Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, April 6, 2012

Congo Bar

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Pejam celik, pejam celik...dah jumpa balik hari Jumaat...bila sibuk ni, rasa cepat sangat masa berlalu...umi nak kongsi satu resepi yang amat sedap tapi ringkas je...hasil sekodeng dapur Kak K1 iaitu blog citrasawan...kata kak K1, asalnya dari kak rima dan kak ayu dan kedua-duanya dari seberang tambak @ Singapura...

Siapa yang suka makan brownies dan cookies pasti akan suka congo bar ni...dan bagi peminat coklat juga pasti suka sebab congo bar ni kaya dengan rasa coklat....umi bila dah makan sepotong, terasa nak makan banyak2 potong...kejap je dah tinggal separuh...alahai, hilang la usaha nak diet...

Bagi ibu2 yang bekerja, congo bar ni memang salah satu menu desert yang boleh dibuat memandangkan ia ringkas dan bahan2 juga memang ada di dapur..umi minta salin semula di sini ya kak K1...minta halal ya rima dan ayu..sudi2kan la...

Jom Cuba : Congo Bar

Apa yang diperlukan?
  • 315gm tepung gandum
  • 2 ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 150gm mentega
  • 300gm gula perang
  • 3 biji telur B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 300gm chocolate chips
  • 100gm hirisan badam atau yang disukai
  • Hirisan : hirisan badam untuk hiasan
Jom Cuba!

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Gaulkan bersama chocolate chips dan hirisan badam. Ketepikan.
  2. Satukan mentega dan gula perang, gaul menggunakan spatula kayu hingga sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu, gaul rata.
  4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
  5. Tuang dan ratakan ke dalam loyang. Tabur dengan hirisan badam.
  6. Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 30-35 hingga atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar, cucuk dengan lidi jika tidak melekat boleh diangkat.

Wednesday, April 4, 2012

Murtabak Maggi Cheese

Assalamualaikum dan selamat pagi

serasa sekejap je masa berlalu, hari ini dah hari rabu...hari tanpa kata2...tapi hari ni umi nak cakap lebih sikit, boleh tak?... kalau tak boleh pun, bolehkan je la...umi nak cerita al kisah murtabak maggi.... asalnya faizal, sahabat di opis umi mms pasal murtabak maggi versinya... bila tengok gambar yang faizal hantar, suami umi pun cakap umi dah lama tak buat murtabak maggi..

ala umi tau, sebenarnya suami umi teringin nak makan murtabak maggi... tapi bila tengok dalam almari, tak ada maggi kari...dengan berat hati, umi 'mohon' penangguhkan projek murtabak maggi dari suami...alhamdulillah, umi dijodohkan dengan suami yang amat memahami...(bukan ayat bodek ya)... jadi, malam tadi umi pun jalankan la projek yang tertangguh tu...

cuma bezanya umi buat murtabak maggi cheese atau nama asal dari bulan madu@myresepi namanya 'murtabak maggi special'... bukan niat nak menderhakakan nama murtabak ni tapi senang nak ingat apa yang specialnya murtabak ni dengan resepi yang sebelum ini...ada juga umi tambah sebagai ramuan ikut selera sendiri..hehe...tapi yang paling utama senyuman kepuasan makan murtabak maggi cheese ni dari suami dan nazirah... hilang semua lelah (macam lelah sangat buat muratabak ni, tipu je).... apa pun terima kasih bulan madu diatas resepi yang best ni

sos pencicah pula, sos tomato untuk nazirah....sos cili thai untuk suami umi...dan sos penuh kolestrol iaitu thousand island untuk umi...jemput makan semua...

Jom Cuba : Murtabak Maggi Cheese

Sumber l bulan madu@myresipi.com

resepi ni reka ngn kwn.walaupun guna satu bungkus maggi je tp hasilnya konyang!!hehe

Apa yang diperlukan? ( 2 orang makan )

  • 1 bungkus maggie perisa kari (dgn perencahnya sekali)
  • 2 biji telur ayam
  • sedikit sayur kobis (hiris halus)
  • 3-4 batang sausage/salami (hiris nipis)
  • cheddar cheese (yg disiap hiris)
  • sedikit lada hitam
  • sedikit susu fresh milk
  • baby carrot - umi tambah
  • 4 batang crab stick - umi tambah
  • minyak- umi guna butter
  • sos cili

Jom Cuba!

  1. Rebus maggie dan toskan.letak tepi.
  2. Masukkan sausage/salami ke dlm microwave selama 3-4 minit.biar setengah masak.kemudian ketepikan.- umi rebus je dan potong dadu
  3. Dalam satu mangkuk besar,tuangkan maggie yg telas ditoskan td,bersama sausage/salami.masukkan perencah kari maggie.kesemuannya.
  4. Kacau sebati. Kemudian, masukkan 2 biji telur ke dlm mangkuk yg sama beserta sedikit fresh milik.Gaul sebati.jika tidak mahu menggunakan susu,boleh tambah 1 biji telur lagi.- umi guna fresh milk
  5. Masukkan sayur kobis, baby carrot dan crab stick yg dicincang halus dan cheese juga. Akhir sekali taburkan sedikit serbuk lada hitam.gaul sebati.
  6. Panaskan kuali dan tuangkan minyak.tuangkan adunan maggie td ke dalam kuali.ratakan adunan di dalam kuali.jgn biarkan adunan di satu tempat sahaja.- umi guna non stick pan
  7. Setelah agak garing,bolehlah terbalikkan murtabak maggie utk bahagian sebelah masak pula. Siap! Boleh la dihidangkan bersama sos cili.


Tuesday, April 3, 2012

Kau Pergi - Aizat

Assalamualaikum dan selamat petang

Sekarang ni...bumi kuala lumpur di simbah dengan hujan lebat yang mencurah2...dalam suasana ini...sambil mensisip secawan air teh o panas dan menikmati sepotong roti, hati dibuai kenangan bersama arwahyarham ayahanda tercinta, Alias bin Jamal....saat minum petang bersama dan seribu kenangan bersama....apatah lagi, radio sedang berkumandang lagu aizat : pergi....

Ayah, rinduku tiada berpenghujung...al-fatihah

Aizat ; Kau Pergi

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Ais Blended Coklat

Assalamualaikum dan selamat pagi

Ais blended coklat ni umi buat petang semalam...rasa panas pulak bila balik kerja...cara buatnya sangat mudah dan yang paling syok bila minum bersama anak2...tengok diaorang berebut minum dan umi kongsi dengan suami...romantik la sikit..hehe

umi amik cara buat dari myresepi...resepi dari farhanis@myresepi.com...hasilnya walla, memang memikat selera umi..sekejap je licin gelas...nazirah suruh buat lagi hari ni...meh la cuba, memang berbaloi...ops sebelum terlupa, nak ucap tahniah buat Ben Ashaari kerana baru sahaja mendapat cahaya mata...semoga bertambah bahagia dengan kehadiran insan tersayang....
IMAG2342-1
Jom Cuba : Ais Blended Coklat

Apa yang diperlukan? ( utk 2 gelas minuman (250ml x 2 gelas) )
  • 5 sudu besar milo
  • 2 gelas susu segar
  • 2 sudu besar ice cream (vanilla/coklat)
  • anggaran 5-6 ketul ais
  • whipping cream/ice cream (sy gune ice cream je)-utk atasnya- umi guna whipping cream
  • choc rice - hiasan atas- umi tak letak

Jom Cuba!

  1. Masukkan susu,milo dan ice cream ke dalam blender. blend sampai campuran sebati.
  2. Masukkan pula ketulan ais. Blendkan sampai ketulan ais jadi hancur dan halus.
  3. Hiaskan atasnya dengan ice cream. kalau nak cantik lagi pakai whipping cream. Tabur sekali choc rice.
  4. Siap dihidang..yummy!!;D

Wednesday, March 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan selamat pagi

aaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmm
apa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau blog umi ni, menunya ada cuma kata2 je yang tak terucap eh tertulis....sebenarnya umi tak terucap bile makan mee rebus cik ani yang umi salin dari blog Mas Duniaku....memang sedap dan memenuhi citarasa umi sekeluarga...resepi asal dari Chef terkemuka iaitu Che Wan, pastu berjangkit ke blog Mat Gebu...seterusnya blog kak yatie, mas dan lain2 yang tak tersenarai oleh umi..

umi tak yah cakap panjang2 la ya...sebab yang dah cuba semua kata sedap dan yang mencuba tu blogger hebat2 belaka...moh la tengok apa yang perlu ada.....

Jom Cuba : Mee Rebus Cik Ani

Apa yang diperlukan?


1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor- tak letak
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2 - umi tak rebus, masuk terus je
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas - dititik
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
kiub daging - Mas tambah

Jom Cuba!

Untuk Kuah Mee Rebus :
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas.
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi.
Hidangkan segera...


Tuesday, March 27, 2012

Ayam Goreng Rempah Ranggup

Assalamualaikum dan selamat pagi

Macam mana mood semua pagi ni? harap agar ceria sentiasa...tapi umi agak 'tertekan' sedikit dengan tugasan yang perlu umi siapkan dan perbaiki sebelum hari Jumaat kerana terpilih untuk 'percalonan'... percalonan apa? gempak je lebih kan bunyi ye...hakikatnya hanya percalonan untuk pembinaan terbaik anjuran jabatan tempat umi bekerja...hehe

sebagai orang baru dan belum pernah masuk jadi calon...memang umi rasa berdebar sangat... ye la, nanti ada yang kurang...itu normal cuma kalau boleh tak nak kekurangan yang tidak munasabah...Doakan agar umi dan sahabat dapat buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik..InsyaAllah.... hari ini umi nak kongsi menu tah apa2 umi malam tadi..umi buat ayam goreng rempah ranggup ni untuk dimakan bersama tortilla...tang 'tortilla' tu umi cuma beli dah siap...bagi yang sudi, meh la tengok menu yang tak se'gah' mana ni...

Jom Cuba : Ayam Goreng Rempah Ranggup

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram isi ayam - dipotong memanjang
  • 5 sudu rempah kari
  • 5 sudu rempah beriani
  • 2 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Tepung goreng pisang adabi secukupnya - ikut arahan pada peket
  • Telur - dikocok sedikit
  • Salad, tomato secukupnya.
  • Sos kegemaran.


Jom Cuba!
  1. Lumurkan semua bahan dan isi ayam kecuali tepung goreng dan telur. Perap sekurang-kurangnya 20 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Celup isi ayam dalam telur.
  4. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicelup ke dalam tepung. Pastikan semua disalut.
  5. Biar isi masak sepenuhnya. Setelah masak, toskan dengan tisu.
  6. Untuk tortilla, ikut arahan memasak seperti di paket.
  7. Balut isi ayam dengan salad serta tomato dengan tortilla. Makan bersama sos kegemaran. - umi makan dengan thousand island.

Monday, March 26, 2012

Kek Pisang Tanpa Telur 'Kak liza - Intai dapur'

Assalamualaikum dan selamat pagi

Semoga semuanya ceria di pagi Isnin yang selalunya membawa kepada 'blues'...mari kita 'merah2' kan hari kita...jangan 'biru' sangat...mesti kebanyakan yang duduk di KL ni malas rasanya nak ke temapt kerja, maklum la malam tadi hujan dan suasana sejuk amat menyaman..susah nak tinggalkan katil yang empuk tu...tapi demi tugas dan amanah, kita tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi...

pagi tadi umi dengar dari radio KL fm, Dato' Hj Mohd Fadzilah Kamsah adamenyatakan bahawa
"kalau kita mulakan hari kita dengan senyuman (walaupun tidak ikhlas pada awalnya), kebahagiaan akan timbul dalam hati kita dan impaknya orang sekeliling kita juga akan rasa bahagia..."
maknanya bila kita cuba untuk senyum, lama2 ia akan menjadi kebiasaan dan hati akan timbul jadi bahagia...terutamanya kata Dato' lagi, suami2 hendaklah senyum kepada isteri dan anak2 agar ikatan kekelurgaan akan lebih bahagia selain senyum itu sedekah...apa lagi? senyum la walaupun tengah mengadap komputer sorang2...senyum, tak perlu kata apa2....

ok la berkait dengan resepi kek pisang tanpa telur ini umi intai dapur kak liza - Intai Dapur ... umi memang suka buat kek pisang sebab fav. suami umi..kalau kek pisang, suami umi akan ulang makan banyak kali..kalau kek lain makan juga cuma kurang sikit ulangnya... lebih menarik, kek pisang ni jimat telur...hehe...umi buat dalam cup cake dan umi ganti badam dengan coklat urai...betul kata kak liza, walau tanpa telur...kek ni marbeles sangat...suami umi kata nak beli pisang lagi dan suruh buat kek pisang ni banyak sikit...tak cukup katanya...terima kasih kak liza atas resepi yang hebat ini....



Jom Cuba : Kek Pisang Tanpa Telur

Apa yang diperlukan?

  • 8-9 biji pisang berangan - lenyek
  • 1 cawan gula pasir / gula perang
  • 3/4 cawan minyak
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 s/t baking powder
  • 1 s/t soda bikarbonat
  • 1 s/t esen vanila/ esen pisang
  • Badam cincang - tabur
Jom Cuba!
- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dlm pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dgn spatula.
- tuang ke dlm loyang yg telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak...

Cara2 nak buat kek ni senang jer, lebih kurang macam muffin, gaul2 dan bakar...senangkan, tp hasilnya mmg marbeles....wallllaaaaa

Thursday, March 22, 2012

Kek Mentega Elite Sue 'Rencah Kehidupan'

Assalamualaikum dan selamat pagiLink
Keputusan SPM 2011 mencatatkan seramai 559 calon raih keputusan A+...antara keputusan terbaik selama 5 tahun...alhamdulillah, semakin ramai pelajar yang makin pandai..dan ini menunjukkan komitmen bukan sahaja pelajar tapi guru dan ibu bapa amat berbaloi...bagi yang kurang memuaskan, rezeki ada di mana2...

ok la, kita cerita pula pasal kek mentega elite ni yang umi amik dari sue @ nenie... yang menariknya kek ni adalah antara kek terawal pembabitan sue dan yang paling penting tidak pernah menghampakan...umi memang suka buat kek....(kata umi's cup cake kan????)..terutamanya kek mentega, umi suka makan dengan aiskrim perisa vanilla...(mana tak gemuk!!!)..kek ni suami umi kata sedap dan lembut...


lebih memikat hati umi adalah warna yang sue guna..tapi umi punya terlebih pulak warnanya...jangan marah ya sue..apa pun terima kasih sue, umi minta izin letak resepinya kat sini ya...


Jom Cuba : Kek Mentega Elite Sue

Apa yang diperlukan?

Bahan A:
  • 250g self raising flour
  • 40g susu tepung
  • 200g mentega
Bahan B:
  • 5 biji telur
  • 200g gula kastor (160g gula pasir)
  • 1 camt. esen vanila
Jom Cuba!
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.

Wednesday, March 21, 2012

Mousse Mangga ke Calcium Mangga?

Assalamualaikum dan selamat petang

Apa khabar? Harap semuanya sihat dan riang hendaknya..hari ini keputusan SPM di umumkan...semoga berjaya berolah keputusan yang cemerlang..bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa, SPM bukan penentu masa depan...ia cuma jalan ke masa depan... ramai yang boleh berjaya walaupun SPM tidak cemerlang, kepada ibu bapa pula...hargailah usaha anak anda...tiada manusia yang inginkan kegagalan...peluk dan cium la anak anda tanda kasih sayang kita...rezeki ada di mana2....sebagai ibu bapa, doa kita supaya anak kita cemerlang di akhirat kelak...

Berbalik pada mousse mangga yang umi tayang ari ni...sebenarnya anak2 umi demam dan kurang selera makan...yang kecil pula sampai sakit mulut...nak minum susu pun susah, apatah lagi nak makan yang keras2...jadi, selain umi masak bubur, umi buat mousse mangga ni...cuma nazirah panggil 'calcium mangga'...mungkin bagi nazirah, rasanya macam tu..suami umi cuma senyum2 bila nazairah cakap macam tu...

resepinya umi ambil dari blog En. Mat, yang asalnya dari kak yani (myresepi : mousse strawberi)...oterima kasih keduanya...umi salin semula di sini...


Jom Cuba : Mousse Mangga

Apa yang diperlukan?

10 gram gelatin (mat guna kurang lebih 1 camca besar)
100 ml air panas
200 gram isi buah mangga
50 gram gula halus (resipi asal 70 gram)
1 camca besar jus lemon (mat guna jus oren)
200 ml whipping cream

Jom Cuba!
  1. Kisar isi mangga dan gula halus serta whipping cream hingga sebati. Ketepikan. Masukkan gelatin dalam air panas dan kacau hingga larut dan jernih. Masukkan dalam kisaran buah mangga tadi bersama dengan jus oren, kacau hingga sebati.
  2. Tuang dalam bekas sesuai, simpan dalam peti sejuk hingga beku. Hias dengan potongan buah mangga sebelum dihidangkan. Sedap dimakan kala dingin..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive