Assalamualaikum dan selamat petang
“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah wa syukrillah. Lega rasanya apabila masih boleh menulis di blog ini lagi setelah seminggu dalam gundah gulana. Rindu sangat-sangat perasaan untuk menulis sesuatu di sini... Ada sesuatu yang mahu umi kongsikan bersama dengan sahabat umi sekalian mengenai Tanda Kasih Sayang Allah pada keluarga kecil umi ini...
Allah ta’ala berfirman:
“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut,
kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka
berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang
apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan
kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat
dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).
Sabda nabi saw yang juga menyebut:
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan
menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.”
(Imam al-Bukhari dan Muslim).
“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut,
kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka
berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang
apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan
kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat
dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).
Sabda nabi saw yang juga menyebut:
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan
menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.”
(Imam al-Bukhari dan Muslim).
Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya.
Tanda kasih sayang Allah pada keluarga kecil umi bermula pada 1hb Februari 2013... umi pergi ke Klinik Mesra supaya doktor pakar kanak-kanak boleh memeriksa perut anak lelaki umi iaitu Ahnaf kerana umi rasa seperti ada satu benjolan di bahangian perutnya.. ramai yang berpendapat ia adalah penyakit hernia... umi hanya ingin mengetahui tahap mana seriusnya penyakit 'hernia' anak umi...Apabila pemeriksaan dilakukan, ternyata ia bukan hernia tetapi ketumbuhan.. cuma doktor menasihatkan agar di rujuk kepada hospital untuk kepastian... dan harus berjumpa dengan Doktor Pakar Bedah Kanak2... DOKTOR PAKAR BEDAH KANAK2? ... umi masih boleh bertenang walaupun hati berbicara sebaliknya...4hb - 6 hb : Sahabat umi yang bekerja di Hospital Selayang menolong umi untuk mendapatkan temu janji dengan Doktor Pakar Bedah Kanak2... malangnya doktor tersebut hanya merawat untuk kanak2 berumur diatas 5 tahun sahaja dan mohon rujuk ke hospital yang lain...
7hb : Umi cuba mendapatkan temujanji di Hospital Pusrawi dan dimohon untuk datang ke Hospital pada 8hb petang walaupun temujanji telah penuh...
8hb : Umi mengambil ahnaf dari rumah pengasuh dan menunggu untuk berjumpa Dr Ahmad Zulkifli... penantian umi berakhir pada pukul 4.30 petang... Dr Zul menyarankan satu Ultrasound dilakukan ke atas Ahnaf... Dengan keadaan tenang Ahnaf baring dan Doktor memeriksa perut Ahnaf... lama Doktor melakukan pemeriksaan... berdebar, hanya Allah yang mengetahui... dan debaran umi bertambah bila doktor berkata 'Saya tak nampak l buah pinggang anak awak..tapi saya rasa buah pinggang dia bengkak'... BUAH PINGGANG?.. YA ALLAH, Dugaan apa yang ingin engkau berikan?... Doktor mohon dilakukan pula ujian CT-SCAN pada 12hb Februari untuk pemeriksaan lanjut...
12hb - 14hb : Setelah Ujian CT-SCAN dilakukan, ternyata sebelah buah pinggangnya telah bengkak dan yang paling mengejutkan, kedua-duan buah pinggangnya bercantum atau Horseshoe Kidney...dan perlu dibedah untuk diperbaiki...
15hb - 16hb : Nazirah pula demam dan dimasukkan ke wad yang sama... demam rindu pada umi dan adik di wad...abi pula out-station 2 minggu...
Horseshoe kidney, also known as ren arcuatus (in Latin), renal fusion or super kidney, is a congenital disorder affecting about 1 in 500 people.[1]
In this disorder, the patient's kidneys fuse together to form a horseshoe-shape during development in the womb. The fused part is the isthmus of the horseshoe kidney.
Fusion abnormalities of the kidney can be categorized into two groups: horseshoe kidney and crossed fused ectopia. The 'horseshoe kidney' is the most common renal fusion anomaly
Gambar sebelum masuk wad pada 12hb |
Wajah sebelum CT SCAN dilakukan
Baru boleh makan bila selesai CT SCAN
Naik ambulan untuk Ujian di Unit Kanser Kampung Baru
Wajah Nazirah yang juga demam dan masuk wad
Catatan ini adalah sebagai kenangan umi untuk anak2 umi dan mohon agar sahabat umi dapat doakan atau memberi pandangan mengenai penyakit anak umi ini... umi berat hati nak biarkan anak umi dibedah di dalam usia yang sangat muda dan belum sampai 3 tahun pun... bantu lah umi walaupun sepotong doa...sekarang umi sedang menunggu temujanji dengan Hospital HUKM pula...
6 comments:
Salam Umi, semoga kesihatan anak-anak kembali sembuh dan dapat diubati. Insyaallah, ameen.
Terima kasih sahabat... Hanya Allah dapat membalas atas doa...amin
Ya Allah, smoga adik kecil ni akan trus sihat. Moga skaitnya xberlanjutan. sy doakn yg terbaik utk akak .
Terima kasih mizz_nizz..amin ya rabbal alamin
Hi Along,semoga dipermudahkan dan anak cepat sembuh. Along pun please take care ok
Lorita.
Hi lorita...
Tq lorita..
Post a Comment