Thursday, March 15, 2012

Mee Goreng Basah Kak Yatie

Assalamualaikum dan selamat petang

Lambat umi update hari ni...mesti ramai yang dah makan tengahari..mungkin ada yang tersandar kekenyangan...perut dah pun diisi, tapi makanan rohani kita jangan dilupakan...solat zuhur jangan dilupakan...kalau dah solat, bagi yang nak tido untuk bekalan bangun solat malam, jangan tido lagi...biar 1 jam selepas makan seperti amalan Rasulullah s.a.w...antara lain yang perlu kita amal mengenai pemakanan kita ialah

Jadi berusaha la kita untuk mengikut diet Rasulullah s.a.w. semampu kita...berbalik dengan resepi mee goreng basah ni, umi amik dari blog kak yatie...atas permintaan suami umi yang mahu makan mee goreng basah...suami umi agak keberatan nak makan mee kuning dari kedai memandangkan suami umi kerap sakit perut akibat makan mee kuning...mungkin mee tersebut tidak direbus dahulu...sebagai seorang isteri (eceh), tak sampai hati nak biarkan suami umi 'mengidam'...dgn pantas dan tuntasnya umi pun selongkar la dapur kak yatie..kak yatie jgn marah ya, kak yatie kan lemah lembut orangnya(bukan ayat bodek tau tapi kenyataan)...maka terhasil la mee goreng basah seperti di bawah...bebel pulak umi ni kan? apa lagi jangan lengah, amik resepi kat bawah ni..terus buat malam ni....hehe

Jom Cuba : Mee Goreng Basah Kak Yatie

Apa yang diperlukan?

* 500 gm mee kuning(saya guna spaghetti...rebus sampai lembut dan toskan)
* 1 cwn udang basah/sotong
* 100 gram hirisan daging (rebus hingga empuk dahulu)-umi tambah
* 2 sb cili kisar
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 sb udang kering-umi habis stok, ganti dgn ikan bilis je
* 2 sb sos tiram
* 2 sb sos tomato
* 3 sb sos cili
* sedikit kicap pekat
* 1 biji tomato belah 4
* taugeh- tak ada stok
* sawi
* minyak utk menumis

Jom Cuba!
1. Bawang putih & bawang merah dikisar halus bersama dngn udang kering. Panaskan minyak & tumis bahan yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
2. Bila cili dah masak, masukkan udang/ sotong,biar dalam 2 minit & masukkan sos tiram,sos cili & sos tomato.
3. Bila rasa semua dah ok,masuk mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Tutup api & masukkan taugeh.Gaulkan biar rata & makan panas2....
4. Hiaskan dengan hirisan timun

Related Posts:

  • Lala la la la.....Lala Masam ManisAssalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah...bertemu juga kita dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang berkah...bagi yang bekerja, hari ini merupakan hari bekerja yang paling pendek..bagi sesetengah negeri … Read More
  • Tergoda tak? Simple je...Assalamualaikum dan selamat malamMalam ni umi saja nak masuk entry ala2 mengoda..mana tau ada yang tergoda...jap lagi tentu dapur berasap dan bau maggi kari..hehe..terangkat dan baunya...menyelerakan....tu belum makan lagi..k… Read More
  • Maggi Goreng Serbuk Lada HitamAssalamualaikum dan selamat pagiSatu menu ringkas yang selalu umi masak atas permintaan nazirah tapi umi tukar dari bihun ke mee atau pasta atau maggi...(sebenarnya tak nak bagi jemu)...cuma cara masaknya sama dan serbuk lada… Read More
  • Asam Pedas Ikan DTSAssalamualaikum dan selamat pagihai pagi2 dah tayang asam pedas ikan..umi memang 'hantu' asam pedas...tak pernah jemu...pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam apa lagi la..tak pernah jemu..mungkin ada yang kata orang Johor m… Read More
  • Ikan Tenggiri Masak AsamAssalamualaikum dan selamat malamApa khabar? Alhamdulillah, umi sekeluarga dah beransur sihat setelah demam, batuk dan selsema melanda minggu lepas...sesekali kita diuji dengan kesakitan agar kita lebih dekat pada-Nya...seper… Read More

2 comments:

ady said...

as-salam SITI
ngancam betui mee goreng basah tu siti...udang tu nmpak sangat menggoda..hahahaha...

umi's cup cake said...

Salam abg ady,
mee goreng basah ni makan panas2 memang terangkat dan udang tu memang untuk mengoda..hehe

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive