Tuesday, March 27, 2012

Ayam Goreng Rempah Ranggup

Assalamualaikum dan selamat pagi

Macam mana mood semua pagi ni? harap agar ceria sentiasa...tapi umi agak 'tertekan' sedikit dengan tugasan yang perlu umi siapkan dan perbaiki sebelum hari Jumaat kerana terpilih untuk 'percalonan'... percalonan apa? gempak je lebih kan bunyi ye...hakikatnya hanya percalonan untuk pembinaan terbaik anjuran jabatan tempat umi bekerja...hehe

sebagai orang baru dan belum pernah masuk jadi calon...memang umi rasa berdebar sangat... ye la, nanti ada yang kurang...itu normal cuma kalau boleh tak nak kekurangan yang tidak munasabah...Doakan agar umi dan sahabat dapat buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik..InsyaAllah.... hari ini umi nak kongsi menu tah apa2 umi malam tadi..umi buat ayam goreng rempah ranggup ni untuk dimakan bersama tortilla...tang 'tortilla' tu umi cuma beli dah siap...bagi yang sudi, meh la tengok menu yang tak se'gah' mana ni...

Jom Cuba : Ayam Goreng Rempah Ranggup

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram isi ayam - dipotong memanjang
  • 5 sudu rempah kari
  • 5 sudu rempah beriani
  • 2 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Tepung goreng pisang adabi secukupnya - ikut arahan pada peket
  • Telur - dikocok sedikit
  • Salad, tomato secukupnya.
  • Sos kegemaran.


Jom Cuba!
  1. Lumurkan semua bahan dan isi ayam kecuali tepung goreng dan telur. Perap sekurang-kurangnya 20 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Celup isi ayam dalam telur.
  4. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicelup ke dalam tepung. Pastikan semua disalut.
  5. Biar isi masak sepenuhnya. Setelah masak, toskan dengan tisu.
  6. Untuk tortilla, ikut arahan memasak seperti di paket.
  7. Balut isi ayam dengan salad serta tomato dengan tortilla. Makan bersama sos kegemaran. - umi makan dengan thousand island.

Related Posts:

  • Bubur Lambuk Resepi Bonda Kak Chahaya Shiela Assalamualaikum dan selamat pagi Maaf la kalau gambar kurang memuaskan... Masak masa anak2 umi demam ari tu... nak masak bubur biasa kesian plak... so masak la bubur lambuk tradisi keluarga kak shiela... anak2 umi demam p… Read More
  • Rojak India Assalamualaikum dan selamat pagi Rojak india ini umi buat untuk makan malam atas permintaan suami yang nak makan agak 'ringan' dan bukan nasi...ringan sangat la tu..hehe..yang penting agak berkhasiat sebab ada sayuran hi… Read More
  • Ayam Masak Kicap Berempah & Doa Ketika Memasak Assalamualaikum dan Selamat pagi Apa khabar semua sahabat dapur maya umi sekalian. Semoga sentiasa di berkati Allah dan semoga apa yang kita lakukan niatlah kerana Allah, insyaAllah bermanfaat. Hari ini umi tak akan menul… Read More
  • Nasi Ayam Kukus Assalamualaikum dan Selamat pagi Cantik tak tudung saji ni...hehe..hadiah dari suami bila keluar out station...nak interframe jap...sebenarnya nak tunjuk apa yang ada di bawah tudung saji tu... satu menu lazat untuk kelua… Read More
  • Homemade Fish & Chip Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi... semoga semua sihat hendaknya... sekarang ni musim ramai yang batuk, selsema dan demam... jadi minum lah air masak secukupnya.. tapi jika telah sakit, jangan… Read More

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Umi...Bila tengok akak guna tepung ni utk goreng ayam..terus terbayang-bayang kerangupannya..nak try jugalah satu hari nanti

umi's cup cake said...

Salam sue..cuba la..saje nak pelbagaikan penggunaan tepung tu (sebenarnya malas nak buat bancuhan lain)

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive