Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, May 24, 2012

Lempeng Kelapa, Ku Geram!!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah sarapan? Sarapan apa ya?..umi sarapan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis...cuma GERAM sebab lempeng kelapa umi tak 'montok' macam lempeng Mat Gebu...kene praktis lagi ni..kena belajar banyak lagi dengan sifu Mat Gebu....lempeng umi leper semacam je kan...

Tapi rasa memang maintain sedap...lebih2 lagi bila makan dengan sambal ikan bilis..sedar2 dah 3 keping masuk perut..buruk bunyikan?..tak pe la yang penting..rezeki hari mengenyangkan...ada ke makan tak kenyang?...hehe...jom resepi nya....


Jom Cuba : Lempeng Kelapa
 Apa yang diperlukan?
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, sebagai pencicah

Jom Cuba!
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...

Wednesday, May 23, 2012

Perginya Insan Bernama Norma

Assalamualaikum dan selamat pagi
Al-fatihah
Agak terkejut bila suami umi memaklumkan Norma dah tiada pagi tadi...tetapi umi tak mahu melatah...umi perlu kepastian dan apabila umi baca blog moon,
 
Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..

Moon ucapkan terima kasih buat semua yang prihatin selama ini.. harap halalkan makan dan minum arwah dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma... terima kasih.
 
Sebak rasa bila teringatkan anak Norma yang masih kecil...terkenang apa akan jadi pada anak2 umi kalau umi pergi dulu...
 
Doa Untuk Norma

Maksudnya:
Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)
 
Bagi yang ingin mengetahui perjalanan hidup Norma, sila baca di blog Moon

Tuesday, May 22, 2012

Chocolate Mayonnaise Cake


Assalamualaikum dan selamat tengahari

Terima kasih diatas ucapan2 selamat hari lahir pada umi semalam...genap la 32 tahun hidup di muka bumi Allah ni..nikmat yang tak terhingga...


Hari ini pula, 1 Rejab..maka ramai yang berpuasa termasuk umi dan suami...memulakan bulan Rejab ni dengan pemulaan yang baik...macam umi baca dalam blog umiaiz.blogspot.com

Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka :
> Barangsiapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

> Barangsiapa yang berpuasa 2 hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

> Barangsiapa berpuasa3 hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

> Barangsiapa yang berpuasa 5 hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

> Barangsiapa berpuasa 7 hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

> Barangsiapa berpuasa 8 hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

> Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Berbalik pada resepi Chocolate Mayonnaise Cake yang umi amik dari blog kak yatie..kali pertama tengok kak yatie buat dah tertawan..lebih menarik, kek ni hanya guna mayonnaise...tanpa mentega, telur atau minyak...dan yang paling penting...whisk kan aje aduanannya...
ha...ni gambar nazirah yang tak puasa tak sabar nak makan...kek ni sedap dan rasa bancuhan nescafe nya memikat..umi buat untuk majlis kesyukuran jiran depan rumah umi iaitu Sabariah..umi harap sabariah puas hati...umi buat dalam cup supaya senang nak makan...deconya umi tengok kak paty buat...cuam tangan umi keras sikit...tak cantik sangat la...jom tengok resepi mudah  ni...

Jom Cuba : Chocolate Mayonnaise Cake

Ingredients:
  • 2 cups flour*
  • 1 cup sugar
  • 6 Tbsp cocoa powder*
  • 1/4 tsp salt*
  • 2 tsp baking soda*(*stifed)
  • 1 cup mayonnaise
  • 1 cup cold coffee-Yatie guna nescaffe 3in1 bancuh dngn air
  • 1 teaspoon vanilla
Method:
  1. Preheat the oven to 350 degrees (175 degrees C) and grease two 6″ rounds, two 8″ rounds, or a 9×13″ baking dish.
  2. In a large bowl, whisk together the flour, sugar, cocoa powder, salt, and baking soda.
  3. In another large bowl, stir together the mayonnaise, coffee, and vanilla.
  4. Beat in the dry ingredients gradually, scraping down the sides of the bowl often.
  5. Pour the batter into the cake pans and bake 25-35 minutes. Keep an eye on the cake and don’t let it over-bake, otherwise it’ll be dry.
Chocolate buttercream frosting (for a 6″ cake):
  • 1 cup solid vegetable shortening
  • 1 cup butter, softened
  • 3/4 cup cocoa powder
  • 6-7 cups powdered sugar
To make the frosting:

  1. Cream together the butter and shortening. Gradually beat in the cocoa powder, powdered sugar, and rum. If the consistency is too stiff, add a dash of milk to thin the icing.
  2. To decorate the cake, first apply a thin layer of frosting to the cake. It should be a little thicker than a normal crumb coat so that you don’t see the colour of the cake underneath. Then, using a 1M decorating tip, work from the inside out to create the roses, piping in circles around the centre point and spanning the side of the cake. Create the roses on top with the same method, making them about the same size as the ones along the sides. Fill in the holes with simple stars or swoops.

Monday, May 21, 2012

Terima Kasih Ya Allah, Berkatilah Umurku ini

Assalamualaikum dan selamat pagi
.... بسم الله الرحمن الرحيم....
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Tak sangka malam tadi, naziarah dan suami sanggup beli kek untuk hari lahir umi kali ini...memandangkan kami seharian penat berjalan...umi tak mengharapkan apa2...akibat keletihan, umi yang berhajat nak buat kek tergendala..ahnaf, awal2 dah pengsan kepenatan...
satu kejutan yang di luar jangkaan umi...terharu atas kasih sayang suami dan anak2 yang Allah anugerahkan...Ya Allah, Terima kasih yang tak terhingga diatas kurniamu dalam memberikan hambamu ini suami dan anak2 yang baik dan redhai serta peliharakan la keluraga kecilku ini....
 Dah tak sabar nak tunjukkan kek yang nazirah pilih sendiri..dah pandai anak umi pilih kek yang umi dia suka
 Ala...kesiannya anak umi dah tak sabar nak makan kek ya..jom potong kek tu...
 Umi sayang akak nazirah, adik ahnaf dan abi khairolden..semoga Allah berkati hidup kita sekeluarga..
 kucupan kasih sayang dari nazirah, jangan jeles ya....
eh, dah potong?..dah selamat potong...alhamdulillah sedap pilihan keluarga kecil umi ni...

Friday, May 18, 2012

Ahnaf The CicakBoy

Assalamualaikum dan selamat tengahari
 Who am I? I'm Ahnaf The CicakBOy...
 Muka selamba je...sebab cicak tu dalam plastik, abi yang tangkap dan biar dia main

Sebenarnya umi pernah terbaca pasal hukum bunuh cicak dan bila umi cari, umi jumpa ayat dibawah
Tidak ada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa membunuh cicak pada hari tertentu akan mendapat ganjaran pahala, cuma digalakkan ummat Islam supaya membunuh cicak dan diberikan ganjaran pahala kerana mengikut sejarah cicak adalah haiwan yang jahat dan bertujuan memberitahu kepada kaum kafir Quraisy bahawa Nabi s.a.w. sedang bersembunyi di dalam gua untuk memudahkan mereka menangkapnya, tetapi kuasa Allah S.W.T. mengatasi segalanya. Nabi s.a.w. tidak berjaya ditangkap oleh kaum kafir Quraisytersebut.
 Ni la cicak yang jadi mangsa tu..habis di picit samapi lemas
 nazirah yang takut2 berani...tapi nak interfrem jugak...
 kakak, senyum la sikit, jangan stress
 Ni plak dinner malam tadi...roti yang dijadikan roti bawang putih dan sup cendawan berudang
 banyakkan udang dalam sup tu...saja nak bagi yang tengok2 tu terliur..hehe
moral of the story : jangan membazir roti ni...dan sedap tau...

Thursday, May 17, 2012

Puding Mangga Zila4ever

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pejam celik, pejam celik..dah hari khamis kan? epat betul masa berlalu..tak terkejar rasanya...bagi cikgu2 mesti seronok dapat hadiah dari murid2 kan semalam...seronok bila diraikan..terutama bila murid2 sekolah rendah...dan umi nak kongsikan satu cerita lucu berkenaan Hadiah Hari Guru dari satu laman web, ceritanya begini....

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar 
Cikgu : Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
haha...kadang2 lain yang cikgu maksud kan tapi anak muridnya terlalu jujur...ok la hari ni umi nak panjang2 kan resepi yang umi ambil dari blog zila4ever...iaitu puding mangga...dalam keadaan cuaca yang agak panas sekarang ni...puding ni salah satu pilihan minum petang...puding ni sedap, tak cukup walaupun untuk keluarga kecil umi ni...umi gandakan aduanan dan sekejap je licin na...ok la meh la tengok bahan2 yang diperlukan..kalau tak cukup...sempat lagi ke kedai ni...hehe

Jom Cuba : Puding Mangga
Apa yang diperlukan?

  • 5 gram serbuk jelly "konnyaku"
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat "IDEAL"
  • 200 gram isi mangga masak*
  • 125 ml air*(*dikisar halus)
  • 2-3 titik pewarna kuning - umi tak letak sebab tak ada
  • Hirisan mangga untuk hiasan


 Jom Cuba!
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buah mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga.
  4. saya  campurkan juga buah mangga yang didadu didalam adunan..

Wednesday, May 16, 2012

Mee Hailam After 6 am & Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ni 16hb Mei merupakan hari guru..umi nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di bumi Malaysia...terutamanya adik umi, Norliana Ghani...jasamu guru amat bererti dan tiada yang dapat membalasnya...untuk semua guru
tak lupa juga untuk ila-cheqSue...rakan blogger umi yang merupakan seorang guru yang pandai memasak
 
Dah sarapan? Alhamdulillah bagi yang dah sarapan..bagi yang belum, jangan sampai masuk angin ya...kerja, kerja juga tapi kesihatan mesti dijaga...pagi ni umi sarapan mee hailam...resepi ni umi ambil dari blog kak sofea iaiti After 6 am
terliur pula tengok gambar dari kak sofea tu..umi pun check la bahan2 yang ada di dapur kecil..cukup semua bahan..apa lagi, operasi buat mee hailam la..kenyang sangat...tak senonoh kan?
ok la, tak payah bebel sangat pagi ni kan..jom la semak apa yang diperlukan untuk masak mee hailam kak sofea yang sedap dan mengiurkan tu...

MEE HAILAM AFTER 6AM
Apa yang diperlukan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan - umi tak letak
carrot
lada capcicum-hijau - umi tak letak
1/2 btg saleri- umi tak letak
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

Jom Cuba!
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!

Tuesday, May 15, 2012

Bingka Keledek Ungu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu...hari ni merupakan hari perkhidmatan terakhir salah seorang sahabat umi di pejabat ini...beliau akan berpencen setelah lebih 20 tahun berkhidmat...berpencen pada usia 56 tahun...En. Mahmud akan menyambut hari lahir pada 18hb Mei...jadi kami rakan sepejabat ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu...
Hari ni juga umi nak kongsikan satu resepi dari blog Rahel masak apa?... satu blog masakan dengan persembahan dan gambar2 yang menarik...blog rahel juga ada diterbitkan dalam majalah jelita keluaran may 2012...ops, berbalik dengan resepi yang umi ambil dari blog rahel iaitu bingka keledek ungu...satu kuih yang sangat mudah dan sedap...
kebanyakan orang2 lama memang akan suka akan rasa kuih bingka ni..rasanya seaakan2 kuih bakar keledek...sedap dan lemak2 gitu..umi memng suka yang lemak2 ni...macam lemak berkrim di sukai ramai...hehe...suami umi puji hasil kuih ni..alhamdulillah cuma 'tang' gambar je 'fail' kan?


Bingka Keledek Ungu
Resepi by: Rahel

Apa yang diperlukan?
300g keledek ungu yg sudah dibuang kulit-kukus*
1 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan gula pasir*
2 biji telur gred A*
1 cawan santan pekat*
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak masak*
sedikit bijan untuk tabur
1/2 sudu teh garam*

Jom Cuba!
1.Kisar bahan bertanda hingga halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum,gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 7'' yang telah digris dengan marjerin.Taburkan bijan.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 35-40 minit.
   Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.

Monday, May 14, 2012

Pilihan Minuman Keluarga Umi

Assalamualaikum dan selamat petang
Maaf ye sahabat2 umi yang lama, baru dan silent reader...lambat betul umi masukkan entry hari ni..agak sibuk dua tiga menjak ni...hehe...cuaca pun agak panas...jadi hari ni umi nak kongsikan minuman yang menjadi pilihan keluarga kecil umi ni...
 
 Air barli ni kegemaran suami umi..banyak kelebihannya..dan salah satunya ialah mencuci darah...
Teh hijau cap Ahmad tea ni pula pilihan anak2 umi, nazirah dan ahnaf.... kalau di kedai apa2 teh o pun boleh...yang penting teh o...hehe
ni pula minuman kegemaran umi..paling simple..air kosong dan satu hirisan lemon...tanpa gula.... umi mula minum air ni bila ada seorang rakan cina bagi tau umi, khasiatnya....selama ini umi cuma ingatkan dalam food photography, hanya untuk cantik dan ambl gambar... jakun betul umi ni kan?
ini pula minuman kegemaran umi sebelum air diatas tadi...tapi minum juga sekali sekala...pengubat rindu...hehe...ok la...cukup untuk hari ni pasal minuman kegemaran umi sekeluarga...da....



Friday, May 11, 2012

Ikan Kukus dan Sayur Campur Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah, bertemu di pagi Jumaat yang penuh barakah...dalam 2-3 hari ni ada keluar pelbagai cerita berkenaan penderaan ibu terhadap bayinya...ia memang satu berita yang amat mengejutkan...salah satu berita yang amat menyentuh sesiapa sahaja yang melihatnya...pelbagai spekulasi yang keluar...ada yang rasa marah, kecewa dan tak kurang mohon ibu tersebut ditangkap...dan dia telah pun ditangkap...
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.
Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.
-  Berita Harian
berbalik kepada resepi hari ini, ikan kukus yang umi ambil dari blog Engineers Love Cooking...bangga gitu sebab ramai jurutera yang dah terrer masak...hehe...umi baru jumpa blog ni blogwalking tapi tak ingat blog mana...apa pun memang sedap ikan siakap kukus macam ni...umi gandingkan dengan sayur campur goreng umi's style...enjoy...


Jom Cuba : Ikan Kukus
Sumber : Engineers Love Cooking

Apa yang diperlukan?
1 ekor ikan saiz sederhana (saya guna ikan siakap dan bawal emas)
Tepong gandum untuk melumur ikan bagi membuang hanyir
3 inci halia muda - dipotong memanjang
Daun sop – dipotong 1 inci panjang
Daun ketumbar – dipotong 1 inci panjang
Daun bawang – dipotong 1 inci panjang
5 batang cili padi dipotong kecil
1 sudu teh kisaran bawang putih
1 sudu teh kisaran halia
1 kuntum bunga kantan
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji asam boi
½ sudu serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
½ sudu teh sos ikan
½ biji lemon
1 batang serai dititik
½ batang lobak merah – dipotong memanjang
Garam
Gula
2 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk cili
Minyak zaiton

Jom Cuba!
1.    Ikan disiang dan dibelah dua.  Lumurkan tepong gandum untuk menghilangkan bau hanyir. Kelar badan ikan.  Bilas lumuran tepung.
2.    Taburkan halia muda, bawang besar, daun sop, daun bawang, daun ketumbar, kisaran bawang putih dan kisaran halia ke bahagian dalam ikan.
3.    Masukkan dalam bekas untuk mengukus.
4.    Taburkan daun-daun (sop, bawang, ketumbar), bunga kantan, halia muda, bawang besar dan serai ke atas badan ikan.
5.    Taburkan garam, lada hitam, cili padi dan serbuk cili.
6.    Perahkan lemon dan masukkan lobak merah, asam boi dan sedikit air.
7.    Siramkan sedikit minyak zaiton.  Masukkan ke dalam kukus.  Kukus selama 7 hingga 10 minit.
8.    Keluarkan, siap untuk dihidang bersama nasi.
 
Dan untuk sayur campur, ikut rasa umi je...kiranya, umi's style la ye...hehe
 
Jom Cuba : Sayur Campur Goreng Umi's Style
 

 Apa yang diperlukan?
      1/2 biji kobis, hiris halus
5 batang kacang panjang unggu, potong pendek2
      1 batang Lobak merah, potong halus memanjang
1/2 cawan ikan bilis, digoreng dahulu
      1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula
      1 ikat suhun, direndam supaya lembut

Jom Cuba!
1.   Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tambah lobak merah, kobis dan kacang panjang, tuang sedikit air. Kacau dan masak sekejap.
2.   Masukkan sos ikan. Masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit gula, kacau dan rasa, jika kurang masin boleh letak sedikit garam atau renjiskan dengan sos ikan. Akhir sekali masukkan suhun. Hidangkan panas2...hmm i likeee!!
 

Thursday, May 10, 2012

Nasi Impit Goreng Marbeles Kak Anymz

 Assalamualaikum dan selamat pagi
 
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah hari khamis...kalau staf kerajaan hari ni ramai yang pakai baju corak batik...berwarna warni dan ceria...bagi yang bercuti atau suri rumah yang berdekatan dengan AEON Wangsa Maju akan adakan hari AEON, diskaun sehingga 80%...satu pelaburan yang berbaloi...cuma kena bezakan keperluan dan kehendak tau....

 Hari ni umi nak panjang2kan satu resepi mdah dan yang penting...amalan menDERHAKA adalah dilarang sama sekalo oleh tuan punya resepi...jadi sebagai orang baru, umi kena patuh...jangan langgar pantang larang tu...betul tak kak Anymz?...kita baik kan Izah..hehe...apa pun, moh le tengok apa2 yang diperlukan tu...terlupa bagitau rasanya?...rasanya mesti la sedap sayang oi...anak2 umi pun minta buat lagi...ha, macam tu la ceritanya.....

Jom Cuba : NASI IMPIT GORENG MARBELES KAK ANYMZ
sumber terpelihara : kak Anymz
Sumber sekunder : Izah Muffin lover

Apa yang diperlukan?
  • nasi impit 
  • udang kering 
  • cili kering 
  • bawang besar 
  • bawang putih 
  • bawang merah 
  • udang basah 
  • isi ayam - umi guna isi ayam kisar
  • kobis 
  • sawi 
  • kicap manis 
  • garam

Jom Cuba!

  1. kisar cili kering bersama udang kering dan bawang besar 
  2. panaskan kuali 
  3. tumis bwg merah dan bwg putih yang dah di tumbuk halus 
  4. masukan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak 
  5. masukan garam 
  6. masukan udang basah yang sudah di buang kulit dan isi ayam 
  7. kacau hingga masak 
  8. masukan sawi dan kobis 
  9. masukan nasi impit yang sudah di potong2 
  10. masukan kicap manis 
  11. gaul bersama 
  12. jgn kacau lama sgt nnt nasi impit jadi lembik 
  13. angkat 
  14. dan sedia untuk di hidangkan

NOTA: Kak Anim cakap.. jangan derhaka dengan resepi ni. Nanti tak sedap mcm kena sumpah. Kikiki.. So saya tak derhka. Semua saya letak ikut arahan resepi. - umi pun ikut je

 

Tuesday, May 8, 2012

Pajeri Nenas & Ayam Masak Merah Gandingan Nasi Beriani

Assalamualaikum dan selamat pagi


Manusia dalam hidup ini pasti ada keterikatan dan pergaulan dengan orang lain. Maka setiap kali seorang itu mulia dalam hubungannya dengan manusia dan terpercaya dalam pergaulannya bersama mereka, maka akan menjadi tinggi kedudukannya dan akan meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Sementara seseorang tidak akan bisa meraih predikat orang yang baik dan mulia pergaulannya, kecuali jika ia menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji. Dan di antara akhlak terpuji yang terdepan adalah menepati janji.

Sungguh Al-Qur`an telah memerhatikan permasalahan janji ini dan memberi dorongan serta memerintahkan untuk menepatinya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلاَ تَنْقُضُوا اْلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا …
Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” (An-Nahl: 91)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُوْلاً
Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.” (Al-Isra`: 34)

Demikianlah perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk senantiasa menjaga, memelihara, dan melaksanakan janjinya. Hal ini mencakup janji seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, janji hamba dengan hamba, dan janji atas dirinya sendiri seperti nadzar. Masuk pula dalam hal ini apa yang telah dijadikan sebagai persyaratan dalam akad pernikahan, akad jual beli, perdamaian, gencatan senjata, dan semisalnya.

Berdasarkan kepada ayat2 di atas, hari ni umi nak kongsikan dua (2) resepi yang umi dah janjikan semalam iaitu pajeri nenas dari Chef Hanieliza dari buku 1hari 1 Resepi...dan ayam masak merah yang umi gandingkan dengan nasi baryani batu pahat semalam...

 Jom Cuba : Pajeri Nenas
Resepi ini juga boleh diambil dari Blog Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Jom Cuba!
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan Dari Chef Hanieliza
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

 ok la bagi resepi ayam masak merah pula dari sorang lagi chef terkenal iaitu Chef Adnan Ibrahim aka Mat Gebu...macam biasa resepi ni memang memikat selera keluarga kecil umi...enjoy...

Jom Cuba : Ayam Masak Merah
Apa yang diperlukan?
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*- umitak letak
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan - tak dan letak

Jom Cuba!
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive