Saturday, December 27, 2008
Monday, November 24, 2008
Usia 5 bulan
Wednesday, October 29, 2008
Raye 2008
7:10 AM
2 comments
Hari raya tahun ini amat bermakna untuk kami memandangkan kami akan menyambutnya 'bertiga' berbanding tahun sebelumnya. Siti Khairatul Nazirah satu nama kecil yang membawa seribu makna dalam hidup kami. Kelahiran yang tidak di duga pada 27 Jun 2008 iaitu sehari sebelum hari lahirku... awal sebulan dari jangkaan. Dengan seberat 2.65kg, jam 5.05 pagi si kecil ini sudah tidak sabar untuk dijemput ke dunia. Kelahiran yang membawa seribu rahmat, InsyaAllah. Doakan kebahagian keluarga kecil ini.
Wednesday, October 22, 2008
Usia 4 bulan
Ha...nazirah mula meniarap pada usia 4 bulan...kelakar jugak la masa dia macam marah bila susah nak pusing...tapi umi dan abi dia ni kuat bagi semangat...so akhirnya berjaya...senyum tak lekang dibibir si kecil ni..suka sangat bila di'agah'...rasa penat berkerja pun hilang..nikmat dunia kan?...gambar yang last tu plak semasa nazirah dengan atok..bergaya dengan baju yang ayah belikan..macam princess...
Tuesday, September 16, 2008
Usia 3 bulan
Kini nazirah telah mencecah usia 3 bulan. Manisku ini masih kerap tido. Alhamdulillah, nazirah tidak banyak ragam dan jarang berjaga di malam hari. Harap2 ia kekal. Ada orang kata sifat bayi semasa di dalam pantang dan selepas itu, amat berlainan. Nazirah sudah pandai gelak walaupun seperti kata orang tua...bayi masih belum melihat...hanya naluri dan bayangan. Masa untuk mencari pengasuh. Pada asalnya nazirah nak dihantar ke nursery tapi telah penuh. Nampaknya terpaksalah kami cari alternatif lain. Panik juga. Maklum la..kali pertama jadi parent ni. Pengalaman pun kurang, nak harapkan keluarga...dua2nya jauh... Ya Allah...bantulah kami...Amin
Alhamdulillah...pencarian kami berakhir bila ada insan yang boleh menjaga nazirah. Lega rasa hati...'Kak Yang' nama panggilan untuk 'mama angkat' nazirah ni.Pencarian kami berakhir apabila diperkenalkan kepada Kak Yang. Mama angkat nazirah ni duduk di Fasa 2. Alhamdulillah...Mungkin ini rezekinya, memandangkan Kak Yang seorang suri rumah sepenuh masa dan ada 3 orang anak yang masih belajar. Semoga nazirah selasa dan sesuai dengan 'mama'nya ini.Sunday, August 31, 2008
Usia 2 Bulan
Gambar ini diambil masa nazirah dan umi dia selamat sampai ke Taman Seri Gombak. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Cuaca pun tidaklah terlalu panas. Nazirah pun banyak tido masa dalam perjalanan.
Sekarang ini cuma perlukan masa untuk mencari pengasuh nazirah. Nursery yang asalnya didaftarkan nazirah telah penuh. Moga2 Allah permudahkan pencarian kami. Puas juga kami bertanya, yelah...baru duduk di taman ni tak sampai setengah tahun kan.
Sekarang ini cuma perlukan masa untuk mencari pengasuh nazirah. Nursery yang asalnya didaftarkan nazirah telah penuh. Moga2 Allah permudahkan pencarian kami. Puas juga kami bertanya, yelah...baru duduk di taman ni tak sampai setengah tahun kan.
Saturday, August 2, 2008
Usia Sebulan
Nyenyaknya dia tido...masa ini kami baru balik dari klinik. Nazirah kena cucuk untuk sebulan. Penat sangat dibelek oleh nurse kat situ. Glamour kejap sebab nurse kat klinik tu, kawan2 nenek dia. Umi kena marah dengan nurse sebab berat nazirah kurang dari sepatutnya... Badan nazirah plak merah2. Kulit sensitif sikit, cuaca panas masa tu.
Ni plak gambar2 nazirah yang lain :-
Ni plak gambar2 nazirah yang lain :-
Thursday, May 22, 2008
Saat Berbadan Dua
1:17 PM
No comments