Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Monday, March 30, 2015

Resepi Air Asam Ikan Bakar ala2 Ikan Bakar Tanglin

Assalamualaikum dan selamat petang
Pernah tak makan kat Ikan Bakar Tanglin Pak Din? kalau datang KL, harus cuba.. umi memang suka sangat makan kat situ.. masa tu opis masih dekat.. sekarang nak pergi agak jauh tapi kalau ada yang ajak..mesti pergi.. apa yang memikat adalah pelbagai jenis ikan segar yang dibakar seawal pukul 11 pagi..ratah pun sedap sangat..
akibat dah lama tak makan dan tekak ni terasa sangat nak makan.. umi pun google le resepi seperti ala2 air asam yang ada kat situ... alhamdulillah..memamg lebih kurang sama..yang berbeza ialah..ini air tangan sendiri yang buat..hihi
Nikmat sangat..lagi2 dapat ikan keli segar dari jiran umi, kak na.. masa dapat pun ikan tu masih lompat-lompat lagi tau...jadi umi nak kongsi la resepi air asam ini, bagi yang ingin mencuba... tak makan ikan?.. tak pe..boleh buat makan dengan daging atau ayam bakar jugak..in sha Allah..bertambah la nasi panas-panas tu... meh tulis resepinya....ops sebelum lupa..kalau nak tau kat mana Ikan Bakar Pak Din Tanglin.. Boleh klik sini
Resepi Air Asam Ikan Bakar
Oleh : Legacy Secret Trading
Dicuba Oleh : umi's cup cake

Bahannya;-
1 biji Bawang besar - didadu
2 biji lada merah - didadu
2 biji lada hijau- didadu
1 biji tomato - didadu
10 biji cili padi - di hiris (umi letak 5 biji jek)
10gm belacan - dibakar
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
limau nipis
gula secukup rasa

Caranya;-
1. kesemua bahan di dadu atau potong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa
3. Semua bahan digaul rata
4. Siap untuk dihidang..- umi biarkan dulu agar semua bahan mesra...

Monday, March 23, 2015

Nasi Goreng Moyang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alahai..sekejap je kan cuti sekolah seminggu...haha..macam umi lak yang sekolah..ye dak... hari ni menu sarapan biasa di kala mood baru buka sekolah adalah nasi goreng moyang dan ayam goreng... mudah tapi kenyang.. air? anak-anak umi minum susu pepagi...tak lupa gak madu qaseh juniour.. Alhamdulillah... kenapa nama nasi goreng ni nasi goreng moyang? sebenarnya ini adalah cara nenek umi goreng nasi dan menjadi kegemaran umi adik beradik.. walaupun mudah tapi air tangan dan keikhlasan masa memasak tu yang memikat sampai sekarang menjadi kegemaran anak-anak umi pulak.. bagi yang ingin mencuba..silakan.. aroma nasi goreng ini memang memikat.. umi tak tipu..cuba lah...umi pun pernah share kat sini...
 
 
Resepi : Nasi Goreng Moyang
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya ( 4 org )

4 biji lada merah
4 cawan nasi putih ( sejuk )
4 ulas bwg merah
1 gengam udang kering (direndam air panas )
1 genggam ikan bilis (di goreng garing)
3 biji telur
2 batang kacang panjang
1 inci belacan
garam secukup rasa
5 sb minyak

Caranya

  1. Dalam lesung batu masukkan lada merah, belacan dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bawang merah dan udang kering, tumbuk hingga lumat. 
  2. Goreng ikan bilis separuh garing. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Kacau rata. 
  4. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong pendek2.
  5. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
  6. Di tengah2 kuali, kuak nasi ke tepi untuk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
  7. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
  8. Taburkan ikan bilis bila hendak makan untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis.

Friday, March 13, 2015

Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Minggu yang agak sibuk buat umi..tapi minggu rezeki dari Allah.. teringat akan ayat surah Ar-Rahman yang bermaksud ;-

Allah mengingatkan manusia hingga berulang sampai 31 kali dengan kalimat yang sama, dengan jumlah huruf yang sama agar manusia mudah mengingatnya dan pandai bersyukur.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ﴿٣٤﴾

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim [14] : 34)
sumber :-  http://abisenatea.blogspot.com/2013/03/nikmat-allah-mana-yang-engkau-dustakan.html

Nampak tak roti yang gebus macam tangan umi ni? (macam badan umi gak..haha).. Alhamdulillah ..meh sini baca al-kisahnya...
Kantin tempat umi mintak buatkan roti kacang merah untuk diletakkan di sana memandangkan kekurangan kuih muih untuk minum petang... umi bersetuju dan kesian kat tuan kantin...memandangkan umi nak buat..umi wassap group jiran jika ada yang nak selit order... bak kata cikgu umi, kak Zalina ... roti kacang merah ini mungkin kurang sedikit pemintaan nya.. umi pun tawakal je la...
Mula-mula jiran umi order 5 ketul..dan lagi seorang 3 ketul..alhamdulillah.. bila siap, umi pun hantar yang 5 ketul tu.. terus jiran umi tu order lagi 30 ketul untuk sarapan pagi esoknya(gambar kat bawah)... rezeki.. bermula dari situ..seorang demi seorang jiran umi order roti dari umi..tapi bukan sahaja roti kacang merah tapi juga roti sarang lebah dan roti gula cheese...dan sehingga hari ini..rezeki tak putus-putus..ini pun ada order masuk lagi...
Bersyukur tak terkata... lebih-lebih lagi cakap dapat pagi, tak sempat petang dah abis.. terima kasih kak zalin,... bagi yang ikut kelas kak zalin boleh wassap di no 0193867360 dan bagi yang ingin mencuba buat sendiri, boleh klik resepi ...
gambar kelas yang umi belajar klik sini

Thursday, March 12, 2015

ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi



Untuk Link resepi Klik Kak Azlita
Untuk join jugak cabara, klik Gambar
http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2015/03/cabaran-menulis-entri-dengan-tulisan.html



Thursday, March 5, 2015

Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang

  Assalamualaikum dan selamat tengahari
 
Inilah kali pertama umi buat sendiri... ada jiran yang baik hati berikan umi belimbing buluh ni.. teringin sangat nak buat sambal hitam Pahang ni..mudah dan ringkas je bahan2nya... cuma umi buat basah2 sikit..lebih sedap.. sekejap je habis..dan rasa nak buat lagi... untuk resepinya umi google dan jumpa resepi dari blog mamailahfazilah .. terima kasih banyak2... dan kalau ada stok belimbing.. memang inilah antara menu yang akan umi buat...alhamdulillah... bagi yang ingin mencuba.. meh tengok bahan2 yang mudah ni...
 
Resepi : Sambal Belimbing Buluh Hitam Pahang
 
Bahan2:

Belimbing Buluh - dlm 500g
Bawang merah kecil -7 biji
Bawang putih - 5ulas
Cili padi - 15 tangkai (or leh letak byk kalau suka pedas)
Ikan bilis kopek - 1 cawan
Minyak utk menumis - 1 cawan
Kicap lemak manis sedikit
Garam -ikut rasa
Gula -ikut rasa

Cara masak..

  1.  Memula..... Belimbing buluh-dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga  hampir kering dan bewarna hitam....gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala. Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak bersihkan. 
  2. Kita rebus sampai belimbing yg diletakkan sedikit garam sehingga bertukar warna kehitaman..belimbing akan benyek nanti..buka api kecil ye..sederhana pun boleh...n serius rebus lama...aku rebus dlm 3 jam lebih.....dah siap....

kita terus ke proses kedua iaitu proses memasak sambal

1. Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar.
(kalau nak pakai blender pun boleh...tp blender kering kalau ada frood processor lg bagus.....) kemudian, tunbuk sekali belimbing buluh tersebut..

2. Panaskan minyak

3. Masukkan bahan tumbuk.Kacau hingga separuh masak

4. Masukan belimbing,kacau rata hingga masak. Masukan garam dan gula serta sedikit kicap. Sesuaikan rasa.

Tuesday, March 3, 2015

Homemade Pizza Sardin

Assalamualaikum dan selamat pagi
alahai..dah seminggu gambar ni kat draf tapi tak sempat nak menulis.. umi buat piza simple ni masa anak2 umi kurang sihat dan mintak nak makan piza..kurang selera nak makan nasi.. amboi demand orang demam..hihi..tapi untuk anak2.. apa saja, umi cuba tunaikan selagi termampu.. memandangkan permintaan anak umi masa malam dan nak makan esok paginya..jadi topping ikut suka umi dan apa yang ada di dapur je la... Tapi untuk hasil pizza yang maksima, umi google la pizza sardin..

eh ada la resepi dari kak Nanie.. apa lagi salin semula dan buat..alhamdulillah.. umi buat lebih dan bagi pada jiran..jiran umi kata boleh jual ni..hihi..syukur....

BAHAN DOH PIZZA : 200 grm tepung gandum 125 ml air suam 1 paket yis segera 2 camca besar mentega atau minyak zaitun 1 sudu besar gula halus 1/2 sudu kecil garam halus 1-2 sudu besar shortening BAHAN UNTUK TOPPING : 1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional 1 tin besar sardin 1 biji bawang - dipotong nipis-nipis Sosej ayam secukupnya Cheese monzarella Cheese cheeder CARA MEMASAK : UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda. -Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit . - Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni. -Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


BAHAN DOH PIZZA :
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :-
1.       Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.
2.      Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.
3.      Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) .
4.      Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
5.      -Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je .
6.      Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit .
7.      Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
8.     - Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.
9.      -Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .
10.  Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive