Tuesday, February 15, 2011

Aiskrim jagung


Amacam sedap tak nampak aiskrim jagung ni? aiskrim ni umi buat masa malam sebelum maulidur rasul sebab esok suami umi akan pergi berbaris pagi2 lagi...pastu, balik mesti rasa haus dan panas sangat...so ini la umi buat supaya sejuk je hati suami bila sampai ke rumah...semoga ia bukan saja sejukkan kan rasa tekak tapi biar umi jadi penyejuk mata suami jua...amin

Jom Cuba : Aiskrim Jagung

Apa yang Diperlukan?

  • ½ cwn susu cair (boleh tambah ikut selera)
  • ½ cwn susu pekat manis (boleh tambah ikut selera)
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah ikut selera)
  • sedikit air (jangan terlalu banyak sebab dah banyak cecair)
  • 1 tin kecil jagung dlm tin (jenis krim)

Jom Cuba!

  1. Masukkan susu cair, susu pekat manis, gula dan air dalam periuk.
  2. Masak hingga didih.
  3. Masukkan jagung jenis krim. Biar didih sebentar.
  4. Tutup api . Biarkan sejuk.
  5. Sediakan acuan kegemaran dan tuangkan cecair jagungyang telah disejukkan tadi.
  6. Masukkan ke dalam peti ais hingga beku.
Nota : suami umi suka makan dengan sos coklat, kekacang atau pisang...sedap..habis licin...

Related Posts:

  • Raspberry Ripple Cheesecake Ice CreamAssalamualaikum dan selamat tengahariBertemu kembali di minggu baru, pemulaan hari minggu iaitu hari Isnin..diharapkan semuanya lebih bersemangat dan sentiasa bersemangat baru setiap minggu...hari ini juga seorang sahabat umi… Read More
  • Marble Chocolate Cheesecake yang tak mableAssalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah telah berjumpa lagi kita pada pagi jumaat yang penuh barakah sekali lagi..Terima kasih Ya Allah diatas rahmat-Mu dan berkatilah umur kami ini....Umi terburu-buru sikit pagi ni...a… Read More
  • Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese  Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat.… Read More
  • Creamy Choc Oreo...yummynya Assalamualaikum dan selamat pagi Alamak..baru berapa hari umi tinggalkan blog ni dah bersawang la pulak...hehe..jap ya...umi kemaskan.. ops lupa...Apa khabar semua sahabat umi di luar sana? Semoga semuanya dalam lindungan… Read More
  • Yogurt Ice CreamAssalamualaikum dan selamat pagiApa khabar? Harap semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu...Terima kasih kepada yang masih sudi singgah di blog umi ni walaupun asyik hidangan yang sama...kunjungan tak jemu dari semua amat u… Read More

2 comments:

Anonymous said...

best2.. cm sdap jer.
bwak opis utk mkn petang best jg nie..
ha3.. :)

eri locos said...

yumy2...
best ni klu dpt mkn ptang2 kt opis..
fuh.. xdpt bayangkan ha3...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive