Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Wednesday, November 13, 2013

Homemade Seri Kaya Karamel

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat umi? dah makan tengahari?  Umi baru selesai makan.. Alhamdulillah rezeki... bagi yang baru nak makan, selamat menjamu selera...Dah fikir pasai minum petang.. ish..ish..ish... terukkan umi ni..baru je abis makan tengahari, dah pikir minum petang kan...
itu la sifat ibu kan semua... sentiasa merancang pemakanan anak2 dan suami... sebab tak nak kelam kabut.. ada makanan perlukan penyediannya awal tapi ada juga yang mudah disediakan selain cepat siap... hari ini umi nak kongsikan minum petang yang suami umi tempah untuk jemaah surau baru2 ini...Home made kaya... macam tak percaya kan?... tapi roti tu umi beli la...hihi...apa pun terima kasih En. Mat Gebu atas pengkongsian resepi yang superb ini..

Resepi : Homemade Seri Kaya Karamel

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas, kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2.
  3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....
ini plak gambar kek buah yang umi buatkan juga untuk minum petang...

Tuesday, November 12, 2013

Kek Pisang Kak Besah

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Salah satu resepi yang amat umi suka cuba bila ada lebihan pisang yang masak ataupun memng beli pisang untuk buat kek... memandangkan suami umi memang peminat tegar kek pisang... kiranya ku yang dulu, kini dan selamanya suka makan kek pisang... cuma umi ada tambah sedikit coklat cip...coklat lagi...ish2..memang akan gebu la badan umi yang sedia gebu ni... tapi umi nak cerita, kek pisang kak besah ni lagi gebu gebas tau... i tell u... memang tak rugi mencuba...terima kasih kak besah atas pengkongsian ilmu ini yang menyebabkan suami umi bertambah sayang pada umi...anak2 pun sayang...hik hik... meh la tengok resepinya....

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 3 cawan tepung gandum(300g)
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan minyak masak(230g)
  • 1 cawan gula pasir(200g)
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu makan (1 1/2 penutup botol soda tu) bicarbonate soda
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Lenyek pisang masak dgn gelas plastik.(jgn di blend,nanti x nampak jalur2/urat2 pd kek = x cantik)
  2. Campurkan bicarbonate soda ke dalam pisang; lenyek lagi hingga pisang berbuih. jika soda berketul,ayak dgn penapis teh trus kdlm pisang. bagi yg tak biasa dgn carani, boleh ayakkan bicarbonat soda tu dgn tepung.
  3. Blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur .pastu masukkan minyak & blend dlm 5 saat.lepastu campurkan bahan yg diblend td dgn pisang,gaul dgn senduk akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati.jgn di blend.guna senduk saja.
  4. Masukkan kedalam acuan yg telah disapu minyak @ majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. bakar lh dlm suhu 180'c selama lebihkurang 40 mnt.
  5. Yg dlm gambar ni,saya potong semasa masih suam,so x nmpak coraknya.jika dibiar betul2 sejuk @ beberapa jam,kek akn bertambah gelap dgn jalur2 pisang yg ketara....
  6. Selamat mencuba.. insyaallah x kantoi...
  7. # cara memasukkan sodabicarbonate tu boleh juga dgn mengayakkannye brsama tepung #

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah lagi....dan lagi...

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat dan pengunjung blog umi's cup cake... akhirnya umi berkesempatan meng'update' blog umi ni... Hari ni merupakan hari lahir allahyarham ayah umi, Hj Alias bin Jamal... mohon sedekahkan al-fatihah buat beliau.. Semoga Ayah tenang di sana...
Hari ni juga ada jamuan akhir tahun untuk kelas tabika Nazirah, anak sulung umi... umi cuma buat kek coklat resepi kegemaran umi iaitu kek coklat lembut kukus Chef Zubaidah...tapi umi suka bakar (malas nak kukus)... kek ni tetap lembut dan sedap sangat...untuk tempahan coklat pun umi guna resepi yang sama...kira ni resepi rezeki umi la...alhamdulillah dan terima kasih buat Chef Zubaidah... bagi yang inginkan resepinya, boleh tengok di sini... dan umi salinkan semula resepinya di bawah...

untuk deko pulak....umi malas nak guna ising, jadi umi hias kit kat disekeliling dan taburkan coklat m&m kat atasnya...umi tengok kat youtube... macam comel je..macam ceria je...

Resepi : Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah
Bahannya;-

  • **100 gm serbuk koko
  • **1 tin susu cair
  • **200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
  • **250 gm susu pekat
  • 250 gm gula kastor -umi letak 200 gm aje
  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih
  • 150 gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder

Jom Cuba!
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati
  3. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.

Wednesday, September 25, 2013

Donat Sosej Kak Zalin

Assalamualaikum dan selamat petang
 Dah minum petang semua sahabat umi? ke masih kenyang sebab makan agak berat untuk tengahari tadi... hari ini umi nak cerita pasal donut sosej yang dikongsikan oleh tokej Kuih Glamer Pink iaitu Kak Zalina...Cara-cara nak buat pun ada disertakan sekali... rajin sungguh kak zalin dan resepi donat kak zalin memang menjadi kegemaran keluarga umi... sentiasa gebus dan enak dimakan...walaupun versi donut biasa, ada inti dan donat sosej... resepi ini memang tak pernah kecewakan umi...
Seronok sangat makan bila tonton TV dengan anak2..laju je..anak2 umi yang selalunya makan sosej je pun...licin...Alhamdulillah... Terima kasih kak Zalin..dan bagi sesiapa yang nak tengok Tutorial untuk balut sosej tu boleh klik Sini ya...


Resepi Donat Versi Zalin
Oleh : Kak Zalina

500gm tepung gandum (tepung murah pun takpe..suka pakai tepung cap cempaka..)
50gm gula pasir
50gm margerin (suka pakai margerin pelangi..murah je..)
1 biji telur
1 1/2 sudu kecik yis kering (suka pakai mauripan..)
1 sudu kecik garam halus
1 sudu kecik baking powder
2 sudu kecik tepung susu (susu tepung anak umur lebih 1tahun pun boleh guna...susu Anlene takleh ye..)
250ml air suam (jangan panas sangat nanti yis mati..)

Cara-caranya:-

1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)
2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..


Tuesday, September 24, 2013

Tempahan kek coklat moist seterusnya

Assalamualaikum dan selamat petang

hari ni umi agak sibuk dgn kerja di opis...jadi umi update gambar coklat moist tempahan dari jiran umi, kak rohani talib...diharapkan agar kak ani berpuas hati...terima kasih kerana sudi tempah kek dari umi...ini kali kedua kak ani tempah....sebelum ini, kak ani tempah 2 buku kek buah....kiranya pelanggan tetap umi la...Alhamdulillah ...

Monday, September 23, 2013

Tempahan Kek Coklat Moist

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Selamat Hari Lahir Jannah yang ke 8 tahun... Semoga menjadi anak solehah seindah nama syurga Jannah.. tempahan ini dari jiran umi kak Khadijah Hafiz...pada hari Sabtu yang lepas...
Alhamdulillah..Jannah dan keluarga suka kan kek ini...dan terima kasih kerana berkongsi rezeki dengan umi ya...ada juga tempahan kek coklat moist ini untuk malam ini...ada yang 'cemburu' tengok kek Jannah dan mohon umi buatkan... In Sha Allah... bagaimana hasilnya, umi akan kongsikan esok...
 Kek yang di update esok sebelum deko macam kat bawah ni...moist sangat...yummy...


Wednesday, September 18, 2013

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Madu...

Assalamualaikum dan selamat pagi
Resepi mudah dan ringkas untuk keluarga kecil umi...anak2 tengah nak makan dan yang paling umi suka sebab anak2 umi sukakan nasi berperisa...senang dan tak banyak lauknya..hihi...yang penting umi nak ada air tangan umi untuk anak2 setiap hari.. itulah nilai kasih sayang kan?  kali ini umi ambil resepi nasi tomato dari kak yatie..tukar selera sekali sekala kan...
Umi gandingkan nasi tomato dengan ayam masak madu ..selera sungguh...sayuran pula umi cuma sediakan salad..hijau dan segar..ok la, terima kasih kak yatie atas pengkongsian yang enak ini..lain kali umi skodeng lagi ya...hihi..selamat mencuba...

Resepi : Nasi Tomato
Oleh : kak yatie

 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar minyak masak- saya tambah
  • 2 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 kiub ayam "maggi"
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kismis dan kacang peas untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 biji buah pelaga- Yatie letak 2 je
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu.
  2. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  5. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick.
  6. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

 Resepi : Ayam Masak Merah Madu
 Oleh : Kak Yatie


Bahannya:-
  • 500 gm ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
  • 3 camca besar cili kisar*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 1/2 labu bwng besar*
  • sedikit halia*
  • 2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
  • 2 camca besar cili sos
  • 3 camca besar madu
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
  • 1 biji buah tomato-ptng dadu (Yatie tambah)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak masak secukupnya
Caranya:-
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Friday, September 13, 2013

Nasi Ayam Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Resepi nasi ayam ni umi ambil dari Blog Kasihs.. memang simple tapi sedap nasi ayam ni..sesuai dengan selera keluarga kecil umi ni... terima kasih Filla atas perkongsian ini... Ok la umi tak boleh lama-lama sebab umi kena kemas barang untuk balik kampung..rindu nak balik kampung dan yang paling rindu...masakan ibu di kampung la...doakan umi sekeluarga selamat pergi dan kembali...

Resepi : Nasi Ayam Simple Tapi Sedap
Oleh : Filla (The Kasihs)

NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe
SUP
potongan ayam
(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun supdaun bawang 
bawang goreng
*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)
AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)
KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)
KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Wednesday, September 11, 2013

Nasi Lobak Merah Kak Chahaya Shiela

Assalamualaikum dan selamat petang
Nasi lobak Merah atau karot... satu jenis sajian yang amat umi suka sebab boleh pastikan anak2 umi makan sayur... lebih mudah dan lebih motivasi..hihi...nasi ini amat mudah disediakan dan memandangkan banyak karot untuk lebihan buat acar tu, umi pun masak la nasi karot ini...selain dari buat jus karot.. berselera anak2 umi makan.. anak2 umi memang suka makan nasi yang berperisa seperti nasi minyak, nasi dagang dan nasi goreng pun boleh..asalkan berperisa....
Cuma umi gandingkan nasi karot ini dengan ayam masak merah je... nak senang la katakan...penyakit M banyak sangat kat badan ni..hihi... gambar kat bawah ni je yang sempat snap sebab anak2 dah tak sabar sangat nak makan...Terima kasih kak Shiela atas pengkongsian ini... Semoga Allah memberkati Ilmu yang dikongsikan...ada kelapangan, umi akan cuba masak ayam masala macam kak shiela ya...

Nasi Carrot Kak Chahaya Shiela
Oleh : Kak Shiela Spices Journey

Bahannya :
  • 2 batang carrot saiz sederhana(disagat)
  • 4 pot beras basmathi
  • 5 pot air rebusan ayam
  • 5-6 ulas bawang merah - blend atau hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - blend atau hiris halus
  • 1 inci halia -- blend atau hiris halus
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit daun ketumbar atau daun sup - yang mana suka
  • 200 gram yogurt
  • garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis + sedikit ghee
  • sedikit kayu manis dan bunga lawang - jika suka

Caranya:-
  1. Rendam beras selama 10 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 blend atau hiris bersama serai dan daun pandan.
  3. Kalau suka boleh tumis dengan kayu manis dan bunga lawang. 
  4. Setelah tumisan berwarna perang, masukkan carrot dan goreng sebentar.
  5. Masukkan pula yogurt dan air rebusan ayam.
  6. Kacau rata dan masukkan beras.
  7. Masukkan pula daun ketumber atau daun sup dan tutup periuk.
  8. Biarkan masak dalam rice cooker.
  9. Kacau sekali sekala agar masak rata. (umi kacau guna garpu untuk nasi kurang patah).
  10. Sedia untuk dihidang bersama nasi kegemaran.

Tuesday, September 10, 2013

Tempahan Puding Hantaran, Nasi Miyak dan Kek Buah je...

Assalamualaikum dan selamat petang...
Alhamdulillah..rezeki minyak naik 20 sen...hihi...makin suam-suam kuku dan makin banyak sawang kat blog ni kan... bukan umi tak buka..buka setiap hari tapi masa untuk update tu agak terhad..(sebenarnya kering idea..hihi)... hari ni pula, umi nak cerita pasal tempahan oleh jejiran rumah umi dan rakan2 opis umi...kira macam biznes sambilan...
Jangan betulkan cermin mata ya...memang puding hantaran ini warnanya biru...kira biru mata hitam ku la ni...ikut tema keluarga dan hantaran yang ditempah oleh keluarga pengantin...Alhamdulillah, sahabat umi berpuas hati... lega rasa hati macam tu... jangan lupa untuk tempah lagi ya...
Yang kedua adalah kek buah... untuk minggu lepas, umi terima tempahan 5 buku kek buah... 2 untuk opis, 2 untuk Kak Rohani (jiran Umi) dan 1 untuk Kak Ida (juga jiran umi, hihi)... seronok dapat buat kek buah ni..kek buah tanpa telur dan gula...jimat telur dan gula la kiranya... yang berpantang makan telur, boleh la makan kek buah ni dengan senang hati... nak tempah? boleh area Gombak dan seangkatan dengannya ya..kawasan KL yang lain akan dipertimbangkan..hihi...
Yang ketiga adalah tempahan nasi minyak oleh Kak Yang Asiah untuk majlis merisik di rumahnya... first time buat untuk tempahan membuatkan hati umi berdebar... Alhamdulillah bak kata Kak Yang, nasi ni yang abis dulu walaupun banyak makanan sampingan lain seperti soto nasi, sate, bihun sup, manisan dan lain-lain...
 Ini pula acar yang digandingkan untuk dimakan dengan nasi minyak di atas...
Semua rezeki itu datang dari Allah, terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan saya... Alhamdulillah...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive