Thursday, April 26, 2012

Sambal Udang Kering Terung

Assalamualaikum dan selamat pagi
 
Apa khabar? Semalam ramai kakitangan kerajaan yang telah mendapat kenaikkan gaji...alhamdulillah..bagi yang belum dapat jangan kecewa...bukanya tak dapat cuma sedikit lewat (mcm umi, hehe)....

ok la hari ni umi nak kongsi resepi sambal udang kering terung...entah betl nama tu, umi pun tak pasti sebab umi cuma buat ikut rasa hati umi...sebenarnya umi pernah makan di satu restoran menggunakan sambal udang kering dan di makan bersama sejenis yang rupanya macam kueh teow tapi digulung...rasanya amat sedap...jadi umi pun cuma la bayangkan apa ramuan yang digunakan untuk membuat sambal tu...
dan akhirnya umi dah jumpa ramuan yang rasanya seakan-akan sambal yang umi makan tu cuma kali ini umi padankan dengan terung yang umi rebus sehingga lembut...makan dengan nasi panas2 dan singgang ikan memang amat menyelerakan...(umi makan sampai 2 pinggan nasi, ganaz kan?) hehe..ok la meh la sudi2kan tengok resepinya

Jom Cuba : Sambal Udang Kering Terung

Apa yang diperlukan?
  • 4 batang terung _ direbus sehingga lembut
  • 4 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukupnya

Bahan Kisar (kisar kasar sahaja)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 gengam udang kering (direndam dgn air panas dahulu) - kalau nak lebih pun boleh
  • 3 sudu besar cili kisar-boleh tambah jika suka pedas
  • 1 inci belacan
  • Air secukupnya untuk kisar

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan kiub ayam.Perasakan garam.
  3. Masak sambal sehingga agak kering.
  4. Hidangkan bersama terung yang telah direbus. Siap untuk dimakan.


Related Posts:

  • Resepi Air Asam Ikan Bakar ala2 Ikan Bakar Tanglin Assalamualaikum dan selamat petang Pernah tak makan kat Ikan Bakar Tanglin Pak Din? kalau datang KL, harus cuba.. umi memang suka sangat makan kat situ.. masa tu opis masih dekat.. sekarang nak pergi agak jauh tapi kalau … Read More
  • Salam Ramadhan 1436H - Niat puasa sebulan dan menu sahur Assalamualaikum dan salam sejahtera Rasanya masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat umi.. Semoga kita memanfaatkan peluang yang kita tunggu-tunggu ini... bagi anak yang baru belaja… Read More
  • Menu sahur 2 : Ayam Masak Kurma Kenduri dan Sambal Belacan Tak Toleh Lain Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah.. hari kedua bulan Ramadhan ini.. hari ini umi nak kongsi kan menu sahur keluarga kecil umi untuk hari yang kedua...iaitu ayam masak kurma kend… Read More
  • Nasi Goreng Moyang Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alahai..sekejap je kan cuti sekolah seminggu...haha..macam umi lak yang sekolah..ye dak... hari ni menu sarapan biasa di kala mood baru buka sekolah adalah nasi goreng moyang dan a… Read More
  • Nasi Goreng Moyang Assalamualaikum dan selamat pagi Atas permintaan masa cuti hari isnin yang lepas... umi tanya nazirah nak makan sarapan apa? dia jawab nak makan nasi goreng moyang... hehe... moyang tu nenek umi la... ahnaf makan je apa y… Read More

7 comments:

Liza said...

salam umi, akk mmg suka mkn terung sambal ni, tp kan anak2 mmg tak mkn langsung....huhhhh susah

umi's cup cake said...

salam kak liza, budak2 kak..anak umi pun memilih juga..kadang2 hari ni suka, esok dah tak suka...

ady said...

as-salam SITI
npk appetizing!!! suka terung masak macam ni..

umi's cup cake said...

salam abg ady...jangan lupa cuba tau..sedap...

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam cayanggg wahhh akak datang terlambat!! mesti dah habis huaragggggaaa..... nak jugak! hehhee.. :))) muahzz

umi's cup cake said...

Salam kak sha,
terima kasih sebab sudi datang..terharu dan teruja...muah2 juga

5689 said...

zzzzz2018.8.14
longchamp outlet
oakley sunglasses
cheap nba jerseys
prada outlet
christian louboutin sale
canada goose jackets
pandora jewelry
mbt shoes
true religion jeans
chrome hearts

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive