Thursday, August 25, 2011

Choco Ball

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita telah hampir ke minggu terakhir ramadhan, kesihatan umi pun telah beransur-ansur pulih. Mesti ramai yang tengah menyiapkan persiapan memandangkan syawal yang bakal tiba. Hari ni umi nak satu resepi biskut yang mudah dari erna di laman Myresepi.com. Resepi ini hanya sedikit sahaja, jadi boleh la gandakan adunannya. keluarga umi yang kecil ni cukup la...tapi macam nak kena buat lagi...tak puas makan. biskut ni kaya rasa koko dan tak manis sangat, sedang elok je...

Jom cuba : Choco Ball

Apa yang diperlukan?
  • 70g tepung
  • 30g serbuk koko
  • 50g gula aising
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • gula aising secukupnya
  • 2 sudu besar susu segar

Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada 180degree
  2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkn biar sebati.
  3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
  4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
  5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
  6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
  7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
  8. Lepas tu boleh tabur gula aising .

Related Posts:

  • Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese  Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat.… Read More
  • Bubur Kacang Durian - Resepi WarisanAssalamualaikum dan selamat pagiPagi2 lagi umi dah tunjukkan bubur kacang hijau..sebenarnya dah lama buat cuma tak masukkan dalam post je..umi buat banyak sikit sebab makan banyak versi, maklum la peminat durian...umi makan p… Read More
  • CHOCOLATE CHIPS BROWNIESAssalamualaikum dan selamat pagipagi2 umi dah tunjuk brownies... macam mana la berat badan nak turun...makin di pam2 lagi ada la kan kalau breakfast pun brownies dan susu...sebenarnya nak cerita mixer umi patah (ganaz benor k… Read More
  • Oreo CupcakeAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? Pasti ramai lagi yang masih bercuti, terutama yang ada anak2 yang bercuti selama seminggu kan? masa yang ada di manfaatkan bersama keluarga...bagi ibu2 pula, masa ini la pelbagai… Read More
  • Coklat Oreo Upin & Ipin  Assalamualaikum dan selamat pagi Pagi2 dah tayang coklat kan...buat rosak gigi anak2 je...jadi pesan penaja, sila gosok gigi setelah selesai makan coklat...hehe Dah lama nak buat coklat oreo ni tapi asyik tertangg… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive