said...

nk dtg gombak jgk l umi.he hee rindu btl.kt umi sihat x?.

umi's cup cake said...

memang sedap bbwana..cuba la

umi's cup cake said...

zila datang kl x cakap pun..at least boleh la jumpa..rindu zila jugak..umi alhamdulillah makin sihat dan tembam zila...

yanmaneee said...

curry 4
kd 11 shoes
goyard handbags
yeezy shoes
jordan shoes
balenciaga
christian louboutin outlet
christian louboutin
yeezy boost
christian louboutin outlet

Anonymous said...

Akhirnya ter'update' jugak blog ni kan...haha.. ayat orang malas la tu..umi semenjak 2 menjak ni memang sibuk sangat dengan tugasan harian..kalah PM la pulak..hihi... so, azam untuk update at least seminggu sekali..apa yang mampu... susahkan kalau ikut mood ni..lagi la blog yang suam2 kuku je ni.. Pagi ini ada khabar sedih berkenaan kemalangan yang menyebabkan kematian ahli politik iaitu YB Kapal Singh..Takziah kepada keluarga beliau...
limelight stitched eid collection
limelight stitched lawn collection 2020

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive