Wednesday, August 28, 2013

Puding Jagung Koktel

Assalamualaikum dan selamat pagi
 
Apa khabar semua sahabat umi? macam mana dengan pagi ini..semoga ceria dan dirahmati Allah selalu... sekarang ni masih ada lagi yang memenuhi jemputan rumah terbuka dan opis terbuka juga kan..meriah dan seronok gitu....Disamping itu, meriah juga tengok rumah dan kereta berhiaskan bendera Malaysia...
Seronok anak2 umi bila tengok kereta macam tu...masa ambil dari rumah pengasuh pun becok mulut tunjuk semua rumah yang ada bendera...pastu, minta rumah umi pun ada bendera...macam2 la kan anak2 umi ni..hehe.. ok la hari ni umi cuma nak kongsikan resepi yang sangat simple...puding jagung berkoktel...asalnya hanya puding kagung tapi gatal nak tambah koktel...hehe...umi ambil dari Dapur kak Madihaa yang disayangi..untuk versi kak madihaa..klik sini...terima kasih kak sebab sudi berkongsi rasa....selamat mencuba

PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas
Sumber MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad 
1 tin buah-buahan Koktel - ambil buah sahaja...(umi tambah)

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3.
Masukkan buah-buahan koktel. Kemudian masukkan adunan jagung ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Related Posts:

  • Kuih apa ni?...buruknya....Assalamualaikum dan salam sejahteraCuba teka, kuih apa ni? rupanya memang agak buruk sebab umi yang buat...kalau orang lain mesti cantik je kejadiannya...sebenarnya kuih ini umi pernah buat dulu di post ini....tapi rasanya te… Read More
  • Kek Manis Baba Nyonya : Langkah Demi LangkahAssalamualaikum dan salam sejahteraKali pertama umi masak ala baba nyonya...umi ikut majalah Rasa keluaran Februari 2010 iaitu Sajian Cina & Baba Nyonya Halal...terlalu banyak yang umi nak cuba tapi kek manis ni paling mu… Read More
  • Eh macam pipi umi la, tembam!Assalamualaikum dan salam sejahteraLambat sungguh umi masukkan entry hari ni kan...pagi tadi umi ada appointment di hospital...macam biasa, urusannya berlarutan sehingga tengahari...ditambah pulak, banyak tugas menanti...ini … Read More
  • Karipap Daging QuinnieAssalamualaikum dan salam sejahteraMinum petang umi untuk hari ahad lepas...karipap daging quinnie...dah lama nak buat bila kali pertama nampak entry Normal 0 false false false M… Read More
  • PURPLE SWEET POTATO ROSE PAUAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? dah makan tengahari? mesti ada yang mengantuk akibat terlalu kenyang kan? mata pun macam nak tertutup je...tambah lagi bila cuaca hujan kat luar rumah atau pejabat..nikmatnya....… Read More

4 comments:

Sweet red cherry said...

assalamualaikum umi..

hai..lamanya x muncul..sedapnya pudding jagung koktel..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Bbwana,
A'ah memang lama pun..ada masalah kesihatan sedikit..jom makan puding jagung koktel

School Of Tots said...

Ilmu Bermanfaat
Alhamdulillah.

umi's cup cake said...

In Sha Allah...Sharing is Caring

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive