Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, January 30, 2014

Rendang Daging Klasik

Assalamualaikum dan selamat pagi
Esok semua rakyat berbangsa cina akan menyambut tahun baru Cina... Selamat Tahun Baru Cina diucapkan... semoga tahun ini menambah kebahagiaan kekeluargaan.. tiada masakan istimewa... umi hanya ingin kongsikan resepi yang telah lama glamour oleh orang yang glamour iaitu En. Adanan Ibrahim..empunya blog Tiffinbiru..blog yang klasik dan ada kelas tersendiri... kiranya resepi klasik ini juga amat mudah dicari di blog En. Mat Gebu...Terima kasih atas pengkongsian ini...semoga ilmu ini semakin diberkati... dah jangan terliur lagi..moh la semak resepinya...ops lupa ak bagi tau..umi padankan dengan nasi impit...tapi nak makan dengan pulut kuning, lemang dan nasi panas2 pun sodap tau...
Resepi : Rendang Daging Klasik
Oleh : Che Mat Gebu
 
BAHAN-BAHANNYANY :-)
2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit, hiris halus' - umi tak letak
2 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun limau purut
2 liter santan (dari 3 biji kelapa)
Air panas secukupnya
5 camca besar penuh kerisik
4 camca besar rempah kari daging Baba's
1 senduk nasi cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar, saiz sederhana
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai, hiris halus
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat. Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik,  asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
  3. Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi.  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya..
CATATAN MAT GEBU :- Jangan letak garam banyak2, dikhuatiri daging akan lambat empuk dan rendang anda akan jadi masin bila ia kering nanti. Satu lagi tips yang mat selalu buat, untuk memastikan rendang anda tahan lama, bekas yang anda guna untuk menyimpan rendang harus kering, bersih dan jika menggunakan periuk, panaskan sekejap periuk tadi, kemudian masukkan rendang. JANGAN tutup rapat periuk berisi rendang panas, biarkan ia renggang sedikit, ini untuk mengelakkan wap air yang terkumpul akan masuk kembali dalam rendang anda dan menyebabkan ia cepat basi. Senduk yang anda guna pun harus kering dan bersih...ok tu saja, sekian terima kasih..

Tuesday, January 28, 2014

Cow Spots Oreo Cheesecake

Assalamualaikum dan selamat petang semua
Alhamdulillah..rezeki bulan ini adalah tempahan Cheesecake dari Jiran umi sempena hari lahirnya... pada mulanya umi buntu sebab selalunya hanya buat untuk keluarga tapi kali ini menerima tempahan.. semua perasaan ada..risau dan takut tak menjadi... ye la... kali pertama menerima tempahan cheesecake...dalam umi dok belek membeluk... google meng'google'....
umi tertarik dengan cheesecake kak ita...seperti biasa hasil tangan kak azlita aziz..tak pernah mengecewakan... dengan lafaz bismillah..misi umi bermula... hasilnya adalah seperti di gambar atas... Cow Spots Oreo Cheesecake... yang dalam saiz cawan tu umi buat untuk kek tester umi iaitu kak Suryati sebab kak su memang sukakan cheesecake... kalau kak su kata lulus, baru umi berani...dan alhamdulillah kak su kata " sedap macam kat SR la"... senyum, tak perlu kata apa2...

Happy Belated Birthday Rohani Talib..semoga dilimpah ruahkan rezeki... Terima kasih kerana sudi menempah dengan umi...

Umi salinkan semula resepinya untuk jadi rujukan..bagi yang ingi melihat hasil tangan kak ita, Klik sini ya...

COW SPOTS OREO CHEESECAKE
Adaptasi dari resepi OREO CHEESE CAKE
By : Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home & Azlita Aziz


30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak)
1/4 cawan butter - cairkan.

Bahan Filling

16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - ita ganti plain yogurt
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan
Base 
Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
Masukkan sour cream dan pukul sebati.
Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Cara ita
Ita guna loyang 6 inc. Loyang kecik aje dan ita rasa ngam2 aje kat adunan ni.
Ita guna loyang yg tapak dia boleh buka atau pon berlubang
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Gris sekeliling loyang dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170 C ita guna api bawah sahaja
Bila adunan tu ita dah adun, kecuali oreo ita tak letak dalam adunan ni, ok ita ambil dalam 1 senduk kecil dan ita tambahkan 1 sudu serbuk koko yg ita dah jadikan paste dengan mencampurkan sedikit air panas.
Gaul rata adunan tu.
Tuang adunan yg plain dalam loyang
Pas tu dot dotkan dengan warna coklat jarak2 kan lah dalam 3 spots aje
Pas tu tuang balik adunan putih dan spotkan lagi dgn coklat tompok2kan 3 atau 4 tompok lagi
Pas tu tuang balik warna putih dan akhir tompok dan corakkan macam corak kulit lembu.
Kerana ita guna loyang yg bawah dia berlubang jadi ita bungkus bawah atau dasar loyang dengan kertas aluminium foil dan ikat dgn tali. Ini untuk mengelakkan air masuk dalam loyang bila kita bakar secara steam bath.
Ambil satu loyang yg lebih besar letakkan air panas, pas tu letakkan loyang kek tadi dalamnya.
Masuk dalam oven letak pada rak bawah sekali dan bakar 170C selama 1 jam.
Bila dah 45 minit ita tutup atas kek dgn kertas aluminium
Pas tu bila dah satu jam ita buka api atas bawah dan bakar sekejap dalam 10 minit dengan loyang yg masih tertutup tadi.
ok senangkan kan
Bila dah masak nanti kek akan renggang dari loyang bila dia sejuk.
Keluarkan dan simpan dalam peti ais semalaman

Monday, January 20, 2014

Home made Kaya Resepi 2

Assalamaulaikum dan selamat tengahari
Semalam merupakan hari lahir ibu umi, Zaiton Yusof yang ke 58 tahun.. Selamat Hari Lahir ibu... Kami (siti dan adik2 serta menantu dan cucu) semua sayangkan ibu... kasih sayang ibu tak dapat kami balas dalam apa cara sekali pun...kasih ibu sehingga ke syurga... harap ibu gembira dengan kiriman hadiah yang tak seberapa dari kami semua...We all love u so much...till the end of our life....
Hari ini umi cuma nak share resepi home made kaya yag kedua umi pernah cuba... simple dan mudah disediakan... kebersihan pun terjamin... bukan umi nak kata yang dikedai tak terjamin ya... terima kasih Mak Lang dan teratak chetam atas sumbangan resepi mudah ini...

Resepi Sumbangan Mak Lang Cari.com dan teratak chetam

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

• Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(saya letak pewarna dan perasa pandan)
• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
• Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* Kaya ..agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

Thursday, January 16, 2014

Tempahan Kek Cawan Coklat Moist Ana Muslim untuk Tabika I Kids

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdulillah...selesai sudah menyiapkan 80 biji kek cawan coklat moist untuk sambutan Maulidur Rasul kanak2 di Tabika I Kids di Taman Seri Gombak... umi cuma menggunakan edible image gambar ana muslim... nazirah yang mencadangkan...minat sungguh sekarang dengan ikon muslimah ana muslim tu... semua barang nak brand ana muslim... anak2 kan...untuk topping umi gunakan ganache coklat putih berbanding coklat warna koko... nak bagi kelainan sedikit...resepi ganache ini umi ambil dari kak Chahaya Shiela..mohon share ye kak...
Resepi : Ganache topping

Bahannya :-
  • 150 ml whipping cream
  • 350 gram coklat masakan
  • 1 sudu besar butter

Caranya:-
  1. Masak kan whipping cream secara double boil sehingga berbuih ditepi. 
  2. Masukkan coklat masakan dan butter. kacau sehingga cair.
  3. Tutup api. Tuangkan atas kek yang telah sejuk.

Bagi sesiapa yang nak resepi kek coklat moist ini, sila Klik Sini umi tak jemu2 menggunakan resepi ini sebab ternyata sedap dan amat berpuas hati...resepi tersebut boleh dikukus atau dibakar... in sya Allah sedap... umi juga ada menerima tempahan kek buah bakar lembap sebanyak 3 biji dari jiran umi..alhamdulillah, mereka amat puas hati... terima kasih penyumbang resepi yang menjemput resepi untuk keluarga kecil umi...bagi yang ingin mencuba, boleh klik sini untuk resepi kek buah bakar lembap...

Puding Roti Wholemeal Sos Kastard

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...akhirnya ruyung dapat dipecahkan..penyakit M dan sibuk dapat diatasi... Entry pertama tahun 2014...terukkan umi ni...hihi... semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ni tak putus ya semua sahabat umi..terima kasih kerana masih sudi datang jenguk blog umi yang tak seberapa ni... umi mulakan entry pertama ini dengan perkongsian resepi puding roti wholemeal sos kastard...sesuatu yang manis untuk permulaan tahun 2014 yang manis in sya Allah...
Umi dan keluarga kecil umi makan dengan limpahan ais krim oreo...bertambahlah manisan dalam suapan...cuma ada batasannya...makan kongsi2 lebih berkat dan nikmat...hihi...ok la resepi ini umi ambil dari blog http://www.kujie2.com... terima kasih atas perkongsian ini..umi salin semula untuk rujukan masa akan datang...

Resepi ; Puding Roti Wholemeal Sos Kastard
Oleh : http://www.kujie2.com

Bahannya:-

Mangkuk A
  • 8 keping roti
  •  2 cawan susu segar
Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit.

Satu bekas untuk roti yang direndam susu dan satu lagi campuran gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanila.

Mangkuk B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • esen vanila
Pukul hingga sebati.
Campur kesemua bahan Mangkuk A dan B.  Boleh camput kismis, chip cokelat, buah-buahan seperti pisang, strawberry
Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Biarkan sejuk.
Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastard.


Cara Buat Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu tepung kastard
Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat.  Ikut suka nak pekat macam mana , saya suka yang agak pekat berbanding sos kastard yang cair dan ringan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive