Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, March 4, 2011

Ais Blend Laici Coklat


Sebenarnya air ini umi main campur je asalkan hasilnya sedap untuk suami umi berbuka puasa...so, bila suami umi minum...alhamdulillah...dia kata sedap...


Yang warna pink tu aiskrim vanila strawberi..hehe

Thursday, March 3, 2011

sup makaroni


ok la, resepi sup makaroni ni telah umi olah mengikut bahan2 yang ada kat dapur ni...so ikut selera la ya

Jom cuba : Sup Makaroni (8 Orang)

Apa yang diperlukan?

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 500 gram makaroni (direbus hingga lembut & ditoskan)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Jom Cuba!

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak, biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bawang merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong panjang2
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup, bawang goreng dan makaroni yang telah ditoskan tadi. Tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Nota : Resepi asal diambil dari Myresepi.com dan tajuknya sup ayam special...

Selamat Hari Lahir Ayah Ghani


Selamat hari lahir kepada Ayah ku Hj Ghani..semoga kekal bahagia bersama mak hingga ke akhir hayat...

Wednesday, March 2, 2011

murtabak megi, keropok lekor dan air asam jawa



mmmmm...makan apa tu bang? sampai tak toleh kiri kanan...ini umi buat untuk dinner...kesian suami umi lapar...



ha...mesti nak resepi murtabak megi ni kan? murtabak orang malas namanya..itu umi la bukan orang lain...jom kita cuba ya..

Jom Cuba : Murtabak megi

Apa yang diperlukan?
  • 2 peket Mee Segera (jenama Maggie perisa Kari)
  • 4 biji telur gred B atau A
  • 2 peket perencah kari Maggie
  • 1/2 biji lada benggala hijau dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar didadu- ikut citarasa
  • 50 gram daging kisar yang halus
Jom Cuba!
  1. Didihkan 3-4 cawan air di dalam periuk. Padamkan api dan celurkan mee hingga kembang. Toskan.
  2. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan dipukul. Campurkan perencah kari Maggie, bawang, lada benggala dan daging hingga rata.
  3. Panaskan minyak kalau menggunakan kuali (jika guna non-stick pan- tak payah).
  4. Tuangkan satu senduk aduanan dan leperkan.
  5. Biarkan masak sebentar, kemudian balikkan.
  6. Buat sehingga habis. Sedia untuk dimakan.
Nota : Sedap dimakan panas2 bersama sos cili thai dan mayonis.

Monday, February 28, 2011

Cup cake coklat mable


Cup cake ni umi buat untuk dijual. bahan2nya mudah dan proses penyediaannya pun cepat....sesuai la untuk orang dapur yang berkerja macam umi ni....umi jual cup cake ni RM 1.20...jangan risau, harga boleh dirunding....penerangan gambar adalah seperti di bawah...
1. Gambar cup cake sebelum dibakar

2. Gambar cup cake sedang dibakar

3. Hasilnya...nak tau sedap ke tak...kena tempah la..hehehe

Friday, February 25, 2011

Biskut Jem Strawberi


umi nak mintak ampun la pada yang empunya resepi sebab umi dah olah sikit resepi ni..dek kerana nak cepat bawa balik kampung, umi tak sempat nak letak jem strawberi...so yang simple, letak la gula yang bentuk luv tu..nazirah paling suka makan gula tu..yang lebihnya disumbat ke dalam mulut umi dia..ish...ish..ish

Jom Cuba : Biskut Jem Strawberi



Apa yang diperlukan?
  • 115g butter
  • 50g gula custor
  • 170g tepung gandum
  • Jam strawberry secukupnyer - jika jam warna pucat tambahkan sedikit pewarna merah (umi tak letak tp gantikan dengan gula hiasan)

Jom Cuba!

  1. Pukul butter dan gula hingga ringan dan kembang.
  2. Ayak tepung dan masukkan. Uli hingga menjadi doh.
  3. Bulat2kan kecil anggaran sebiji limau calamansi. Leperkan sedikit dan tekan tengah utk membuat lubang. (hana guna belakang sudu mangkuk kecil). Masukkan jem. (umi bubuh gula hiasan)
  4. Panaskan oven suhu 180. bakar selama 12min atau hingga keperangan.
  5. Angkat dan sejukkan di atas redai.
















Thursday, February 24, 2011

Ribena Rambutan

Air RR (ribena rambutan), sedapnya minum masa musim panas ni...air yang sangat mudah bila balik kerja, cepat umi hidang buat suami dicintai dan anak2 disayangi...kenapa 'dicintai'? sebab ada orang lama cakap kat umi kalau 'ter' maknanya tak sengaja cinta la..pikir2 balik..ada logiknya....haus la tekak, jemput minum ya...

Tuesday, February 22, 2011

Piza

mmmm...nyum2 jemput makan piza ya...suami umi cakap ok la..ada rasa..ini pun kali kedua buat piza baru boleh upload..first time dulu, tak sempat nak snap dah selamat masuk ke dalam perut...ye la masa tu buat untuk breakfast...perut pun dah keroncong..tambah pulak makan masa panas2..apa lagi? tau2 je la kan...

ini gambar yang umi snap sebelum piza tu umi bakar..buat untuk dinner..resepi umi ambil dari myresepi.com tapi tak ingat resepi siapa sebab tak tau bila nak buat cuma dah lama mengidam..macam orang ada isi plak kan?..ish jauh lagi tu...gambar piza yang dalam pinggan tu di'edit' ikut versi malam sebab buat untuk dinner, jadi ikut suasana la kan...buat semasa temankan suami buat kerja..sambil tu boleh makan2...dua kerja dalam satu masa....

ok resepi ni adalah resepi dari kak.jun@yummylicious...piza ni adalah piza thin crust untuk sesiapa yang gemarkan base piza yang nipis..sedap, jomtengok resepinya...

Jom cuba : Pizza Thin Crust

Apa yang diperlukan?
  • 2-3 cawan tepung gandum @ roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • 1.5 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar olive oil
  • 2 sudu besar cuka apple
  • 1 sudu kecil oregano - yg nih hana tambah (umi tak letak)

Jom Cuba!

  1. Satukan air, gula dan yis.
  2. Biarkan kembang dalam 10minit @ lebih.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan 2 cawan tepung, cuka, garam dan minyak. Kacau sebati.
  4. Masukkan air yis tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga tak lekat di tangan.
  5. Jika lembik tambahkan sedikit tepung lagi.
  6. Tutup doh dengan kain lembab@plastic wrap dan perap hingga naik 2 kali ganda.
  7. Tumbuk2kan doh.
  8. Bahagikan kepada dua bahagian. Canai.
  9. Sapukan dengan sos pizza, filling kegemaran dan taburkan cheese.
  10. Bakar 180 selama 15-18min.





Monday, February 21, 2011

Cup Cake Oren

Cup cake ini umi buat untuk tempahan kawan umi (budak opis)....tapi rezeki tetamu agaknya...masa tengah bakar, ada jiran yang bertandang....sembang punya sembang sampai tak sedar, habis semua cup cake oren ni...seronok sangat...tak pe...nanti umi buat lagi...yang nazirah pula lebih berminat bentuk 'love' ditengah-tengah tu...macam-macam kan budak-budak ni...





ini pula gambar isi dalam cup cake umi iaitu kulit limau...baru terasa limaunya...









mmm...cup cake ni dah siap untuk dibakar....amacam ok tak? yang dalam kotak tu untuk tempahan...

Thursday, February 17, 2011

Apam Mekar


Apam mekar ni umi sebab rasa tertarik dengan resepi dari salah satu blogger yang menarik...kak ita punya blog memang menyelerakan...rugi rasa kalau tak cuba..tapi apam umi tak la secantik kak ita..apa pun terima kasih kak ita sebab sudi nak kongsi resepi dengan orang baru macam umi ni...

untuk apam ni umi pilih warna merah, kuning dan hijau...harap-harap nampak menarik...alhamdulillah suami umi puji..kawan-kawan opis pun puji jugak...so lepas ni sapa nak tempah boleh la ya...


Bagi sesiapa yang tak boleh view resepi dari link kat atas, boleh la semak sini ya...

Jom Cuba : Apam Mekar


Apa yang diperlukan?

  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 cwn aiskrim soda (minuman bikarbonat)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovalette
  • sedikit pewarna kegemaran

Jom cuba!
  1. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.
  3. Setelah sebati bahagi kan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
  4. Masukkan dalam cup cake dan kukus selama 15 minit.

Nota (dari kak ita) : Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nanti cantik dan mekar.
(dari saya : kalau nak kembangnya cantik di tengah2, jika guna kukus yang berlubang2 tu, letak apam betul2 di tengah lubang)

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive